Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 18, 2010

Power Ranger Pink

Bangun pagi, gosok gigi, dengan kodomo lion.. Kahkahkah. Merepek. Kelmarin punya cerita. Kan aku dah bercita-cita nak back tu nature. So bangun pagi nak settlekan misi tak de vision tu. Settle barang nak bawak, dengan gigih with si kaseh jejak jalan ikut map yang diberi oleh roomate aku. kihkihkih. dah macam treasure hunt dah.

Sejuk rupenya lalu jalan kampung pagi-pagi. Jakun kejap. kampung aku kira kampung jugak, tapi kenape tak sejuk ek? Siap ada kabus-kabus. Jeles betul aku dengan kampung yang aku lalu tu. Riki jalan, from Bangi ke destinasi yang dituju take time about 45 minutes. Rupanye tak de lah jauh sangat. Aku duk jumpalah pakcik google nak dapat info tentang jalan yang aku nak pergi ni, sampai naik pening kepala aku. Jalan semenyih lah, Jalan Reko lah. Nasib tak sesat dalam iman penggooglelan.

Tapi pagi tu aku telah bertekad. Akhirnya sampai juga. Yihhhhaaaaa.

Ketibaan aku di destinasi sangat-sangat awal pagi. Dalam Pukul 8.30 Pagi. Awal sebab tak ada lagi pengunjung lain sampai. Udara masih sejuk. Air masih dingin. Cuaca masih redup-redup mata memandang. Yang penting, air jernih boleh tengok ikan berenang. So Cristal Clear.


Pendakian anak tangga dimulakan dengan Bismillah. Langkah demi langkah naik lenguh lutut. Tapi sebab fikir mahu ambil port mandi air paling atas, maka gigih aku panjat tangga. Kenapalah tak ada escalator ni. Aishhhhh.

Jeng-Jeng-Jeng. Mata tertumpu pada air terjun yang menjunam laju tak tunggu waktu. Perhhhhh... Apa lagi. Kita ambil gambar dulu. 


Then teruskan pendakian anak tangga. Tawakal saja aku mahu memanjat tangga tersebut. Lenguh lutut dah tak boleh kata apa-apa. Mampu rasa saja, dah tak mampu mengadu. Si kaseh pun dah senyap saja tumpukan pendakian. Aku tak kan nak rungut-rungut banyak ayat, nanti dia suruh berenti, putih mata nak mandi di bahagian paling atas.

Jumpa satu lokasi, ambil gambar lagi. Cantik o0o0o0o... Tak terkata sebab puas hati dapat tengok depan mata. Actually ni kali kedua pergi, tapi kali ini lebih menikmati pemandangan sebab tak ada orang lain, maka free to walk and talk. Sembang-sembang sambil jalan, tak payah nak elak orang turun naik tangga. Hihihihi.


Early come can get a higher and clearest pond. Hahaha. Reward pada diri sendiri sebab dah susah payah panjat tangga gila ketar lutut dan ketap bibir saja tahan penat. Yahooooo. Tengok. Cantikkan air mengalir. 


Bahagian atas tempat kami mandi ni ada air terjun. Kawasan batu yang hampar, sesuai untuk duduk. Air yang terkumpul di celah batu, boleh mandi manda. Serius macam large swimming pool tapi dibuat dalam bentuk nature rock. Airnya sekali celup kaki, grrrrrrrrrr.... Sejukkkkkkkkk.


Masa kami mandi, puas hati sebab air masih jernih, sampai si kaseh boleh tunjuk-tunjuk ikan renang kuak lentang dalam air.

Tapi bila dah semakin tengah hari, dalam area pukul 11 pagi, orang dah beransur-ansur datang. Macam sang semut berpindah sarang, mengangkut telur, beratur bersusun-susun, tak putus-putus orang datang. Apakah perumpamaan ini?

Orang yang datang silih berganti, mandi dalam 30 minit then balik. Air serius sejuk, sampai fikir banyak kali mahu rendam lama-lama. Kecut satu badan, nampak cerah saja kulit sebab rendam lama-lama. Kami? Aku? Sekejap terjun ke air, sekejap naik ke batu, keringkan baju, then terjun lagi ke air. Huhuhu. Bukan selalu datang, dah datang ni, mandilah puas-puas.


Yang datang berkumpulan, buat BBQ, buat mini picnic, buat kecoh. Yang penting harap mereka tak buat sampah. Seronok aku perhatikan. Si kaseh juga ralit tengok orang kiri kanan, depan belakang. Penuh. Tadi kami berdua, sekarang kami berpuluh-puluh. Tak tau berapa orang and siapa. Nasiblah kami tiba awal. Dapatlah mandi-manda sepuasnya. Puas pindah 3 tempat, berangkut beg ke hulu, kehilir sebab nak mandi, tapi tak mahu bercampur dengan yang lain. Kecoh sangat, tak privacy. Errkkkk. Tempat Public Area ada Privacy Space ke? Huhuhuhu.


Pukul 1 petang kami beransur pulang. Orang masih ramai, semasa kami turun tangga pun masih ada orang yang naik. Sungguh tak seronok mereka pastinya sebab air masih sejuk, tapi dah tak jernih macam aku datang tadi. Huhuhu.

Singgah ambil gambar lagi sebelum pulang. Macam nak mandi lagi bila tengok air terjun tu. Serius berbaloi penat-penat naik tangga.


Sebelum meninggalkan air terjun, ambil gambar signboard dulu. Tadi masa sampai excited mahu naik, dah tak toleh kiri kanan. Huhu. Bila mahu pulang baru perasan signboard tertera terpacak megah kat tepi parking lot.

NotaKuaci: Tajuk saja merapu, sebab tentu Power Ranger Pink tak pernah sampai Sg. Gabai, dan jakun mandi sungai macam aku. Hahaha

logo baru

No comments:

Post a Comment