Aku akui aku gemar membaca. Bukan nak puji diri sendiri.Apatah lagi jika bahan bacaan tersebut adalah Novel.
Extra kredit jika penulis menyambung episod karya mereka menjadi sequel seperti RAM pernah lakukan untuk kisah Laksamana Sunan. Aku jejaki riwayat kisah tersebut walaupun mengambil masa.
Kini...
Satu lagi kisah yang aku sedang baca untuk melengkapkan bacaan kisah yang aku pernah ikuti dulu mana muda remaja.
OMBAK RINDU.
Mulanya aku baca hanya di cerpen novel Majalah Remaja. Kemudian, sebab tertarik dengan jalan cerita penuh romantis dan menyayat hati pembawa watak-watak dalam kisah tersebut, my sis telah membeli kisah penuh Ombak Rindu, karya Fauziah Ashari.
Pulang Deepavali ke kampung tempoh hari, my sis telah membeli lagi sekuel kisah cinta Izzah dan Hariz tersebut. Kini, aku sedang khusyuk menelaah bahan bacaan tersebut. Bukan menelaah untuk exam. Tapi untuk penghayatan. Huhuhu. Masih tiada titisan air mata, cuma bergenang dalam hati saja. Sedih, tapi sebak saja. Belum mahu rasa nak tumpah air mata.
Tebal. Kompilasi dua novel satu tulang buku. Cinta... Tiada Akhirnya & Duri.
Hariz dan Izzah. Suri. Elin. Mila. Armand. Mak Jah. Pak Dollah. Salleh. Satu keluarga dalam satu cerita.
Kenapa aku suka baca novel????
No comments:
Post a Comment