Anda memang berdedikasi.
Anda memang berdisiplin.
Anda memang hebat.
Anda memang amanah.
Anda memang penghantar pos yang kami cari.
Anda-anda-anda. Andalah segalanya.
TERIMA KASIH UNTUK ANDA.
Staf yang terlibat dengan Kaki Tangan Pos Malaysia Berhad SAHAJA.
Satu Sampul Surat berhagra RM4.50. Tapi... Kandungannya, nilai melebihi RM500.00 andai hilang atau aku tak terima.
Satu Sampul Surat berhagra RM4.50. Tapi... Jarak perjalanannya melebihi 360KM. UUM, Sintok-Bandar Baru Bangi.
Satu Sampul Surat berhagra RM4.50. Tapi... Nilai barangan yang diperolehi, transkrip UUM dan Sijil Sarjana Muda UUM yang diterima setelah 4 tahun belajar. Ini sijil ijazah si Kaseh.
Anda memang berdedikasi.Anda memang berdisiplin.
Anda memang hebat.
Anda memang amanah.
Anda memang penghantar pos yang kami cari.
Anda-anda-anda. Andalah segalanya.
TERIMA KASIH UNTUK ANDA.
Kerana kami terkejar-kejar mahu pulang ke KL sebelum terkandas di Pekan Changlun, maka kami telah mengirim jubah si kaseh kepada seorang teman untuk dipulangkan. Bukti pemulangan jubah diimbalbalas dengan sekeping sijil ijazah dan transkrip UUM setiap versi (English & Malay). Kini, kiriman pos ekspress teman tersebut telah berada di dalam tangan aku. Maka, tamatlah debaran menanti kiriman tersebut sampai ke tangan aku. Bayangkan jika Kaki Tangan Pos Malaysia Berhad tidak berdisiplin, tidak hebat, tidak amanah, tidak menghantar kiriman yang dikirimkan. Adohai. Tepuk dahi aku.
No comments:
Post a Comment