Ini sesi PENGHARGAAN kepada kamu.
Dah hampir dua bulan sejak aku jadi juara bertahan. Tak tahan ayat aku ni. Sejak aku menang, follower aku pun bertambah angkanya. Okeh- aku sedang berperasaan perasan. Tak murni betul niat. Huhuhu Wahhh... Strategi mahu ada follower begitu ya? Tak pernah terlintas pun.
Aku pun tak sangka. Ada tuah juga nombor 18 ya? Nampak macam biasa-biasa saja. Selalu orang kaitkan dengan 1,3,4,7 saja. Okeh. Bukan orang. Tapi aku. Selalunya nombor itu saja yang berada dalam lingkungan anggaran kebarangkalian nombor bertuah aku.
Inilah penyertaan peraduan dari nurulism.com yang menyebabkan tiba-tiba blog aku ada pembaca tidak tegar, walaupun sekadar tumpang lalu blog saja, tetap aku ucap terima kasih. Thank you-thank you. Xie xie. Wa Ai Ni. Tiba-tiba.
Aku Cuba nasib saja. Cuba sambil merapu. Haha. Tiada cuba-try-test. Yang ada cuma, cuba-type-send. Thank mommy Medina. Dapat menang sekali seumur hidup pun tak apa. Sebab? Aku bukan selalu melaram nak beriya-iya masuk contest yang diadakan oleh pemilik blog.
Pasti ramai dari kalangan yang follow aku tu sebab mahu tahu hadiah ini. Tertarik. Menarik. Kau mahu tengok hadiah ini bersiaran terus dari blog aku? Ececech. Sabar ya. Hadiah sudah selamat tiba di Mersing. My Mum sudah khabarkan berita tersebut kepada aku. Minggu hadapan akan dipos ke Bangi pula. Nanti bila sudah dapat di tangan aku, akan aku tunjuk pada kamu-kamu-kamu yang mengikuti pertandingan anjuran Puan Chika tersebut. Setakat ini, kamu lihat gambar ini dulu ya. Masih belum berada dalam dakapan aku, mana mungkin aku dapat siar di dada blog ini. Huhuhu. Sabar ya.
Sumber Gambar: Dari empunya penganjur pertandingan Dialog Tiga Hati.
NotaKuaci: Terima kasih sebab ada hati menjadi pembaca tidak tegar blog aku, jadi silent reader, jadi follower blog aku yang tak penting ini, juga terima kasih sebab letak side link di tepi blog kamu-kamu-kamu. Kepada yang click dan jump to my blog, thanks a lots. Sob-sob-sob. Sedih tiba-tiba. Penghargaan kepada kamu.
No comments:
Post a Comment