Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

Nak Tempah?

Sempena bercuti panjang hujung tahun, pertengahan bulan (?), kawan kesayangan aku telah mengadakan majlis pertunangan. Wahhhhh~ Banyak besar darjat kau, claim dia buat majlis pertunangan sebab kau balik kampung. Hahahaha. Realiti sebenar adalah sebaliknya. Maka aku sebagai juru gambar non profesional telah mengambil beberapa bilah keping gambar. Seperti biasalah, sudah menghadiri majlis, pastilah ada gambar menyusul dalam blog. Kan sudah menjadi lumrah pemblog yang separuh tegar seperti aku mengupload gambar yang disnap. Kalau pemblog tegar apatah lagi, setiap gambar yang diambil pasti semuanya terupload dengan meriah sekali.


Sejambak bunga ros untuk kau (Julee) di majlis pertunangan mu. Kahkahkah. Pinjam bunga pelamin.

Kuntuman mawar biru sebagai tanda penghargaan aku kepada kau. kahkahkah Pinjam wang hantaran.

Wang hantaran untuk teman kesayangan.

Pemenang tempat pertama juara bertahan tahta hati Zaki. Tahniah!!!!

Keluarga kedua-dua mempelai.

Ku lihat Hijau. Dari Zaki kepada Julee.

Merahmu bara, semangat waja. Dari Julee kepada Zaki.

Atas singgahsana, menanti raja.

Bakal terbina, keluarga bahagia. Semoga kekal ke akhir hayat. Julee & Zaki, pasangan ideal.


Kita sama bersahabat, tapi status kita telah berbeza. Kau dah semakin menghampiri hari bahagia.

Rakan seperjuangan sejak kecil, tak akan lupa landasan persahabatan kita. Selamat bertunang kawanku.

Dari dulu kita berkawan,
Sejak kecil kita berteman;
Kita seiring akrab taulan,
Kini kau sudah ada ikatan.

SELAMAT BERTUNANG KAWAN KESAYANGANKU.

InsyaAllah, majlis pernikahan kau nanti (27 March 2011) aku akan sedaya upaya untuk pulang. Kalau tiada aral melintang. Kalau diizinkan Allah.


footer

2 comments:

  1. tqvm dear...
    isungguh terharu..
    cantik + smart!!
    u will b photographer yg bagus..
    i like...
    thumbs up 4 u beb..

    ReplyDelete
  2. Xde hal la beb... Ko bg softcopy, aku edit tuk ko, member2 punya hal, orait je.

    ReplyDelete