Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 19, 2010

Ali Baba Kawan Aci

Minat lagu P. Ramlee?

Minat lagu Indie??

Minat lagu P. Ramlee dan Indie???

Sekarang anda boleh dapatkan kesemuanya dalam satu album. Lagu P. Ramlee dan penyanyi Indie.

Hebat. Ini bukan produk gayungan yang cincai-cincai. Tapi seperti satu penghargaanlah kepada penggiat seni anak muda. Lagu yang terdapat dalam track album ini, best. Superb lah idea yang tercetus untuk interprestasi melalui indie seperti ini. Keep it up. Thumb up. Salute lah. Kalau tidak ada media menjadi medium seperti ini, pasti kita jarang nak putarkan semula piring hitam nyanyian Allahyarham P. Ramlee. Bukan nak mengutuk atau mengata. Halwa telinga masing-masing, pasti pelbagai selera. Paling kurang, lagu P. Ramlee pasti hanya terdengar di Klasik Nasional, sekarang tidak lagi. Musik catchy, alunan bukan sekadar tangkap muat, feeling tetap sama.


Aku dah dengar kesemua 18 track. Wahhhhhhhhh. Getaran jiwa aku dengar lagu ini sama saja seperti dengar lagu-lagu lama, tapi diberi nafas baru. Baru Cool. Bukan tak hargai hasil seni orang lama, tapi, kita kan ada pelbagai selera. Nah. Ini agak kena dengan selera telinga aku. Layankan saja.

Aku turut muatkan dalam MP4 kesayangan. Waktu senggang sekali sekala dengar, sedap juga. Tak rugi mendengar. Gaya penyampaian yang menarik.

Okehlah. Ini bukan rayuan undi. Cukuplah memuji. Tapi kenyataan. Sedap lagu-lagu yang ada dalam album ini. Tak perlu raih simpati, kalau anda suka dengar, pasti cari sendiri. Barulah lebih menghargai. 0_<


Hati terdetak selepas dengar lagu Itulah Sayang nyanyian The Ramlees. Terus menggoogle sehingga terjumpa keseluruhan track.

footer

No comments:

Post a Comment