Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 25, 2010

Pre-Book

Dalam rakan taulan bergalak bertunang dan berkahwin, hati aku terdetak juga. Bilakah masa giliran aku pulak? Siapa yang tidak mahu berteman sepanjang hayat. Asam garam perhubungan sesama manusia, bercinta, bermesra, ketawa dan bergaduh, bermasam muka.

Sedangkan lidah lagi tergigit,
Apa pula suami isteri,

Buang yang keruh,
ambil yang jernih,
baru teguh peribadi,
Sebagai tanda, kaseh semakin bertaut. Selangkah kami semakin teguh, harap kalian doakan keutuhan hubungan kami juga.

Tidaklah aku secantik Balqis,
Mendambakan teman sehebat Sulaiman,
Mungkin kasihku tak setulus Zulaikha,
Tak ku berharap setampan Yusuf,
Aku bukanlah srikandi Sri Hajar,
Menanti wira seteguh Ibrahim,
Apatah lagi merindui manusia sesempurna Muhammad,
Kerana aku bukanlah manusia sempurna,
Aku hanya mencari kebaikan dalam dirinya,
Bersyukur dipertemukan dengannya,
Kalian turutlah sama berdoa denganku,
Semoga dia menjadi milikku,
Sama berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.
Amin~

Terima kasih si kaseh,
dariku d'kaseh.

footer

No comments:

Post a Comment