Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 24, 2010

The Secret

Hujung minggu beberapa minggu lalu, aku ada merayau di Alamanda bersama Housemate Haku. Center Alamanda ketika itu ada pameran dari kedai buku MPH. Mari menapak ke destinasi terpandang mata. Menarik. Buku. Timbunan buku. Okeh. Silap. Susunan buku. Makanan untuk minda yang sentiasa lapar mahu bahan bacaan. Mahu baca-bacaan saja, belum tentu beli-belian. Huhuhu. Kejikah aku? Erkkkkk.

Lepas satu buku, satu buku aku belek. Aku telek. Ala-ala ahli nujum. Adakah aura buku tersebut mampu membuatkan aku mahu menelek isi-isi dalaman pula. Tengok kulit hadapan, don't jugde a book by it cover. Okeh. Tengok pula kulit belakang. Baca sinopsis. Kalau aku rasa agak tertarik, baru tengok-tengok bahagian dalaman. Lenguh kaki berdiri menelek buku, ini bukan Kedai buku MPH, kalau di MPH aku selumber yaya saja duduk sambil menatap buku atau majalah. Aishhhh. Dibuatnya macam library pulak. Ada aku kesah? Petugas disitu juga tak kesah. Kenapa kamu nak kesah. Ikut arahan tertera di papan tanda saja sudahlah, aku ubah posisi kaki pulak. Huhuhuhu
Satu buku yang menarik perhatian mata aku, tapi belum cukup mampu menarik perhatian kocek aku untuk dirabakkan. amoun buku, senaskhah. Harga buku RM79.90. T_______T  The Secret.

Penulis: Rhonda Byrne

Sumber gambar: Menggoogle.
Positive thoughts bring about positive manifestations while negative thoughts bring about negative manifestations. The theory is very simple. Because it is an absolute law, the law of attraction will always respond to your thoughts no matter what they are. Thus your thoughts become things. You are the most powerful power in the universe simply because whatever you think about will come to be. You shape the world that exists around you. You shape your own life and destiny through the power of your mind.
Sumber adalah dari tuan tanah blog ini.

The Secret is to think positively, to become a magnet for the goal you desire, to use the law of attraction to draw your dreams closer.

Sumber adalah dari tuan tanah website ini.

Terbaca beberapa potongan ayat di dalam buku tersebut, terkandung makna tersirat yang perlu disuratkan. Pemikiran yang kritis. Tapi membawa motivasi yang tinggi.

NotaKuaci: Al-Quran adalah panduan paling Agung. Kalimah paling suci. Back to basic, semua terkandung di dalam kalam Allah itu adalah kisah seluruh alam melewati pelbagai zaman dan keadaan.

footer

No comments:

Post a Comment