Hari ini aku running office sendiri lagi. Aishhh. Berapa kerat saje pekerja office. Tapi masing-masing ada komitmen tersendiri (?), makanya, terpaksalah (?) aku mengerjakan tugasan dan melayan panggilan bersendirian. Kenapa banyak (?) ? Sebab tak tahu rasionalnya.
Bila aku nak cuti ni? Cuti dalam erti kata sebenar CUTI. Duduk rehat-rehat. Free mind from task of work. Free incoming/outcoming calling from client. Percuma dari memikirkan strategi menyiapkan tugasan secara berkhemah berhemah. Sila terjemahkan ke Bahasa Orang Putih. Lebih kurang dua minggu lagi akan kembali ke tanah jajahan takluk Johor. Mersing. Tunggu kedatanganku. Aku akan kembali. Ketika itu, adakah aku dapat merasa dan mendefinisikan istilah CUTI seperti yang dimaksudkan dalam kamus dewan bahasa. 29hb November tempoh hari telah cuti, tapi tak terasa seperti bercuti kerana still datang ke pejabat 27hb November untuk siapkan kerja, dan 29hb November pagi pun masih jenguk ke pejabat follow up kerja. Aishhhh. Aku bos? Pengurus? Pihak atasan? Tidakkkkkkkkkkkk.
Tadi semasa menjawab panggilan teman kerja sealiran, bukan teman pejabat ya, kan aku kerja seorang hari ini, aku kena tegur. Katanya aku sepatutnya membuat tindakan susulan email yang diberikan kepada kami (merujuk syarikat). Alasan. Sebab email tersebut di CC kan kepada aku. Begitu jugak dengan email tempahan airlines yang dibuat semalam. Aku juga yang ditegur. Alasan mungkin YA MUNGKIN kelalaian aku sebab tak membuat tindakan susulan.
Tetapi... Aku sajakah yang bekerja di syarikat ini? Hampir semua kerja aku kena buat tindakan susulan? Hampir semua kerja aku kena ingat? Hampir semua kerja aku kena settlekan? Ayayaya. Seronoklah macam tu. Siapa nak bekerja dengan aku. Mari-mari-mari. Tawaran dibuka. Tiada kelebihan dari aspek syarikat, hanya dapat gaji pokok saja. Tiada elaun. Tiada Komisen. Tapiiii. Anda beruntung. Sebab tak perlu kerja lebih. Kerana... Semua kerja ada pada saya. Anda??? Buat kerja anda termampu setakat mana yang boleh saja. Bila tak siap, boleh dipasskan pada saya yang tak menang tangan nak siapkan kerja saya plus kerja anda. WTH. Ni yang susulan. Entry susulan.
NotaKuaci: Pesan teman kerja sealiran. Mungkin kamu bekerja lebih lama dari dia, sepatutnya kamu lebih peka. Sepatutnya kamu sudah tahu apa yang patut dibuat. Sepatutnya kamu sudah mahir uruskan hal-hal sebegini. Erkkkkkk. Aku sudah bekerja lebih lama dari dia? Ye ke? Jom tengok rekod kemasukan pekerja. T________________________T . I miss my time so much. I know, it's your time. My time?
No comments:
Post a Comment