Malam tadi tersedar dari tidur, terus selesaikan hutang. 4 sudah selesai... 1 belum lagi, mengutamakan mata beradu dulu, apabila perut kenyang. Subhanaallah. Hutang apa? Solat lah.
Bila dah berbaring semula, mata macam mahu pejam-tak mahu pejam. Mahu lena-tak mahu lena. Aishhhh. Mari membaca lah. Orang bagi petua, nak tidur, membacalah, nanti mata mengantuk dengan sendirinya. Aishhhh. Itu petua orang malas membaca sebenarnya. Kihkihkih. Asal mengadap bahan bacaan, dia mahu tidur.
Sambil membaca novel yang aku bawa pulang dari tempat kerja, otak aku lancar mencerna ayat yang dibaca. Aikkk. Baca novel pun mahu berfikiran macam mentelaah pelajaran. (?) . Tidak-tidak-tidak. Sekadar terfikir.
Ibu Ayam dan Anak Ayam.
Sumber gambar: menggoogle.
Haiwan.
Melindungi anak berbelas-belas ekor, sanggup mematuk sesiapa saja suspek yang dianggap boleh merbahayakan keselamatan anak-anaknya. Sanggup melawan suspek tak kira besar atau kecil, garang atau lemah, asalkan anak-anak selamat.
Melindungi anak berbelas-belas ekor (?), sanggup menerima tawaran sesiapa saja suspek yang dianggap boleh menguntungkan dari kelebihan anak-anaknya. Sanggup menawan suspek tak kira besar atau kecil, garang atau lemah, asalkan mewah dan menguntungkan.NotaKuaci: Aku bukan baca novel tentang haiwan. Cuma terlintas di fikiran semasa terbaca satu ayat dalam pembacaan.
No comments:
Post a Comment