Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

Apa Ada Pada Nama

Aku suka Hari Rabu dan Jumaat petang di Bandar Baru Bangi, Seksyen 4. Wahhhhh. Seriusnya kenyataan. Aku suka hari tersebut sebab...Sebab...Sebab ada Siti Nurhaliza buat konsert percuma. Menangis peminat Datuk kalau dengar, sebab tak dapat join. Kihkihkih... Sebab yang sebenarnya ada pasar malam lah bukan ada konsert bagai. Ayat nak sedap saja. o_<
Macam popular saja tempat yang aku mention tadi. Yalah, popular untuk aku dan budak-budak rumah aku sajalah. T__T. Itulah syurgawi dunia makanan yang cikai-cikai tapi rasa superb. Tak ada presentation food macam kat Secret Recipe, Dome, Subway, atau restauran atau cafe yang popular gitu-gitu. Presentation gah tapi sayang nak makan sebab ciput, takut tak kenyang, cantik sangat decoration makanannya.

Hari ini adalah RABU. Petang ini, kalau tidak hujan, sudah plan mahu pergi meredah berebut berasak-asak dengan minah-minah kilang indonesia datang ke pasar malam seksyen 4. Mahu buat explore race food street. Serius sangat lapar bila tengok berderet makanan kat stall. Apatah lagi apabila pulang dari kerja. Macam nak angkut semua. T___T. Blacky haku tak hada bakul. Simpan semua dalam hati saja. Yang betul-betul mahu baru bawa pulang.

Food hunter yang sangat dikasihani. Makan banyak-banyak, tapi badan tak naik-naik jugak. Naik angin adalah. Dalam hotak haku, dah hada list-food yang nak dijenguk. Sila vote apa yang perlu aku beli nanti. 0_o


























Ayam yang dah tinggal rangka. Sedap makan sorang-sorang ramai-ramai sambil borak-borak.






















Tofu Fa yang menawan hati. Kalau Air Gula Merah lagi sedap. Gulp.























Char Kuew Teow Mutiara Penang. Ummppphhh. Sedap betul kalau ada lada jeruk.
Turkish kebab pasti lazat. Kihkihkih. Pak arab melayu buat kebab pun sedap juga.
Tak caya? Cubalah try-test.












  Apa bahan sebenar isikandung bakso? Yang aku suka ni ada hirisan kubis, papadom size mini dan seperti biasa bebola daging. Sambal lada umphhhhh. Wajib-wajib-wajib. Terpikat lepas pertama kali cuba. Dia letak apa ni? Heroin????


























Apakah nama kuih ini? Telinga Keling? Kuih Menderam? Kuih Cincin? Tak kesahlah labu apa nama kueh ni. Yang penting...SEDAP!!

Akhir sekali.....
Kamu makan tak bontot ayam?? tongkeng ayam?? chicken butt??

 Tongkeng ayam panggang. Hokeh. Anda geli. Anda mual. T_T. Tak rocklah anda ni. kihkihkih.

Si Kaseh curious apa sebab aku suka makan tongkeng ayam. Jadi aku bawaklah dia menikmati penangan bontot ayam ni. o_0. Masa sampai kat stall saja aku dah keluarkan statement sambil bisik kat telinga si kaseh: Tengok. Tengok! tangan sambil tunuk-tunjuk sembunyi-sembunyi. Muka-muka gadis yang beli semua cun-cun, tapi beli tongkeng ayam. Mestilah rasa dia best! Aku buat muka selenge beli sekali. Ada sepuluh ekor. Wahhhh. Banyaknya sepuluh ekor. Aku beli dua cucuk. Sekali sua pada si kaseh, beliau makan malu-malu. Tapi lepas tu, tak malu sudah. Makan jugak. Kihkihkih. Kamu berani cuba???

Tak kesahlah apa makanan yang kamu suka. Kedai makan mana yang jadi pilihan. Restauran apa yang kamu masuk. Cafe mana yang kamu lepak. Tapi pada aku, rasa makanan itu yang paling penting; best, sedap, umphh, delicious, buat rasa perut lapar walaupun dah kenyang. kihkihkih. Kenapa perlu bayar lebih untuk rasa makanan yang tak seberapa??? Betul tak? kihkihkih.

Gambar tertepek bukanlah dari pasar malam melainkan usaha menggoogle bersama uncle google semata-mata.
 
Yummy-yummy-my-tummy-hungry.


footer

No comments:

Post a Comment