Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

Sequel Skodeng Wayang Free

Entry yang ini masih dalam mood mereview filem yang dah ditonton. 0_<. Back-to-back day menonton filem. Sangat macam ketagih nak duduk sit-back-and-relax sambil menonton wayang. Demam-demam pun gagah kaki ajak si kaseh menonton wayang. Apa?? Kau ingat aku punya tajuk tu melibatkan aktiviti skodeng orang tengah ehem-ehem ke? Aaahhh. Yela tu.

16 Januari, sehari lepas jamu mata tengok Johan dan Aishah, hero dan heroin yang kata baru dalam proses mengenali hati budi masing-masing di luar lokasi, aissshhh. Gossipgirl artis plak dia. Heppp! aku dan si kaseh tonton pelancong plak. Aik. Tadi kata tengok wayang. Ni tengok pelancong pulak. Mana satu ni??? T___T

Pelancong atau dalam bahasa omputihnya, THE TOURIST.


T.H.E. T.O.U.R.I.S.T Bunyinya?

Pelancong o_< Kihkihkih

Sumber : Uncle Google.

Kesebelasan keduaan romantik-fantastik duet couple:
Hero   = Frank... Johnny Depp (Sangat berdadah)
Heroin = Elise... Angelina Jolie katak (Extra dadah) Super gorgeus dengan long dress. Ahhh... Sangat suka tengok.

Hero + Heroin =
Extravaganda dadah yang termuat dalam cerita ini. Sweet. Charming. Chentalicious. Yummy mata memandang this sweet couple. T____T. Sweet sangat. Jeles mataku pandang.

Jalan Cerita =
Macam silap mata. Angelina dah sinonim dengan watak jadi agen. So yang ni pun tak terlepas dengan watak yang sama. Tapi... Tak apa. Agen pun agen lah. Janji kau anggun. Aduh. Teringat R.E.D., agen pun boleh bergaya anggun. T___T. Dalam filem ini, yang best sebab true love never come truly, but inside. Apalah ayat ni. Huhu. Hanya yang alami dapat merasakan. Boleh, terjemah macam tu? T_T. Sweet. Ceritanya berkisar perompak merompak si perompak, kemudian dikejar perompak. Tapi akhirnya, perompak yang merompak, lepas lari. Perompak yang dirompak, habis mati. Perompak buat teknik penyamaran. Ingat agen je pandai menyamar? Faham? Kihkihkih.

Aku bagi pendapat merapu =
Ada la certain part cerita yang aku macam blur. Blur sebab sebenarnya kami tak pun melangkah kaki ke kaunter untuk tengok cerita ini. Asalnya si kaseh nak tengok Faster, tetapi...Seat yang ada jauh sekangkang kera setiap satu. Maka beliau tak mahu. Mana mahu lihat screen wayang tanpa aku di sisi, macam tengok wayang tak ada hati (?). Akhirnya setelah hampir 3-4 minit berulang telek tengok list cerita di screen komputer kaunter tiket, The Tourist jadi galang ganti. Masuk pun sudah terlewat 10 minit. Masuk-masuk cinema hall, sudah mula tayangan. T___T. Elise dah dalam train, memilih mangsa untuk dijadikan mangsa kejadian. Cerita ada unsur lawak. Bermula dengan salah faham, berakhir dengan salah faham yang so sweet. USD200 juta untuk pembedahan muka Johnny Depp. Tapi Angelina persoalkan wajah yang dipilih. Aishhhh. Kenapa? Wajah Johnny Depp tak handsome ke???? T____T

Thriller yang ada humour. Best. Scene cantik. Bandar romantik. Venice. Adoihai. Cair mata tengok. Secair air hidung, sambil tengok sambil bersin-bersin je. T__T. Tapi... Hati puaslah dapat tengok filem yang tak perlu perah otak nak fikir panjang-panjang, maklumlah, kepala tengah bengang-bengang dengan demam. Enjoy saja tengok movie tu. Best. Nak tahu best ke tak best, kenalah tengok sendiri. Erkkk. Ke aku saja yang baru tengok (?). Movie ni dah lama release. December 2010.

footer

No comments:

Post a Comment