Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 22, 2011

Mengintai Wayang Free

15 Januari 2011. Waktu kejadian. Tarikh sudah lepas, tapi entry ceritanya tak lepas-lepas lagi. Makanya, hari ini aku mahu lepaskan entry ini pergi menepek di blog aku. Ayat sedikit sebanyak pening yang bertimpa-timpa.

15 January merupakan tarikh keramat aku tengok wayang untuk pertama kali bagi tahun 2011. Aishhhh. Itu pun nak cerita???? Bukanlah. T______T. Yang aku nak cerita adalah cerita yang aku tengok di wayang ketika itu. Aku tengok cerita ke-4 arahan Syamsul Yusof. Tahu? Tahu cerita apa? Alaaaa. Cerita ituuuu...

K.H.U.R.A.F.A.T 
Bunyi apa?? Cakap kuat-kuat!

Khurafat: Perjanjian Syaitan.
Aikkk. Ada tambahan ayat pulak. Sila tambah effect bergema seram untuk menambahkan kadar keseraman anda.

Sumber: Uncle Google.

Kesebelasan keduaan utama watak:
Hero   = Johan...Syamsul Yusof (Kurang berdadah)
Heroin = Aishah...Liyana Jasmay (Tak cukup berdadah)

Hero + Heroin = Belum cukup berdadah untuk penagih cerita seram. Kalau heroin ganti dengan orang lain, mungkin. Mungkin...best. Liyana  terlalu muda nak pegang watak matured.

Jalan Cerita     =
Ada impak yang sangat tinggi mempengaruhi filem ini. Impaknya apa? Si kaseh terjerit terkejut, sebab dah lama kami tak tengok filem seram tempatan selepas Santau. Kihkihkih. Bila si kaseh terkejut, maka mempengaruhi d'kaseh yang sedia ada mudah terkejut ini. T____T. Boleh bersaing dengan filem genre seram thailand, indonesia dan korea.

Aku bagi pendapat merapu  =
Filem ini best sebab jalan cerita dia dah sedia best. Best! Best sebab best. Ringkas tapi cerita menyeluruh, tak rasa macam cerita berjalan pantas-pantas, tercungap-cungap, nak ceritakan semuanya sekaligus. Aturan cerita smooth saja. Walaupun ada babak yang macam tak cukup bagi prasangka teka-teka apa jadi dan kenapa. Tapi... Tak apa. Tak mengganggu. Sangat lari dari filem klise genre seram melayu yang aku pernah tengok. Macam ala-ala tengok cerita seram indonesia sadur thailand pun ada. Aku sangat puas hati tengok filem itu. Tak ada rasa niat mahu marah penerbit atau penjual tiket supaya pulangkan kembali wang pembelian tiket. Tak ada mahu buat piket kat depan kaunter tiket wayang. Mogok kecewa. Non.

Nak suruh aku cerita semuanya? Alaaa... Tak seramlah macam tu. Nak tahu, tengoklah sendiri. Aku sudah cerita pada housemate aku sekembalinya aku dari menonton wayang. Natijahnya? AKu kena temankan dia tidur malam itu. Mungkin penceritaan aku berlebih-lebihan. T____T. Kalau rasa komen aku mungkin mempengaruhi peratusan kamu mahu menonton filem ini, mari aku jampi bagi kamu pergi menonton di pawagam berhampiran. Aku seruuuuuu!! Hampeh. Khurafat lah kau kalau kau percaya aku seru segala mak nenek semangat masuk badan kau supaya pergi tonton filem tu. kihkihkih. Pergilah tengok ya kawan-kawan. Tak rugi. Kalau kamu rasa rugi pun, tak boleh melawan rasa rugi aku menonton BURIED. Okeh. T____T. Akur. Cerita tersebut akan menjadi parameter cerita kecewa berganda bagi aku.

NotaKuaci: Mungkin filem arahan Syamsul Yusof memang kena dengan selera aku. Mungkin. Sebab menonton filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ke pe tah dulu tu pun tak mengecewakan aku. Cukup ramuan emosi. Aku suka.

footer

No comments:

Post a Comment