Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 22, 2011

Emak Saya

Sticky Milky Entry Untuk My Mummy.
Boleh tengok enty yang baru di bawah entry ini. 0_<

Ini cerita tentang emak aku, kalau kamu tidak mahu terjebak dengan membaca kesah emak aku, kamu boleh memergikan diri ke tempat lain. Jangan kata aku tak bagi amaran!
Ini header blog, bukan aku yang punya. Tapiiiii... Sudirman Hj. Arshad Abdul Rahman yang punya. Tak payah la korang nak bersusah payah click icon sosial network kat header blog yang tertepek kat sini, non-fungsi ya hencik-hencik puan-puan.

Aku berblog sightseeing di Aizul Marcello-lipop meletupp tadi, tetiba... Taraaaa. Hilang ingatan bagaimana boleh dapat link blog ini. Sudirman Abdul Rahman. Ayayaya. Harap maaf ya. ~~sigh

Tapi aku tertarik dengan peraduan bukan beradu tenaga yang dianjurkan oleh beliau. A Big Clap Hands kepada beliau. Hari ibu nun jauh-jauh-jauh lagi tarikhnya. Tapi sebab beliau mengadakah peraduan ini, maka aku akan berbesar hati menyeru semangat hari ibu masuk dalam hati. Feeling itu penting. Fuhhhhhhh~

Sebab tak pernah lagi aku buat entry ala-ala biografi. So ini adalah kali pertama, julung-julung kalinya (hak milik terpelihara) aku membuat sedutan kisah hidup My Mum, Hajah Siti Hasnah Binti Rais. Emak si Budak Comot.




My Mum dilahirkan dekat Mersing pada tanggal 15 Februari 1941 (Itu dalam IC), jam berapa dan hari apa non-tahu.Tak valid di kalender hp untuk disearch. Tarikh dan waktu sebenar masih samar-samar kerana beliau mengangkat sumpah untuk dapatkan sijil kelahiran yang baru. Aku selalu provok My Mum, bilakah tarikh sebenar beliau lahir. Confuse sebab beliau sendiri ingat-ingat lupa. Kihkihkih. Sebab Sijil kelahiran beliau telah hilang. Non-ada. Maka kena apply yang baru.

 


My Mum, masa muda remaja. pheeewiitttt.

My Mum ada empat orang adik beradik, tapi yang tinggal sekarang ini hanya akaknya yang sulung, yang aku panggil Tuak dan beliau, si adik yang bongsu, yang dipanggil Mak Ngah. Aikkk. Kenapa si bongsu tapi dipanggil Mak Ngah??? Sebab ikut pangkat belah abah aku. Kihkihkih. Kedua orang tua beliau merangkap atuk dan nenek aku dah lama tiada di muka bumi, Al-Fatihah sejak aku kecik-kecik lagi. Kesihan My Mum, sudah jadi Yatim Piatu sejak 15 tahun lampau.

Masa muda remaja My Mum banyak dihabiskan membantu kakaknya yang sulung menoreh getah. Bergonjeng bersama nyamuk dan pacat-pacat. Ya. Aku bukan dari golong the lord, apatah lagi peer, tapi golongan biasa-biasa saja. Itu yang My Mum selalu cerita pada aku. Ini bukan bedtime story. Inilah realiti. Aku dan My Mum tidaklah rapat sangat, tapi sebab mungkin adik beradik aku tak ramai, jadi ada-ada saja cerita mengenai beliau yang beliau akan share dengan aku dan adik beradik yang lain.



Abah dan My Mum, idola hati. Sudah mendirikan rumah tangga 40 tahun.

My Mum berkahwin dengan abah ketika berumur 23 tahun. Aishhhhh. Aku ketika umur seperti beliau masih duduk di bangku Universiti, hepppp biasa dia fikir pasal nak kahwin. T_____T. Abah adalah single daddy ketika berkahwin dengan My Mum. Dengan kehadiran sepasang anak, My Mum terima abah seadanya. Tapi anak lelaki abah dijaga oleh pakcik aku sebagai anak angkat. Maka anak perempuan abah, si Kak Long dijaga oleh My Mum. Tengok??? Zaman sekarang? Terima duda mungkin kerana harta, tapi abah mana ada harta berjuta-juta, jadi aku tak akan sekali-kali claim My Mum kahwin abah sebab harta!!!



Aku sangat sayang My Mum, siapa tak sayang emak dia memang manusia paling tak normal-mengikut situasi lumrah alam. Aku sangat-sangat-sangat sayang beliau sebab beliau adalah super-duper heroin dadah(?) dalam hidup aku. Beliau yang lahirkan aku, beliau yang besarkan aku, beliau yang menyusukan aku dan beliau lah manusia yang membasuhkan poo-poo dan pee-pee aku masa dulu-dulu. Aku?? Sekalipun belum pernah melakukan tugas tersebut ke atas beliau. Kejikah aku? T____T

Aku tak tahu apa yang mengembirakan hati beliau. Keliru air mata gembira dan sedih beliau. Aku cuba buat beliau gembira dalam tema dan istilah aku sebagai anak. Tapi aku tak tahu apakah perkara yang menggembirakan beliau dalam tema dan istilah beliau sebagai ibu. Kau tahu(?). Adakah kau ibu??

Kisah gembira My Mum dan aku terlalu banyak, banyak sampai setiap kali pandang My Mum pun rasa gembira saja. Aku memang selalu buat My Mum menangis, mungkin. Mana aku tahu, sejak 5 tahun kebelakangan ini aku dah tidak duduk sebumbung dengan beliau. Jahatkan aku! Dulu belajar di UUm dan kini bekerja di Bangi, mana boleh duduk sebumbung dengan parents. Gila apa nak berulang-alik Mersing dan belajar/tempat kerja. Mungkin My Mum ada menangis sebab risau itu dan ini. Atau mungkin My Mum yang touching lebih-lebih T___T. Aku pun tak tahu. Sebab itu aku mengaku, aku tak tahu air mata klasifikasi apakah itu, sedih kah atau gembira kah. Tapi ada sekali aku telah confirm membuatkan beliau menangis sedih. Kerana beliau terasa dengan perbuatan aku. Tidak mahu menjawab panggilan telefon beliau. Jahatnya aku! Ya aku mengaku. Ketika itu aku berselisih faham dengan kakak aku, mangsa kejadian, My Mum. Sedih hati beliau sesedih hati aku. Tapi sebab hati aku keras, aku telah berkeras hati tak mahu jawab panggilan tersebut. Aku tahu, nanti aku akan menangis seluas pantai Mersing. Heppppp! Biasa kau ni! Tapi tak lama, rasa bersalah makan diri aku, merana. Adegan nangis-nangis aku minta ampun akhirnya melegakan hati aku. Kenapa ada manusia yang kebal hati sanggup menyakiti hati emak? Aku sendiri dah lalui dan rasa sangat seksa. Tak nak buat lagi!

My Mum mempunyai masalah selaput mata. Catarak ya istilah zaman sekarang. Impian aku mahu beliau dapat melihat seperti manusia seusia beliau melihat. Tidak kabur. Tak akan aku berimpian beliau dapat melihat cerah-cerah pulak. Mustahil. Itu melawan fitrah manusia berusia 64 tahun. Aku kadang-kadang geli hati tapi kadang-kadang menangis dalam hati apabila berjalan dengan My Mum, bila dia bertanya lokasi sesuatu objek, puas aku tunjuk pada beliau, sampai bergaduh-gaduh manja tapi kadang-kadang beliau tak nampak. Kabur. Tak jelas. Sedih. T___T. Aku sendiri rabun dan sangat malas memakai cermin mata, arif keadaan penglihatan My Mum. Hampir faham perasaan beliau. Pasti tak seronok sebab kabur apa yang orang lain nampak jelas.



My Mum adalah emak aku. Tak mungkin jadi emak korang. Mungkin sayang korang pada emak korang tak sama dengan sayang aku pada emak aku. Adakah tahap sayang dapat disukat ? Tapi yang pasti sama. Engkau sayang. Aku juga sayang. Kita sayang emak kita. Entry sepanjang manapun sebenarnya pun korang memceceh tak dapat menggambarkannya dengan sempurna. Kerana hanya kita yang rasa apa yang kita rasa, korang hanya tahu baca, belum tentu tahu apa yang aku rasa. 



Sekian, sebelum My Mum tutup mata, mari kita doakan kebahagiaan emak aku, emak kamu, emak kita. Selagi bernafas di dunia dan nanti bila di akhirat sana. Hidup belum tentu, mati itu pasti.




footer

9 comments:

  1. ya AMpun...suka nya tgk kreativiti penulisan dan penampalan setiap pic dalam entri awak nie..ihhh..suka2...moga berjaya ye..amin..tq join..dah masukkan link blog awak di list blog join contest di blog man..tq

    ReplyDelete
  2. @Sudirman...
    BC suka edit gambar, nawaitu mmg nak wat entry pasal parent, tp blum de hidayah nak buat. Huhu. Tapi bl dan tgk blog man, kire sambil menyelam, minum air la. Moga ada rezeki BC, bleh bagi hadiah tuk my mum. 0_<

    ReplyDelete
  3. hye slm perkenalan!suka tgk cara sis edit foto..mmg best blh mng ni he3..krm slm mak ye

    ReplyDelete
  4. @||aleasara||
    Hai3..0_< salam perkenalan. TQVM aleasara cuz terdrop comment jugak pasal my mum entry ni. Minat editing picture, so amek peluang ni edit gambar my mum mude2 dulu. o_0 sukenya klu de orng suke tgk. At least glamer lah sekejap my mum 0_<

    ReplyDelete
  5. @::Cik Zatie::
    TQVM.. Mungkin tak seberape... Tapi buat juga utk special edition:my mum

    ReplyDelete
  6. salam ziarah kreatifnya..
    apapun saya follow blog awak ek.. ada masa n kelapangan marilah singgah dan bertandang d blog saya

    ReplyDelete