Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 14, 2011

Dah Lapuk, Tapi Belum Berhabuk

Pasti ramai orang yang dah tengok AJL 25. Kalau tak tengok pun tak apa. Bukannya wajib pun. Tak berdosa. Tengok, dan mengundang dosa lagi adalah. T____T  Tetiba jadi baik. Kihkihkih. Pasti juga ramai yang dah tahu pasal keputusan juara lagu tersebut.

Juara lagu:
1. Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali kena penjara hantu tak boleh cuit.
2. Drama King, Meet Uncle Hussain & Black si manis 17x.
3. Noktah Cinta, Hafiz AF. Lepas ni dah boleh start tukar nama macam Aizat Hamdan.

Vokal Mantop:
Noktah Cinta, Hafiz AF (?).
Siapa kata vokal AF tak hokey? Ni ha, mamat ni kalahkan Faizal(?). So what? kihkihkih.

Persembahan terbaik:
Hanyut, Faizal Tahir dalam air.

Ini segmen si Juara Lagu.

Credit kepada owner website yang unknown. http://a.aboutthelettera.com/. Puas tengok-tengok. Tapi tak tahu tuan punya tanah.

 Jadi hanya omong-omong kosong. Kihkihkih. Semua entry pun selama ini aku hanya omongan kosong, pada mereka yang baca dengan fikiran kosong dan ambil ikhtibar secara kosong. Kihkihkih. Berapa kali kosong daa~ Perempuan ni, dulu indie you tube saja macam si yuna. Ana Nurhidayah Muhammad Raffali. Tahu nama pun masa AJL tu la. Tapi siapa tahu, untung sabut timbul, untung batu, tenggelam. Tupp-tuppp, kini dia jadi juara kepada segala atuk nenek juara lagu. Bermula dari bawah, kini dah berada di atas. Esok lusa, kita tak tahu lagi, tapi kalau terus berusaha, atas bawah, tetap dapat anak juga (?) pasti berjaya kekalkan posisi dan prestasi dalam industri muzik tanah air juga.

Anda tak tahu keupayaan diri anda kalau anda tidak mencuba. Contohhhhh... Dulu aku tak pandai nak berblog, kecur liur tengok orang lain saja. Seronok mereka tulis, aku baca. Mereka diam, aku asyik duk ulang buka page mereka sampai mereka update entry baru. T____T. KIhkihkih. Itu dulu. Sekarang? Tidak lagi. Guna jari pun boleh (?). Aku pun dah ada blog sendiri walaupun Budak Bomot masih tiada identiti. Slow and steady la der, bagi warming-up skill dulu. masih mood suka-suka.

Ramai yang dulu zero sekarang jadi hero. Jadi mari kita melangkah bersama Ana Raffali, jadi diri kita. Kalau anda rasa nak show-off, apa salahnya. Kadang-kadang orang benci, kadang-kadang orang suka. Kita tak tahu. Kita tak boleh puaskan hati semua orang seperti mana kita juga tak akan berpuas hati dengan semua orang. Manusia. Selagi ada kemahuan, di situ ada highway  lebuhjalan.

Entry telah mula hilang arah. Tengok lirik lagu ini. Tolong Ingatkan Aku apa yang patut dibuat sepatutnya sekarang ini. Mari kita blah dari sini secara berjemaah. Mari kita berkumpul ke sesuatu tempat lain yang lebih indah. Mana??? Kepada si Sang Arjuna. shuh-shuh-shuh. Pergi masjid nih. Solat Jumaat. Kepada si Ratu Srikandi. Mariii. Kita berjemaah, tambah rezeki. Anyam ketupat, rehat-rehat. Lunch hour hari Jumaat kan panjang. Yok-yok-yok.







Sebelum tu. Biasalah. Penarik keterujaan mata aku untuk melihat sesuatu blog itu atau website tu bila owner meletak gambar yang menarik bagai bidadari dari heaven. Kihkihkih. Jadi mari kita lihat blog unknown yang sangat aku teruja scroll sampai tak tahu berapa page next-lepastu-next-next-lagi. 

footer

No comments:

Post a Comment