Apakah hadiah yang paling memberi makna kepada anda?? Aku tanya bukanlah sebab aku nak bagi hadiah... Owh... Tak mungkin... Aku tanya sebab aku nak tau je. Huhu... Aku tak pasti apa hadiah yang paling bermakna pada aku, sebab aku rasa semua pemberian orang tu memberi makna tersendiri... Owhh.. so sweet...
Jadi aku tak terfikir bagi hadiah pada orang tu perlu harga ribu-riban, sebab yang memberi Topping value pada hadiah tu adalah sentimental value of that present... Kenapa aku tetiba bercerita pasal hadiah ni... Haha...Sebab semua orang duk wish mother's day and fikir present yang diorang bagi tak cukup bernilai setimpal dengan jasa ibu.
Jasa ibu memang la tak mampu korang balas. pengorbanan 9 Bulan 10 Hari beliau kandungkan korang ke hulur-ke hilir usung perot, tak mungkin terbalas dengan sekali setahun korang sambut Hari Ibu... Nasib de hari ibu, kalau tak, bila la ibu merasa nak hadiah sempena jawatan beliau sebagai ibu... Huhu... Harap hadiah birthday je la kalau merasa, agaknya lah kot..Sob sob...
Sumber: Meng'google'
Ibu aku orang yang paling aku sayang, kalau ada calon BF, orang tu mestilah sehandal my mum... Ibu aku superwomen, power puffgurl, so nak jadi BF aku kenalah jadi superman. Haha... Tapi bukanlah bermakna si dia perlu pakai spender kat lua, warna merah... Owhh.. tidakkkkkkk!!! Apalah yang mampu aku fikir kalau calon BF aku berangan-angan jd Superman... Adoihai... Nangis lapan hari lapan malam la aku, malu BF tak reti pakai spender dengan betul, tapi ada hati nak jadi hero aku... My mum aku pun tepuk dahi, ketuk dinding, tah-tah muka masam jeruk pelam je dengan aku...Huhu
Haha... 6hb May aku dah marathon balik kampung tuk mengadap my mum yang dicintai. Huhu... Suka aku bila tengok ibu aku suka... Sukanya aku bila dia ceria...huhu . Tak de lah hadiah gempak vogue de vas meletup lip lap..huhu... Cukuplah apa yang aku mampu. Pulang ke kampung lebih awal dari yang dijanjikan. Belanja makan apa yang beliau mahu dan membantu mendengar apa sahaja luahan hati beliau. Aku tak mampu bawa beliau ke tempat makan mahal-mahal. Victoria Station ke, Hotel Sheraton ke, Candle light dinner ke, tour round the world ke, wahhhh... camtu aku pun mahu jadi ibu dengan segera dan request pada anak-anak aku yang setahun jagung nak ke bulan...Haha... terbantut pembesaran anak aku.
No comments:
Post a Comment