Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

Merah Tak Sama

Kali terakhir aku mengunjungi kaunter panggung rasanya sudah menghampiri sebulan yang lepas. Menonton cerita apa? Filem yang menelan   mengeluarkan belanja untuk seorang pelakon saja. BURIED. Aishhhhh. Tak reti dah nak cakap kekecewaan macam mana.

Selasa lepas, si kaseh off day untuk kerja. Maknanya? On day untuk aku. Haha. Jahat tak aku? Jadi bila pulak rest day untuk si kaseh? Tunduk, senyap, buat muka sedih. Tak tahu. Ke Alamanda berlibur sebab itu saja destinasi terdekat. Mahu ke Mid Valley, takut si kaseh keletihan pulak melayan kerenah di kaseh. Apa yang tak kena? Biasalah. Perempuan. Mengada extra vaganza vaganda vila vi vaseh verada vesama-sama. Ahakkkks.

Sesudah mengisi perut dengan ayam uncle google kolonel merah-putih. Kami merayau. Mahu cari jug kettle. Dah dapat habuan, tak tahu mahu kemana pula. Terus membawa diri berpasangan ke kaunter tiket pawagam. Phewittttttt. Tengok wayang free yok. Pilihan kami?

Cuba menebus kekecewaan tak terkata cerita BURIED. Saja bold, Capital letter. sebab memangrasatakpuashatimacamnakmati dengan cerita ini. Meneliti senarai movie yang tertera di board sambil mencongak waktu habis movie. Esok si kaseh shift pagi, mestilah faktor tempoh durasi movie menjadi pembolehubah pertama. Teliti. Sangat terperinci. Adele:Rise of The Mummy. Macam best tapi kekangan masa. Hiss. Hissssss. Takers. Megamind. Cartoon? Magika? Tak masuk akal kalau masuk dalam senarai. Mata akhirnya tertancap pada RED. Mampukah RED membayar kekecewaan BURIED.

Tunggak Utama Cerita. Cinta dan Penyiasatan. Cinta memang elemen semua cerita Mat salleh.

Semua Watak Utama. Aikkkk. Watak utama ada ramai? Tak-tak-tak.
Okeh. Filem Aksi. Penyiasatan. Tapi... Ada Humour. I likeeeeee

Ini satu scene yang buat aku rasa terbangga. Dress dah cantik. Make up dah cun. Badan dah mantop. Siapa kata tak boleh beraksi?

Over-all? Okeh terlunas sudah hutang BURIED tersebut dengan dua RED. Ayam kolonel merah-putih dan filem RED. Merah tak sama. Tapi kepuasan hati yang sama. Puas hati, perut kenyang dan puas hati, cerita best. RED? R.E.D... Retired Extremely Dangerous... Cinta retired CIA Agents. Cinta luaran vs dalaman. Penyiasatan retired CIA Agents. Penyiasatan yang baru vs yang lama. Aksi retired CIA Agents. Aksi terancang vs spontan. Jom tonton.
footer

No comments:

Post a Comment