Jam 12.00 AM, kami sudah melepasi Kangar, menuju ke Baling. Berhasrat mahu menumpang semalaman membetulkan tulang belulang di rumah Abang kepada bakal kakak ipar aku. Okeh. Jumpa ajnabi yang lain pulak. Tabah.
Bermalam di Baling, bersama 1001 rasa yang tak boleh digambarkan dengan perkataan. Bangun awal pagi sudah terpacak di depan TV. Berita mengkhabarkan Changlun telah ditutup. Konvo sesi ke-5 dan ke-6 terpaksa ditangguhkan kepada suatu tarikh di beritahu kelak. Kami? Tersenyum. Lega. Bersyukur kepada Allah. Kami selamat meninggalkan Sintok dan Changlun. Aku? Sangat menghargai masa dan suasana yang dianugerahkan kepada aku. Bersama keluarga bakal mertua dalam suasana begini memang betul-betul menguji.
Seawal jam 8.00 AM, bakal mertua mencadangkan kami kembali ke KL melalui Jeli. Okeh. Baiklah. Sekarang aku perlu ke Jeli pula? Kampung halaman si kaseh. Aku hanya mampu tersenyum dan mengiyakan saja. Dalam hati sudah macam empangan nak pecah. Perjalanan diteruskan ke Kelantan. Perancangan manusia takkan dapat melawan ketentuan Allah. Aku akhirnya menjejakkan kaki ke rumah si kaseh. Tiada dalam perancangan aku.
Dalam perjalanan ke Jeli.
Semasa dalam perjalanan, kami singgah di Tasik Banding. Royal Belum Forest yang menarik hati pelancong eco-tourism. Masa yang ada kami gunakan merapatkan lagi hubungan antara kami. Fuhhhhh... Lega. Rasa seperti macam satu keluarga.
Konvo si kaseh merupakan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Manusia hanya merancang. Tiada siapa dapat menduga perancangan yang tertulis hakiki. Qada' dan Qadar. Bukankah sudah ada dalam rukun iman? Aku yang mampu tersenyum dan bersyukur.
Muka yang ceria. Dalam hati? Pancaragam bingit.
Konvo si kaseh merupakan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Manusia hanya merancang. Tiada siapa dapat menduga perancangan yang tertulis hakiki. Qada' dan Qadar. Bukankah sudah ada dalam rukun iman? Aku yang mampu tersenyum dan bersyukur.
No comments:
Post a Comment