Hajat mahu menurunkan kami di Restoran Pokok Ceri tergendala apabila bakal abang ipar mahu memberhentikan Alza berhampiran Restoran, kereta digegar oleh pihak polis. Setelah cermin kereta diturunkan, terdengar jeritan. Sungguh kami terkejut. "Banjir...Banjir... Jalan ditutup. Patah balik!!!". Okeh-okeh-okeh. Sekarang baru terjawab, kenapa Pekan Changlun yang kami lalui suram, gelap gelita. Hanya ada lampu traffik warna merah saja. Setelah diamati, baru kami perasan, air sudah naik sehingga paras lampu kereta. Akur. Kami berpatah balik.
Sumber gambar: http://www.zilhan.com/
NotaKuaci: Dalam kelam kabut, malam-malam suram kelam, mana sempat terfikir mahu snap gambar.
Sumber gambar: http://www.zilhan.com/
NotaKuaci: Dalam kelam kabut, malam-malam suram kelam, mana sempat terfikir mahu snap gambar.
Mahu meneruskan perjalanan ke Jitra melalui Kodiang. Tapi hampa. Jalan ditutup. Terkandas di Pekan Changlun. Dengan aku yang tak berapa biasa lagi dengan keluarga bakal mertua, keadaan ketika itu memang agak merunsingkan. Panggilan dari teman dan family bertanya berita dari aku setelah tahu khabar dari TV. SMS tak putus-putus. Aku?? Runsing. Cemas. Cuak. Kecut perut. Berdebar-debar.
Jam 11.00 PM, kami yakin tiada bas akan tiba. Paras air sudah makin meningkat. Sama meningkat dengan rasa cuak aku. Tolonggggggg. Setelah yakin-pasti-kamikaze, kami terus ke Kangar. Mahu ke Alor Star melalui Kangar. Tawakal saja. Harap lepas dan Allah memudahkan perjalanan kami.
Perjalanan terasa panjang. Lagilah aku yang sedang tidak selesa dengan perasaan. Rusuhan apabila bersama orang yang tidak dikenali, bukan mudah mahu mengendalikan hati. Nasib keluarga bakal mertua amat friendly. Maka aku masih boleh mengawal rasa tak keruan. Berjumpa baru hampir 12 jam dalam suasana yang tidak memberansangkan, mana mungkin boleh beramah-mesra senyum ketawa. Yang ada hanya mulut penuh istifar dan doa.
No comments:
Post a Comment