Fuhhhhh... Setelah agak lama tak bertaipan entry secara fresh tanpa schedule entry. Hari ini baru kembali ke office setelah ke alam peruniversitian beberapa hari yang lepas. Dimana aku mengalami satu pengalaman yang tak kamu-kamu-kamu rasa. unless kamu juga berada di Sintok.
Satu Malaysia tahu, Kedah mengalami banjir teruk. Ya... Aku bukan warga Kedah, tapi... Aku turut berada dalam sekuel banjir tersebut. Ini kali kedua. I told you, ini kali kedua aku mengalami kejadian banjir berkaitan UUM. Kali pertama semasa aku mahu memasuki semester kedua. Changlun di naiki air, maka aku terpaksa menunda tarikh kembali ke UUM.
Pemandangan semasa dalam perjalanan ke Varsity Mall UUM.
Satu Malaysia tahu, Kedah mengalami banjir teruk. Ya... Aku bukan warga Kedah, tapi... Aku turut berada dalam sekuel banjir tersebut. Ini kali kedua. I told you, ini kali kedua aku mengalami kejadian banjir berkaitan UUM. Kali pertama semasa aku mahu memasuki semester kedua. Changlun di naiki air, maka aku terpaksa menunda tarikh kembali ke UUM.
Minggu lepas, sekali lagi aku mengalami tragedi yang sama. Changlun dinaiki air, maka aku terpaksa menunda tarikh kembali ke KL. Perbezaan situasi, dulu semasa mahu kembali ke UUM, which mean, aku masih di Mersing, menanti waktu nak naik bas kembali ke UUM. Tetapi now, apa yang aku alami... 1 Nov 2010, sekitar jam 9.00 PM, aku berada di Pekan Changlun malam kejadian, sedang menanti bas mahu pulang ke KL.
Si kaseh menghadiri sesi ke-4 Konvo UUM. Cemas. Jalan utama ke Sintok, telah ditutup kerana air dah melepasi jalan. Nasib ada alternatif. Jalan Bukit Tangga-Sintok. Okeh. Aku di Kampus, berdoa semoga pejalanan selamat. Sementara menunggu kedatangan si kaseh dan family, aku merayau di sekitar kampus. Rindu. Tapi segunung rindu kepada kampus terluntur oleh titik-titik hujan sejak hari pertama aku tiba di Sintok. 3 hari hujan tanpa henti. Nafsu merayau juga dah luntur.
Seawal jam 12 tengah hari, aku sudah berpayung berdua dengan si kaseh menuju ke dewan MAS. Hujan tak ada tanda mahu berhenti walau setitik. Walaupun hati aku berpancaragam bingit, jiwa aku bunga kembang mekar wangi, mood aku segar, ceria, tapi cuaca dan persekitaran tak boleh diterima pakai sebagai latar belakang keadaan aku masa tu. Tidak sama sekali. Yang ada hanya titik-titik hujan. Muram. Mendung.
Setelah sesi konvo tamat, kami bersegera pulang. Mahu memastikan aku dan si kaseh tidak terlepas bas pulang ke KL, maka kami segera ke Pekan Changlun. Masih selamat menyusuri Jalan Bukit Tangga. Setelah makan malam bersama keluarga bakal mertua, kami bergegas ke Bus stand Changlun. Di sinilah tragedi bermula...
No comments:
Post a Comment