Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

Wondercats

Selalunya rumah MUSLIM akan membela binatang peliharaan yang comel-comel. Lebih comel dari anjing or kh*nz*r. Serius. Comel anjing, comel lagi kucing. Betul tak???

Maka di rumah aku di kampung kini juga meriah dengan binatang peliharaan. Dulu-dulu sewaktu kecil aku ada membela kambing biri-biri. Yang aku ingat setiap orang adik-beradik aku akan mempunyai seekor biri-biri comel. Aku??? Si cathek. Ada juga. Biri-biri hitam. I m the black sheep of the family. Huhuuhu

Kemudian, ada ayam serama. Katek. Comel. Licik. Cilik. Nakal. Semua ada. Seronok tengok aksi mereka. Bingit telinga bila abah suka memanggil mereka, mereka sahut dengan kokokkan yang nyaring. Okeh. Aku marah. Sebab bingit telinga bersahut-sahut antara bapak-bapak ayam tersebut. Time aku suka bila mahu bagi makan, makan di telapak tangan. Geli bila tapak tangan turut di patuk untuk mendapatkan jagung halus. Geli-geli-geli.

Sekarang. Semua sudah tiada. Yang tinggal hanya kenangan ada adalah wondercats. Sudah ada lagi banyak wondercats di rumah sejak my mum membela seekor ibu tumpang (?). Kami tidak pernah membela kucing betina di rumah. Ini pertama kali rasanya sejak aku ada. Dulu hanya ada kucing jantan. Datang-mati-pergi. Yellow. Hitam. Manja. Antara nama kucing yang aku ingat. Yang lain diluar ingatan. Tapi kini??? Wahhhhh... Sudah macam pusat pemeliharaan kucing. Tompok si ibu tumpang datang bertandang dengan perut buncit, bunting dibuntingkan jantan tak tahu malu mana. Huhuhu.

Lahir empat ekor. 3 Jantan 1 Betina. Kemudian, pulang ketika Ramadhan, diberitahu lahir lagi empat ekor. Pulang Deepavali tempoh hari, lahir lagi empat ekor. Okeh-okeh-okeh. Rumah aku sudah ada kucing berganda empat sekaligus. Wondercats. Berkeliaran bermain dalam rumah. Jangan risau jika tiba-tiba dengar berpuluh tapak kaki atas atap zink, atau kaki kerusi bergerak sendiri, atau pintu masuk ke rumah bergoyang, atau ditindih, tertindih dan dipijak, atau dilanggar tersadung kaki. Semua angkara wondercats yang sedang galak menginjak usia remaja bermain sesama mereka. Bergurau tak tentu masa. Semua masa adalah waktu libur, time tidur pun sibuk berlibur. Hancur. Dah lama tiada kehadiran kucing agak banyak. Meriah. Nasib hanya satu ibu tumpang yang dipelihara. Kalau tidak, pasti rumah aku jadi taska wondercats.

Antara koleksi kucing yang ada dalam simpanan.

Dimarah seketika oleh my sis, sebab ambil gambar kucing. Kata orang dulu-dulu, nanti nyawa kucing tersebut pendek. -_-


Ini ada teka teki berkenaan kucing yang ada dalam peliharaan my mum.

footer

No comments:

Post a Comment