Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

Nom-Nom-Nom

Deepavali tempoh hari aku ada pulang ke kampung. Mana mungkin aku tak pulang ke kampung kalau cuti agak panjang dari biasa. Aishhhh. Bak kata si kaseh, pulanglah selagi ada yang mahu di jenguk di kampung halaman, nanti kalau apa-apa berlaku, nyesal tak sudah.

Cuti kali ini, my sis juga balik ke kampung. Jadi agak meriahlah pemulangan ke kampung minggu tersebut. Selain memulangkan barang kepada tuan empunya pengirim barang, (barangan yang dibeli di Ekspo Konvo), aku turut memulangkan paku buah keras (?) diri ke pangkuan keluarga. Sudah lama tidak pulang sejak Aidilfitri tempoh hari. Aidiladha nanti sudah tentu tidak pulang.

Pemulangan anak jati ke daerah sendiri disambut dengan acara banyak makan. Jadi mari kita santap gambar saja.Santapan mata, minda dan nafsu makan secara maya. Mari-mari-mari.

Ubi Rebus dan Sambal tumis ikan bilis.

Keropok Lekor.

Ikan Lari Pari Bakar

Sotong dan Udang Bakar.

Menu lain yang tak sempat ditangkap gambar telah selamat didalam perut:
-Ayam Masak Lemak Cili Padi
- Nasi Lemak home-made by my mum
-Nasi Dagang
-Sambal Goreng home-made by my mum
- Kerabu Perut Lembu
-Tiada dalam senarai

Rindu kampung. Rindu masakan my mum. Huaaaaaaaaa. Di Bangi, apa mahu makan, kena masak sendiri. Kalau tiada kerajenan yang tinggi, kalau kadar keculasan melebihi paras keinginan makan, maka tukang masak tempelan akan jadi pilihan. Yang segera (instant) atau tidak-segera. Yang pantas (fast-food) atau tidak-pantas.

footer

No comments:

Post a Comment