Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

Melur 3

Ekoran tsunami dalam hati 30 Disember 2010 tempoh hari, aku telah menggagahkan diri ke kaunter tiket mencari haluan jalan pulang. 30 Disember 2010, rakyat Malaysia rata-ratanya bercuti menyambut kemenangan Harimau Malaya, tapi aku di samping keluarga menyambut rasa hati yang galau. T____T

Lawatan ke Wad Hospital Mersing secara rawak dalam ingatan adalah sangat menghampiri 10 kali, sedikit. Amat jarang aku membuat lawatan ke wad tanpa alasan yang kukuh. Tapi...

Kali ini, aku gagahkan juga kaki ke Wad 5, Hospital Mersing untuk menjenguk, melawat dan merawat hati abah yang mungkin menanti kunjungan anak-anak. Hati siapa tak sedih lihat abah di katil hospital? Sakit. Bukan sebab sedang berehat bercuti panjang.

Abah disamping cucu yang dimanjai setiap hari, pagi petang siang malam. Kunjungan kami ternyata membuatkan hati abah kelihatan berbunga. Beliau tersenyum. Itu yang aku sangat harap-harapkan. Gambaran kesakitan dari mata kasar amatlah ditakuti. Ngeri.

Pemandangan diluar Wad. Kelebihan yang menyamankan. Wad berhampiran Pantai Mersing. Maka, deruan ombak menyenangkan hati yang sedang kesedihan. Mampu memberi terapi secara semulajadi.
My Mum setia di sisi. Melempar jauh pandangan ke Pantai Mersing, dalam hati, tiada siapa yang tahu. Setelah lebih 40 tahun hidup bersama, keadaan seperti ini, memberi dugaan dan menagih kesabaran hati yang tinggi.

Masih sabar melayan kerenah anak yang gila bergambar. T____T saja berkelakuan agak ceria untuk menghiburkan hati my mum. Kenakalan aku, mengundang senyuman buat yang mengerti.


Hari ketiga, semasa abah di Wad Hospital Mersing. Mesin apakah ini? Haku pun tak tau. T____T Darah abah dikhabarkan pekat, maka beliau dimasukkan ubat untuk mengawal kelikatan darah. Proses mengambil masa 2 hari lebih. Kesian abah, ditahan lagi.

Saluran yang digunakan untuk memasukkan ubat. Tempoh hari, saluran yang sama digunakan untuk memasukkan glukos. T___T

Ini yang aku nak marah ni. Borang Pendaftaran Masuk Pesakit dah diisi. Kenapa nama abah salah?

Waktu melawat sudah tamat. Kini aku kembali ke Bangi dengan harapan hari ini abah dah boleh pulang ke rumah. Kesihatan yang lebih baik. Amin~

Kepulangan aku kali ini, banyak cerita dari mulut my mum, menyingkap kisah mereka dulu-dulu. Cerita zaman-zaman aku belum dilahirkan. Pasti hati my mum dicuit rindu pada abah. Marah tandanya sayang. Merajuk tandanya rindu. Pasti my mum rindu saat berdua. Seperti yang aku selalu rasakan, biarlah tak banyak bicara, asalkan si kaseh berada si depan mata.

 
footer

No comments:

Post a Comment