Ada orang suka bercerita,
Ada orang suka mendengar,
Ada orang suka bertanya,
Ada orang suka mengata,
Ada orang tak buat apa-apa,
Aku...
Ikut saja apa kau nak cerita,
Tapi... Yang pasti,
Antara kita atau dia atau sesiapa saja,
Ada orang pasti terkena,
Siapa?
Antara bercerita, then kata..."Ini rahsia!", Antara berborak, then kata..."Jangan cerita kat siapa-siapa!". Antara bercakap-cakap, then kata..."Habis di sini saja!". Rasanya... Siapa dalam hidup kita yang kita boleh percaya? Alangkan kawan baik, berkawan baik pun, satu hari nanti jika tak ada jodoh, bergaduh juga. Ketika itu, semua rahsia, cerita, kongsi suka duka, babak-babak drama, cerekarama kita berada di hujung tanduk juga. Adatlah manusia. Aku prejudis??? Kau rasa macam mana? Adakah kau benar-benar yakin kepada orang yang kau cerita. Adakah kau adalah dia? Berceritalah berpada-pada. Manusia.
Manusia... Adatnya memang begitu. Pencerita mahu berkongsi dengan pendengar cerita. Pendengar cerita mungkin mahu berkongsi rasa mahu bercerita.Tapi... Bersama yang lain pula. Ehhhhhh... Garu kepala bukan berkutu. Kan dah memang adat manusia. Kalau yang pegang amanah, pasti dari asal dia tak mahu tahu langsung tentang hal-hal kain nak terlondeh, getah seluar longgar ini. Tahu ketajaman lidah yang tak berasah ini lebih tajam dari pedang yang diasah setiap hari.
Ada orang suka berkongsi cerita, tulis blog bagi orang baca. Ada yang suka berkongsi cerita, taipan status facebook panjang berjela. Ada yang suka berkongsi cerita, post tweettt dengan segera. Ada yang mahu cerita, tapi tak tahu pada siapa. Lebih elok tulis diari saja. Itulah sebaik-baik cara. Amanat itu, kita sendiri yang jaga. Pasti tiada siapa yang akan baca selagi kita rapi berkawal bersiaga diari tak tentu masa. T___T. Atau... Ikut cara yang aku pernah praktikkan. Tulis di sekeping kertas atau berjela-jela lembaran. Dah puas tulis, bakarkan saja. Pasti hati kau lagi lega. Melihat rasa perasaan kau dah dimamah dibaham sang api. Tenang.
NotaKuaci: Yang baik, buat tauladan. Yang buruk, buat sempadan. Yang patut diam, diam-diamkan. Yang patut sebar, hebah-hebahkan; buat pengajaran.
No comments:
Post a Comment