Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Comel Cuit Jantung-Hati

Cute touching my hearts. So sweet Pheeewittttt. Aku tak tahu kenapa aku boleh sakit jantung sebab tahan hati (?) tengok benda ini yang super duper comel. Kenapa Jantung dan Hati?? In English they call both, heart. So... Ada perkaitanlah. Huhuhu. Abaikan. Serius kalau kamu tengok then kata tak comel, mungkin aku boleh anggap aku semakin berkurangan darah seni. T___T

Bersiar-siar di blog. Kemudian...



























Tarrraaaaa.... Abaikan Screen Print aku yang banyak new tab dan open folder itu.

Aku terjumpalah blog ini. Seperti yang kelihatan di url: http://myluverlycraft.blogspot.com/ . Maka aku pun mulalah menjengah-jengah masuk. Lepas satu page, aku jengah satu page lagi. Lepas satu entry, aku jenguk satu entry lagi. Okeh. Aku jadi watak pegun seketika. Tengok hasil kreatif beliau. Aku mula excited sorang-sorang. Enzim kreatif dan inovatif aku mula merembes. Hormon seni mula meningkat. Maka aku dah tak dapat bertahan lagi dengan godaan ini. Aku tergodaaaaa....Kihkihkih.












































































Sumber dari: http://myluverlycraft.blogspot.com/
Diedit semula oleh Budak Comot.

Serius... Otak aku sedang berputar 360 darjah up-side down. Aku sedang terfikir hadiah untuk si Kaseh, birthday beliau April ini. Huhu. Mula berfikiran indah-indah untuk insan kesayangan nurani itu. Apala... Tengok benda simple ini pun nak kecoh. Hepppp!! Kau ini kurang kasih sayangkah atau terlebih enzim material mahal-mahal kah??? Sesuatu yang mahal belum tentu berharga. Sesuatu yang simple atau murah, belum tentu tak ada harga. Sesuatu yang tak ternilai itu penuh makna. Harga itu, subjektif. Nilai itu juga subjektif. Sila fahami ayat daku ikut terma Value dan Price. Huhuhu.

Owner blog ini, sangat sweet. Sebab aku hantar email untuk tanya beberapa soalan, beliau jawab dengan tabah dan segera. Comel tak layanan kakak ini. Suka-suka-suka. Semakin melimpah ruahlah enzim keterujaan aku. Makin bersemangat aku mahu mengorder something untuk si buah hati.

Ada macam-macam hasil tangan kreatif yang kakak-kakak (merujuk pengusaha kraft tangan ini lebih dari seorang) ini buat. Macam gambar rajah di atas. Ada tote bag, ada key-chain, ada HP straps, ada brooch, ada book mark, ada head band. Wahhhhh... Lepas ini, bolehlah Kakak-Kakak tersayang ni buat waist band, frame, atau apa-apa je. Ngeeeee. Boleh bagi idea macam curah baki air sirap ke sinki sebegini? Suka-suka aku saja bagi idea. Huhu.

Aku sudah buat tempahan. Apa yang aku tempah itu rahsia. Pembayaran juga sudah dibuat. Ini sebagai souvenir aku untuk si kaseh. Nak jahit sendiri, harap maaf, sedia maklum, jari-jamari aku tak cukup tangkas nak menjahit hasil seseni sebegini. T____T. Hasilnya bagaimana rupa tempahan aku nanti kelihatan? Akan aku update next entry untuk rupa hasil tempahan aku setelah aku dapat habuan di telapak tangan. Tak sabar nak lihat tahap kecomelan mereka (?).

footer

1 comment:

  1. Salam..

    Hi Suhaidah.. tq dear sudi link blog akak..
    emmm.. brg dlm proses ye..

    dan jgn lupa jenguk selalu.. ^__^

    ReplyDelete