Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 16, 2011

Buka Tirai...Tepuk Tangan...Tonton

Assalamualaikum~~ 

Cak~cak~cak

Ehem...Ehem... Segan bertaipan dalam blog sendiri. Dah rasa macam separuh abad tak berketik dalam wilayah sendiri; rasa canggung ketipong payung nak ceritera hal khalifah di bumi Port Dickson ni.
Tayangan percuma muka sendiri kot tak ingat tuan punya blog ni siapa yang punya. 
Poyosnya ayat..Huhhhh

Aku semakin serasi dengan daerah ini. Walaupun keadaannya tak lah hidup meriah seperti di Bangi dulu, tapi masih hidup dan bernyawa lagi di sini. Huhu...Alhamdulillah. 

Masih join tengok wayang, kalau tak bersama si kaseh, bersama segerombolan rakan serumah. Masih ada kegembiraan di sini, walaupun dalam ketakmeriahan. Si kaseh sempat cakap, kalau nak tengok wayang lagi meriah kalau tengok di KL. T____T. Ayat kontroversi betul. Mungkin sense of watching movies, rakyat KL lagi berjiwa happening. Jangan kecik hati ye warga Negeri sembilan. 

Aku kan dah berpindah majikan. Seronok juga join Yapeim ni... Terlibat juga dengan Family Day kat A Famosa Resort. Sempatlah berlibur kat waterworld dia walaupun tak mencecah air. Huhu...Ada dinner session. Bertema glamorous... Tapi aku tibai pakai baju tak glamer langsung. Ada akak kesah? Huhu. Janji akak dapat masuk dewan makan kenyang-kenyang. 

 Bersama teman serumah; sebilik. Nisaq Apple... Kau ingat Cik Epal je ada epal? Roomate aku pun ada la.

Lepas tu, cuti Agong lampau, cehhh~ lampau pulak...Lemau...My Sis dengan Bro in Law ada datang jenguk aku di daerah ini. Tapi... Serius... Mungkin jiwa berlibur di JB mempengaruhi, maka bila datang PD rasa macam kaki lumpuh. Nak tengok pantai, kampung aku pun ada pantai. Maklumlah, pantai Mersing pun bukanlah ketinggalan sangat dalam carta lawatan pengunjung kaki piknik. Arakian... Selepas meronda pasar malam di Batu 4, PD...Aku telah memberi tunjuk arah ke...Shah Alam. Nah amekaw. Cadangan tak membantu industri pelancongan PD langsung. T____T 

 Tayangan percuma kereta Inspira baru keluar dari gudang. Kalau siapa ingat my bro in law pernah eksidengdengdeng dulu. Inilah jentera pengangkutan beliau yang baru. Tahniah bro, camni... aku pun nak totally lost. Huuuuuu~

My Sis nak menjenguk I-City, maka aku pun join lah sekali menyibuk. Hmm... Setakat tengok gemerlapan-sembilan lampu dah jemulah mata memandang. Yang nak terlonjak suka-suki mata memandang tu sebab dapat masuk snow-walk. Wahhhhh... Seronok-seronok-seronok. Tak dapat pergi overseas, dapat jalan-jalan dalam ais cube pun tak apalah. T___T 

 Pasangan duet yang bahagia berduet selamanya.


Pasangan adik-beradik sorang berduet;sorang kurang duet. Huuhuu~~

Balik kampung dulu-dulu, sempatlah aku menyinggah ke pertunangan kawan baik aku di kampung. Dia dah tunang... Nak nikah akhir tahun ni dah. 



 Aku????~~ Proceed Slowly.... 

 Kalian doakan progress hubungan kami berstamina sedikit. Biar Ada lebih kemajuan dari biasa... Huhu...Aminnnn~

Skip Story morey yang malar aje aku rasa. Sekarang..Aku ada tumpuan baru... Mari tengok hobi baru aku. Menghiburkan hati ada banyak cara. Aku pun tak tau apa yang betul-betul hiburkan hati, tapi...Tengok gelagat ikan ni boleh hiburkan hati jugak... My little Guppies... Where we go... ToingToingToing...Berenangggggggg 

 Comel tak????Paksa jawab Comellllllll~~~

 Selamat menonton. Cehhhhh...Anggap macam paparan beresolusi 3D plak...Huhu

Okehlah. Nanti sambung bertaipan pulak. Buat my Sis, jangan jemu jenguk blog adik mu ini. Dah tak terupdate selalu lah sebab aku ni dah tak berapa banyak masa bertebaran yang boleh diciluk untuk bertaipan.

Sekarang ada kemajuan; rumah sewa aku dah ada TV plus astro. Barulah macam-macam ada. Tak lah hidup bertambah bosan bertenggek kat PD ni. Dapat jugaklah berlibur depan TV. Nak keluar berlibur ke alam byata pun, suhu daratan panas ya Rabbi. Perlu tahap kewarasan yang tinggi nak melepak di luar. Fuhhhhh~ Boleh cair foundation. Nak tepek sunblock selalu pun macam rimas tampal piring kat muka. Hahaha. Okehlah caloo betty. Nak cari lauk untuk lunch.. Asam pedas best ni~~~ Yok berketung-ketang di dapur...Nak jadi master chef kene selalu practice... baru ada mutu...

Selamat menjamu selera tengah hari rakan-rakan dan musuh-musuh dalam lipatan. Chowwwww~
footer

No comments:

Post a Comment