Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

 #AKU MASIH BERNYAWA. CUMA SUDAH LAMA TIDAK MENGUPDATE KISAH HIDUP AKU DI LAMAN SESAWANG TANAH JAJAHAN BLOG AKU INI!#

Assalamualaikum semua yang membaca or terbaca blog aku ini...Hukhuk...Batuk-batuk sikit. Maklumlah. Blog dah berhabuk. Banyak sesawang. Angin dalam blog ni pun dah tak berapa segar. Udara dah bercampur anasir debu. Huhu. Aku sudah lama tak mengupdate blog sampai blurblurblur nak taipan ayat macam mana. T_____T.

//

Setelah bertermenungan selama hampir berjam-jam mengadap pantai PD, akhirnya, kembali mengadap tetingkap papar pc. Dah hampir 3 bulan aku duduk di PD, dah makin serasi dengan udara PD, dah makin teror ciluk dengan blacky time balik kerja, dah pandai sikit-sikit ayat tersasul dengan customer...erkkkkk...huhu... Kesilapan yang tak disengajakan dalam duk laju-laju tutur ayat.

Amaran ini adalah secara senafas aku. #Inilah entry mengenang cerita sepanjang di PD sehingga hari ini dan jika anda tidak mahu terlibat dengan cerita-cerita aku yang mungkin bosan pada matakaca kamu-kamu, kamu-kamu boleh mengclick tutup papar. Fuhhhhh... Panjangnya ayat. Cukup ke nafas aku nak cakap ni (?).

Aktiviti pertama aku di PD, melihat sunset di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. Serius. Aku macam duk tunggu sunset tu, macam tunggu puteri nak turun dari langit. Melangut. Borak-borak dengan ex (?) housemate aku masa di Bangi. 




Inilah keindahan ciptaan Allah yang aku jarang tengok walaupun aku anak kelahiran penduduk persisir pantai. Kelihatan seperti aku jakun tak pernah tengok plak. Hampeh betul aku ni.

Ini pulak keindahan ciptaan Allah yang aku selalu tengok walaupun aku bukan tinggal sebilik dengan beliau semasa di Bangi dahulu. Huhu. Wanita hiasan dunia kan-kan-kan?

//

Selepas mengambil mood dengan seteguk Vico buatan roomate baru aku, Kak Lily. Mencurah idea ke minda.

...sambungan...

Aku sempat ke Muzium Tentera Darat.

Bergambar bersama wira-wira negara. Tipu. Dengan nama-nama mereka saja. Huhu.

Wanita-wanita pengiring seangkatan serumah aku.Teman-teman yang sporting-moting...#AWAS!: Seorang isteri dan seorang lagi bakal bertunang,maka tiada ruang untuk sesi perkenalan dibuka.Huhu

//

Batuk-batuk jap... Kesat-kesat peluh, panas udara kat PD ni.Tak Caya??!! Ce try duk kat PD. Fuhhhh!! Panasssss~~

...Sambungan...

Sempat ke Melaka. Erkkk. Ayat dah makin pendek. Otak dah semakin singkat mengarang ayat. Maka taipan pun semakin terbatas ketangkasan mengetuk papan kekunci.

Kaki-kaki jalan juga merangkap kaki-kaki gambar. Maka sebelum memulakan perjalanan, mengambil gambar kaki dahulu. Cap kaki lima.

Muka tak semenggah aku di A Famosa. Welcome to mallacca. Sempat meninjau bandar hilir dengan menaiki Menara Taming Sari. Gambar yang ada dalam simpanan tak dapat dipaparkan sebab ada kelihatan sedikit gugup dengan ketinggian 80meter dari lantai bawah. Huhu. Apa ni (?).

Gambar kami di dalam A Famosa. Cakkkkkkkk.

Pertama kali aku membuat tanggapan bahawa A Famosa tu menyeramkan juga rupanya.



//

Eh...Ada cerita tertinggal.

...Sambungan...

SELAMAT PENGANTIN BARU FAIZ DAN PASANGAN.

Mari intai gambar mereka.

Ini muka tak semengah aku bersama teman yang pergi ke persandingan tersebut. Luar senyum manis macam madu, dalam hati sedang memberontak. Tidakkkkkk!! Bila gilaran aku ni????

SELAMAT PENGANTIN BARU JULEZA DAN PASANGAN.

 Ini pula teman seangkatan sepermainan seperkolahan sejak kecil. Dia dah selamat melangkah ke alam perkahwinan sudah. Aku juga yang belum cecah-cecah tangga pelamin milikan tunggal aku sendiri. T____T

Sepasang sedondon persalinan ungu untuk majlis pernikahan. Rare but nice and sweet potato. Hmmm...

Jelesnya aku...T___T. Niat nak update entry dengan lebih panjang berjela-jela telah terbantut. Rasa meluap-luap nak update entry telah diganggu gugat rasa cemburu. Huaaaaaaaaaa.

Aku akan mengupdate lagi ceritera di PD. Kepada my sis, ini saja entry yang aku boleh hidangkan untuk tatapan. Ceritera yang lain-lain akan aku update kemudian.

Nak lari nyorok bawah bantal nangis puas-puas. Babai.

NotaKuaci: Sedih sebab Kak Lily dah berpindah ke cawangan lain, semasa entry ini dipublish.Yang pasti lebih dekat dengan suami beliau. Entry terperuk didalam draft sudah agak lama. Jule juga dikhabarkan sudah mengandung anak sulung. 1st edition, 1st trial membuahkan hasil penambah generasi. Tahniah! Tahniah sahabat.

Sumber grafik: Hasil edited Budak Comot. Terima kasih kepada yang telah 
menyumbang gambar yang tiada dalam simpanan aku.


footer

No comments:

Post a Comment