Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 11, 2010

Aku hanya ada Public Transport... Mari jalan-jalan

Huhu... Aku hanya ada public transport... Kalau nak kemana-mana yang melibatkan jarak, aku hanya menggunakan public transport je... Lagilah dah de touch & Go. Lagilah aku maju mara bergerak pantas mengejar segala gerabak, koc, train LRT / Komuter / Monarail yang ada... Gigih mencari ruang kosong tuk menempatkan badan aku yang comel, Budak Comot ni... Huhu
Sumber: Meng'google'
Sumber: Malaysiacentral.com

 Sumber: Meng'google'

Sumber: Meng'google'

 Sumber: MalaysiaCentral.com

Sekarang ni aku duduk kat Bandar Baru Bangi. Jadi aku akan tunggu komuter dari station UKM tuk kemana-mana... Tercongok la aku sorang-sorang tunggu pakcik driver lokomotif nak datang angkut aku plak. Huhu.. Kadang-kadang penantian tu satu penyeksaan. Lagilah bila ramai orang duk tunggu sama-sama dengan aku, aku je sorang, orang lain, berorang-orang menunggu sama... Huhu.. Time ni bau macam wangi je semua... idung aku pun tak de la tersumbat lagi dengan carbon monoxide yang tah pe-pe tah...

Destinasi: The Mines, Serdang

Kalau aku nak ke The Mines, aku kenalah Naik dari St. UKM ke St. Serdang. Dari situ aku lagi prefer naik Teksi... Huhu.. Bukan la aku demand ke ape ke... Tah la... Satu teksi driver tu charge RM8. Owhhh... Kira aku macam kaya la kalau aku naik sorang. Haha... Aku??? Kaya???? Hikhik... Gelak niat tak suci... Kira Public Transport yang aku kena gunakan (Komuter) St. UKM - (Komuter) St. Serdang - Teksi - The Mines ...Ingat formula ni kalau ada yang terhegeh-hegeh naik public transport macam aku jugak. Haha

Destinasi: Mid Valley Megamall


Sumber: Meng'google'

Huhu... Kalau nak ke Mid Valley tengok wayang, makan donut Big Apple and beli kasut vincci... Huhu... Dari (komuter) St. UKM- (Komuter) St. Mid Valley...Dah sampai, boleh la blanje aku makan rotiboy satu. Huhu... Sangat mudah untuk berjalan-jalan menaiki public transport. Yang tak mudah adalah untuk menyelit dikalangan manusia yang masuk dalam koc. Haha... Aku yan cumil ni pun kadang-kadang cam dah tak termuat, apatah lagi kalau yang memang tahap 4,5 kali lebih cumil dari aku... Sila tunggu next departure jela ye... Bila dah puas round Mid Valley, sampai dah tak tau celah mana lagi nak terjah, bolehlah membawa diri kluar dari daerah Lembah Tengah itu. Haha... Kalau tak silap, laluan ke Komuter adalah Floor 1, menghala ke Roti Boy... haha... Makan aje yang aku tau.

Destinasi : Jalan TAR / Masjid Jamek / Jalan Masjid India


Sumber: Meng'google'

Huhu... kalau hujung-hujung minggu, ari Sabtu, pergi Jalan TAR best ni. Cuci mata telinga tengok orang jual baju jual orang ... Huhu... Selalunya pakej la, kalau dah ke Masjid Jamek, sekalilah pergi Jalan Masjid India and Jalan TAR. Kan seronok berjalan-jalan melihat alamaya. Dari (komuter) St. UKM - (Komuter) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Masjid Jamek. Haha... Lepastu boleh lah jalan-jalan merayau-rayau cari pasal. Haha... Turun kat St. Masjid Jamek, then jalanlah kaki menyelesuri Jalan Masjid India. Boleh pergi Bazar, cari selendang, kain tudung, beg pun cantik-cantik... Lepastu jalan straight to the point Jalan TAR. Round-round kat jalan TAR. Kalau tak de pasar Jalan TAR (Hari Sabtu), kat situ pun de banyak Arked. Bolehlah beli baju kain pasang, kain tudung, selendang, macam-macam ada...Huhu...Nak pilih orang pun boleh... Ramai tu

Sumber: Meng'google'

Destinasi: Sogo / Pertama Complex

Sumber: Meng'google'

kalau aku rajen and banyak sangat waktu yang kalau tak de buat apa-apapun akan jadi terbuang, maka aku akan meround ke Sogo sekali jalan. Kira dari Jalan Masjid India ke Jalan TAR, lintas jalan terus ke Sogo.. Huhu... Kalau lapar, pergi makan KFC kat Pertama Complex dulu... Haha... Makan-makan-makan... Ku mencoba... Tuk bertahan... Hiburkan diriku dengan Banyak-banyak makan... lalalalala. Tapi kalau perjalanan aku dari rumah terus nak ke Sogo, aku kena la tunggu pakcik driver lokomotif komuter dari St. UKM - (komuter) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Tasik Selatan - (LRT) Bandaraya... Horayyyyyy... Sampai Sogo... Boleh jalan-jalan tengok sale yang sentiasa on sepanjang tahun... kalau ko tak bergaji mau ko kena tahan diri dengan beristifar tahan nafsu membeli-belah ko... Baik ko je yang blah...haha... Tapi kalau kau nak terus naik komuter dari St. UKM - (komuter) St. Bank Negara pun boleh jugak. Tak de hal. No problem punyo... Huhu

Destinasi: Times Square / Bukit Bintang / Lawyat / Lot 10

 Sumber: www.backpackingmalaysia.com

Kalau rasa nak melepak kat area Times Square or Bukit Bintang, ada dua choices la korang boleh ikut. Aku suka slalu macam ni. Dari (komuter) St. UKM - (Komuter) St. Bandar Tasik Selatan - (LRT) St. Bandar Tasik Selatan - (LRT) St. Hang Tuah. Lepas tu ikut korang la nak jalan kaki atau nak naik monorail. Dari St. Hang Tuah, Korang bolehlah naik monorail turun St. Imbi kalau nak ke Times Square or Lawyat. Atau naik monorail ke St. Bukit Bintang kalau nak redah Sg. Wang Plaza, Lot 10 or hatta ke Pavilion round-round cuci mata hati. Huhu. Atau pun dari (komuter) St. UKM - (Komuter) St. KL Central -  (Monorail) St. KL Central - (Monorail) St. Imbi / St. Bukit Bintang. Ikutlah korang mana yang selesa and mengikut bajet yang korang nak. Bajet masa, bajet tenaga and bajet cun duit. Huhu

Destinasi: KLCC

Sumber: Meng'google'

Haha.. Inilah destinasi yang paling jauh and agak leceh la kalau aku nak pi. Kira aku kena kerajenan yang sangat maksimum dan ketabahan yang terlampau lah kalau nak jejakkan kaki ke sini. Dari (komuter) St. UKM - (komuter) St. KL Central - (LRT Putra) St. KL Central - (LRT Putra) St. KLCC. Barulah boleh melepak kat KLCC park ke, jalan-jalan round KLCC suria ke... Kalau rasa nak pi Aquaria pun boleh aje... Tapi aku slalunya melepak kat KLCC park je. Beselah aku, cuci mata, dah rabun, bertambah rabun aku tengok gelagat orang-orang yang melepak kat sini. At least, terhibur jugaklah hati aku. Tengok fountain pun ok jugak sambil makan roti boy ke, Zinger burger ke...Gila makan gak rupanya aku ni, tapi still Budak Comot yang tak overweight gitu.. Huhu...  Alternatif lain, kalau nak banyak kali turun naik pun boleh je, dari (komuter) St. UKM - (Komuter) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Masjid Jamek - (LRT Putra) St. Masjid Jamek - (LRT Putra) St. KLCC... Wahhhh.. Jauh perjalanan, luas pengetahuan, banyak gak duit nak bayar tambang. Huhu... 

Destinasi: Stadium National Bukit Jalil (Bas Ekspress Sementara)

Kalau nak balik kampung, bagi yang destinasi pulang ke kampungnye lokasi di selatan, bolehlah cari tiket di Bas Ekspress Sementara Bukit Jalil. Dari (Komuter) St. UKM - (komuter) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Bukit Jalil. Keluar dari St. Bukit Jalil, menghala ke Jalan, lintas jalan and ikut susur gajah, confirm sampai ke kawasan parking lot Bas Ekspress Bukit Jalil... Senang je. Jalan Guna Jari kaki pun boleh...Huhu

Destinasi: Terminal Bas Putra

Yang destinasi balik kampungnya ke Pantai Timur, bolehlah dapatkan bas-bas anda di Terminal Bas Putra... Rasa macam blog pemberitahuan plak... Kira aku tengan buat pesanan Khidmat masyarakat la ni...Huhu... Malu bertanya sesat jalan, kalau tak baca blog aku plak, boleh tak tau jalan sesat. Haha... Dari (komuter) St. UKM - (komuter) St. Putra. Begitu mudah... Tak pedihkam mata hati jiwa... Sekali naik & turun je... Huhu... Tapi bercinta sikit lah kalau train lambat atau koc penuh cam tin sardin. Mau masaklah duduk dalam koc sambil cium bau antarabangsa. Haha... Kitakan satu Malaysia. Atau rasa nak cepat sikit, bolehlah Naik dari (komuter) St. UKM - (komuter) St. Tasik Selatan - (LRT) St. Tasik Selatan - (LRT) St. PWTC .  Jalan keluar dari St. PWTC, menghala ke The Mall, PWTC, lintas jalan and ikut susur gajah... Susur-susur Gajah tersebut akan menunjukan hala tuju anda tanpa perlu memegang gajah atau mencederakan haiwan tersebut. Cintailah alam sekitar dan haiwan bagi menjamin masa depan yang indah... Gooooo green... Haha 






NotaKaki: Bagi aku senang jugaklah naik Public Transport je ni. Tak de lah melibatkan diri dengan kesesakan lalu lintas.. Gooooo Green. Tapi melibatkan kesesakan tubuh manusia plak lah kan... Naya lah kalau tak pandai nak boloskan diri... Keciciranlah tak tau sampai ke train yang keberapa baru boleh naik... Haha... Satu lagi, kes yang kerap berlaku kalau lalai cuai, nak cepat tak cukup bajet tenaga and bajet masa, anda akan mengalami masalah teknikal salah naik train. Maklumlah, setiap lokomotif tu dah terpampang haluan masing-masing... Rawang-seremban, Sentul-Pelabuhan Kelang, Sri Petaling, Ampang... Adoihai kalau salah naik. Mau masak lah turun naik train tak sudah-sudah...huhu... Pandai-pandailah nak hidup. Rancanglah perjalanan anda, renung-renungkan dan selamat berjalan. Huhu


2 comments:

  1. Hey, post ni mmg sangat membantu. thanks a lot! btw, nak tanya cket. kalau dari Station KTM putra nak jalan kaki to the mall jauh tak? laluan mana nak ikut? takut sesat.

    ReplyDelete
  2. Btw, soklan ni ye...Hmmm... Kua dr Kmter putra, jalan nek tangge, trus smpi jalan, turn left, lalu susur gajah, lintas jln kat traffic light, tus depan ckit dah jumpe dah the mall...

    Masa type comment ni, anda dah tentu dah sampi the mall kan? same tak dgn directon sy? tak sesat kan3? Agagagaga

    ReplyDelete