Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 12, 2010

Apa itu H.O.B.I???

Mode entry ini adalah dalam keadaan melayan perasaan tah pe-pe tah. Hahaha... Mau gelak panjang... Jangan risau, tiada niat tak suci yang terselindung. Cuma hari ni mode mood undefined. So layan je la apa-apa yang ada dalam otak aku saat ni atau saat lampau... Kira macam revival lah pulak...Haha ... Bila aku free aku suka menconteng... Apa sahaja yang terlintas time tu aku akan conteng. Aku coret, aku lakar, aku cakar, aku wat apa-apa lah yang boleh meredakan emosi aku time tu. Kalau sambil dengar MP4 kesayangan aku tu, aku conteng la apa yang aku terajen. Aku lakar emosi aku berkenaan lagu tu ke, aku tulis balik lirik lagu tu ke... Apalah aku ni, orang macam aku pun ada gak kat dunia ni ye... Huhu..  Kadang-kadang akan timbul ayat-ayat yang bukan macam aku yang tulis. Aikkk.. Pelik ni... Aku tulis ikut rasa yang aku rasa, terkeluar lah bait-bait sastera ala jiwang bermadah-madah bagai... Bila aku baca balik time kondisi aku dah stabil, artifak tu... Suka hati aku lah panggil artifak. Tu kan nukilan aku. Transkrip tu aku yang punya... Aku seolah-olah dapat rasakan balik apa yang aku rasa time tu, kira visi tu macam datang balik la, jelas, macam Cerita Ghost Whisperer, bila Melinda touch something, dia pun tetiba dapat vision... Huhu... Hahaha.. Ni ada niat tak suci berciri riak...Haha..

Rasa bila bejat, kotak, kaku, batu, stone, patung bernyawa, etc2.
bagai_ 

ada jiwa tiada rasa,
bagai ada mata tapi buta,
ada sayang tapi jerih,
bagai ada telinga tapi tuli,
ada cinta tapi derita,
bagai ada hidung tapi koma,
ada deria tapi lumpuh,
bagai bahagia tapi ketawa air mata.

Kalau rasa tu sangat menggelisahkan, meresahkan, menghilangpuncakan aku, etc2.


jiwaku pantas berlari_

jiwaku sedang pantas berlari_
melahirkan meluahkan,
jari pantas mengejar,
rentak hati yang kalut,
berdetak hati makin tenang,
menari dalam gelisah,
kaki tersadung masih gagah,
cuba mengikut rentak hati,
agar mampu dipujuk jadi tenang,
kembali minda kembali badan,
kembali bersama hati,
tenang jiwa tenang segala,
curah jerih perit kalut,
agar terlontar bergema dalam ruang maya.

Tapi kalau aku tak mampu meredakan semua kekalutan perasaan. Haha... Niat bercampur baur-tak suci dan separa suci... Hahahahaha... Lepas solat Maghrib je aku dah masuk alam mimpi aku, terbang, hanyut, berlayar, semua mode yang boleh digunakan untuk menerjah alam mimpi aku... kalau dah masuk kang, bangun untuk solat Isyak sekejap and sambung balik  Haha... Niat masih dalam keadaan suci
 

No comments:

Post a Comment