Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Jom Ikut Aku Ke I-City Sekali Lagi.

Berkisah hal berlibur. Weekend lampau, setelah puas berguling-guling macam tenggiling memberontak memaksa si kaseh kembali ke Bangi, akhirnya, konfrontasi berjaya juga. Hahaha. Tabahlah si kaseh dapat d'kaseh macam budak comot ini. Hampagas betul. Buat menghabisi harta sahaja. Kahkahkah. Akurlah kepada orang kurang kasih sayang dan perhatian seperti aku ini. T____T. Huhuhu. Bak kata si kaseh, hati dah suka, nak buat macam mana, layankan jela selagi terlayan. 

Konfrontasi tunjuk perasaan membawa kejayaan apabila si kaseh mengaburi mata d'kaseh dengan bawa berjalan-jalan sekitar Shah Alam. Agagaga. Macam criminal pula aku rasa. Ini bukan agenda kekejaman. Tidakkkkkkkk. 


























Bunga-bunga lampu yang cantik bercahaya. Saja si kaseh tutup hati aku dengan sinar supaya tak memberontak berlebihan. Ngeeeeee.

Ini adalah lawatan sambil belajar aku yang kedua. Yang pertama adalah tahun lepas. Itupun sebab terkinja-kinja cemburu tengok orang dah pergi tengok. Aku terkulat-kulat tak ada gambar dalam simpanan. T____T. Teruk betul perangai aku ini. Huhuhu. 

Kali ini, tak seghairah pergi masa awal-awal dulu. Mana taknya. Kaki dah penat, badan dah lenguh. Seharian berjalan. Pagi bergumbira. menonton 3D The Green Hornet. Ingat preview filem tempoh hari. Yabeda-bedoooo. aku dapat tengok versi 3D pula. Best-best-best. Puas hati. Si kaseh pun puas hati. Asyik cuba sebut nama Chudnofsky saja berulang-ulang kali. Bloodnofsky pun tak lekang dari mulut dia. Seboleh-boleh nak sebut dengan lancar. Huhuhu. Dah berlibur dalam panggung, mengukur kedai di uptown Shah Alam pula. Wahhhhh... Itulah sebabnya bila berlibur di I-City, enzim berwoha-woha sudah merundum. Penat. Letih. Capek.

Mari intai kelibat kami semasa di I-City. Ada yang perasan kehadiran kami? Ececeh. Bajet artis saja. Kihkihkih. Sajian gambar terpilih untuk hidangan mata semua.
























Common lah kalau gambar seperti ini berada di blog sesiapa yang pernah pergi ke I-City.
























Aku suka kombinasi warna ini. Hitam dan puteh. Ehhhh. Putih.



















































Dari jauh dah tertarik dengan cahaya sinaran lampu yang terbentuk dari pokok ini. Berbentuk hati. Dulu semasa datang kali pertama, tak perasan kewujudannya.



















































Pulang secara berasingan. Hahaha. T.I.P.U...

Sekian, Terima Kasih.

Mari kita nyalakan lilin dalam gelap. Ambil feeling cahaya-cahaya macam I-City. Romantik ghitu. Huhuhu.

footer

No comments:

Post a Comment