Mula-mula macam sudah tiada bermood mahu bertaipan di blog. Maklumlah, ada mood lain yang lebih beraja berpermaisuri dalam hati. Tapi... Pagi tadi... Semasa memeriksa, amek nak kau...Memeriksa... dashboard blog. Nah satu tajuk entry membuatkan aku gagah juga nak menaip. Maka tertaiplah entry ini. Bukan paksa, tapi rela. Dengan sepenuh hati.
Ingat lagi entry ini??? Tak apa, kalau kalian tidak ingat pun bukan aku nak denda. Kalian tak ingat pun aku masih senyum saja. Tak penting pun. Abaikan saja. Ayat merajuk. Tempoh hari, aku ada join satu contest dari jumping blog Aizul Marcellolipop meletup. Tuan tanah blog yang aku terjah tu ialah En. sudirman .
Mari cuci kenangan, refresh semula tragedi tersebut. Kebetulan semasa pulang melawat abah aku masuk wad, aku ada mengambil gambar gambar-gambar kenangan hitam putih abah dan my mum dulu-dulu. Hajat di hati memang mahu membuat entry berkenaan mereka zaman muda-mudi. Nanti panjang umur, ada jodoh, ada keluarga sendiri, ada anak suami, boleh tunjuk pada mereka gambar nenek moyang masa muda-muda. Bagai sudah mengantuk, disorongkan bantai. Siap ada toto dan tilam empuk. Aissshhhh. Mana boleh tahan, bila tengok ada contest yang seiringan dengan niat dalam hati. Maka terhasillah entry tersebut.
Hari ini. Inilah hasilnya. Erkkkkkk... Semoga encik tuan blog dimurahkan rezeki. Alhamdulillah...Syukur...Syukran. Ada rezeki nanti anjurkanlah contest lagi. 0_<
Adohai... Perut ni tagih perhatian pula. Lapa pulak tengah-tengah hari ini. Ada sesiapa nak belanja aku makan?? Kihkihkih... Tak malu betul tanya soalan bengong-mengong seperti itu. Kalau anda rasa baik hati mahu belanja aku makan, marilah lunch sama. Weeeeeeeeeee 0_<. Akhir kata sebelum hunting for lunch meals, graving for foods, aku sayang emak aku. Emak kalian, aku sayang juga, tapi sayang lagi aku pada pada emak aku melebihi aku sayang emak kamu. Erkkkkk. Kirim salam pada emak kamu ya! Tetibe~
NotaKuaci: Adoihai. Kurang lebih dua minggu ini yang tinggal. Kemudian, Insyaallah, selamat tinggal Bandar Baru Bangi. Masih banyak wishlist makanan yang aku mahu jamah sebelum pergi. Aikkkk. Punyalah banyak benda yang perlu aku fikirkan, makanan juga yang berada di top list. Heeeeeee
NotaKuaci berganda: Kepada encik sudirman, eh dia baca ke tak ek blog aku ni??? Huhu. Nanti bila saya dah settle semua hal dan perkara berbangkit, saya akan PM FB awak untuk beritahu maklumat saya. Sekarang saya a little bit busy menguruskan itu dan ini. Huhu...SAYA?? S.A.Y.A?? Okeh... Budi bahasa, budaya kita... Kihkihkih
aku baca lah...heheheheh..tahniah
ReplyDelete@ Sudirman:
ReplyDeleteMacam tak silap BC de anta PM FB smlm mlm kpd hencik. Tp xsure lepas ke tak kedlm inbox hencik... Intrnet semput.hukhukhuk