Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 3, 2011

BBB-PD, Lap Peluh, Bau Masam, Ketiak Siapa Busuk???

Fuhhhhhh... Syohsyohsyoh. Pergi kau jauh-jauh. Nyah kau! Nyah kaulah si sang penat. Sesi lap-lap peluh dah semakin tamat. Mari-mari tuan-puan, kawan-kawan dengar ini cerita. Hati sedikit gembira aku ada satu berita. Ada cerita mau habaq maii. (versi Axion yang diubah jadi suka hati aku lah nak nyanyi macam mana). Haiii... Macam mana mahu mula ayat mahu karang, mahu cerita.

Sesi berkemas-kemas barang sudah semakin 85% siap. Barang yang sangat kurang penggunaannya ketika ini sudah selamat duduk diam-diam dalam box. Baju untuk kegunaan dalam tempoh dua minggu ini juga sudah selamat terlipat dalam traveling bag. Aikkkk... Maksudnya: Aku kerap bukak tutup traveling beg itu untuk waktu terdekat kerana fungsinya menggantikan locker yang telah selamat dileraikan dan disimpan dalam kotak.

Wahhhhh.. betapa bersemangatnya mahu moving out from this place. Owhhhhh. Tidaakkkkkkkk~~ Jangan cakap atau bertanggapan macam tu. Aku malas nak fikir perkara melibatkan within this two weeks. Maka aku sudah prepared baju persalinan untuk ke office untuk dua minggu ini, sudah lipat, kemas dan simpan baju-baju yang difikirkan tidak perlu, sudah mengemas rak almari dan locker yang akan diabaikan penggunaannya untuk masa ini. Sudah itu, sudah ini. Hal ini kerana... Aku sangat-sangat tidak mahu nanti bila tiba masa, kaki dan tangan aku tidak cukup untuk menguruskan semua benda. Maka,berkemas sedikit-sedikit, lama-lama semua barang dalam kotak dan box plastik. Huhuhu...

Hati sedih mengenangkan duduk diperantauan, tiada sesiapa untuk memberi perhatian kepada aku. Sobsobsob. Sedihhhh...Huaaaaaaaa. Nangis bercucur air mata banyak Sungai Lui, air hidung meleleh-leleh...eyerrrkkk. Semua hal berkaitan perpindahan dan pengemasan barang-barang ditanggung sendiri baik dari segi tenaga mahupun kudrat (?). Namun syukur masih ada yang sudi bantu. Thanks to my housemate(s). Settle bab kenderaan mahu pindah. Usah perlu ragu risau lagi.

Tinggal lebih kurang-kurang dua minggu lagi aku akan meninggalkan tanah Bangi. Pejam celik-pejam tertidur, dah lebih dua tahun aku menetap di Bandar Baru Bangi. Kalau tiada aral, esok lusa, aku berubah angin ke Port Dickson pula. Bermain ombak laut, berlari-lari anak di pasir pantai, bina istana kayangan di gigi air, ombak datang, istana runtuh, marah-marah manja pada ombak kerana menghakis dinding istana. Cehhhhh... cerekarama sungguh. Aku dilahirkan di daerah berpantai, tapi serius, dalam hidup, tak pernah dirikan istana pasir. T____T

 Sumber gambar dari Uncle Google.

Banyak kenangan aku tercipta di sini. Bandar Baru Bangi. Inilah tempat pertama pencarian rezeki aku. baik buruk, senang payah, di sinilah titik permulaan aku. Bersama sebuah traveling bag, aku berhijrah ke sini. Kini, esok lusa aku berangkat meninggalkan Bandar Baru Bangi, serius... Bukan sekadar traveling bag uzur kepunyaan my mum semasa mengerjakan haji dulu saja terpaksa aku usung, ada pelbagai bentuk rupa barang lain yang terpaksa aku usung bersama. Tak lupa, blacky yang aku beli hasil titik peluh aku semasa bekerja di sini. Adoiiiiiii... Berat mata memandang, berat lagi kenderaan yang akan aku gunakan untuk angkut barang-barangku nanti.

Banyak kenangan tercipta disini, banyak pengalaman yang aku kutip disini, banyak perasaan tercicir di sini, banyak pengajaran yang aku perolehi, semuanya tak ternilai. Tak sejelas mata melihat harta berkoyan yang aku bawa pergi. Ceeewaaaahhh.
 Pasti rindu pada d'Limau Nipis. D'Limau Specialnya...Yummmy. Bestttttttttt.

Lap-lap peluh sikit. Muka sengih-sengih. Pipi comot-comot habuk. Badan bau suam-suam peluh. Ngeeee. Mari kita sambung mengemas. Jumpa kalian lagi ya bila aku sudah bersedia taipan entry untuk berita di tempat baru nanti. To my sis,"aku hampir separuh lega, semua hampir selesai. Harap dipermudahkan hidup aku diperantauan. Nanti aku balik jengah kampung, kita cerita panjang-panjang pasal hidup di tempat akan datang. Gosip adik-beradik, makan goreng pisang sambil minum teh 0 suam." Owhhh. Sabarlah hati.

Ini mari aku hilangkan dahaga kalian yang singgah baca blog aku untuk ketika ini. Hilangkan dengan cara kalian meneguk air liur dengan hidangan gambar aku sepanjang agenda urusan pindah menindah. Kebacaan seperti aku kejam, erkkk... Kalian pergilah ke Bandar Baru Bangi dan cari sendiri premis yang aku maksudkan. Huhuhu. Mungkin inilah entry hangat-hangat suam dari aku untuk sehingga entry akan datang yang tak tahu bila.




Drink Room. Gulp Room. Sway Room. Dance Room. Eat Room. Burp Room. Play Room. Cool Room. Love Room. Sweet Room. Chat Room. Share Room. Too many rooms. Which room am i in???



















































Dah berpening-pening kepala, nahhhh... mari berehat tekak disini, mencuci mata dengan ice (?)


























Yummylicious. Yummyyummyyummyyum. Blueberry snow ice dan strawberry snow ice ke apa benda tah nama dia. Aiskrim dia bukan setepek pakai skop secedok dua masuk dalam mangkuk, tapi macam parut je rupa paras aiskrim tu.


























Ini Aiskrim housemate yang punya. Strawberry Snow Ice ke apa tah. Beliau ni kalau tak pink bukan beliau lah namanya. Maka, aiskrim turut terpengaruh citarasa warna kegemaran beliau.


























Boleh kelihatan struktur aiskrim yang seolah-olah diparut. Betul atau tidak, aku pun tak tahu. Aiskrim parut?


























Warna tema Ice Room ini sangat masuk dengan tema dalam hati aku. H.I.J.A.U. Aku pun lebih kurang penggemar hijau juga. Maka wajib ambil gambar tuan tanah bersama housemate yang sedang menikmati aiskrim.

Sedang terfikir, alangkah sedapnya jika dapat makan ABC pula. T___T. Sebenarnya, sebelum makan di Ice Room ini, kami telah hunting a bowl of Cendol. Sangat lega tekak dapat melepaskan hajat makan cendol. Tapi aku tetiba menyuarakan satu idea bengong-mengong selepas keluar dari PKNS. Menuju ke destinasi yeah-yeah. Ke Ice Room pula. Gulp. Burp. Kenyang perut. Tapi ikut juga rasa hati. Mahu melunaskan keinginan hati terhadap makanan dan hidangan yang ada di Bangi. Kurang lebih dua minggu kemudian nanti dah tak dapat mengikut kehendak tekak dengan selera Bangi lagi. T____T.


footer

No comments:

Post a Comment