Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

Manusia

SAYA MANUSIA YANG LEMAH...

Adat manusia...
tak senang lihat kesenangan orang lain,
 tak selesa bila dipandang serong,
tak suka bila diri rasa seperti diperli,
 tak gembira bila semuanya rasa tak kena.

Adat manusia,
senang bila orang terasa disusahkan,
selesa bila memandang kelemahan orang,
suka bila memerli sekadar suka-suka,
gembira bila apa yang dibuat menjadi sahaja,

Adat manusia,
tak sama, tapi serupa,
tak serupa, tapi sama,
rambut sama hitam,
hati lain-lain,
Kaki sama dua,
saiz kasut takkan serupa.

NotaKuaci: Apa sahaja manusia itu, anggap sahajalah yang dia rasa sama sahaja seperti yang kita rasa. Yang kita rasa, sama seperti dia juga. Kalau dia tak rasa, mungkin dia tak berperasaan, kalau kita terasa, mungkin kita yang prihatin. Atau mungkin kita dan dia laluan terasa yang tak sama.

logo aku

errrrmmmm...

saya_

saya_
s.a.y.a
saya adala aku,
saya adalah saya,
s.a.y.a
saya_
bukan kamu,

Aku Terkedu_

Saat aku suka,
aku ada dia,
aku ada keluarga,
aku ada penjaga,
Saat aku duka,
aku tetap ada dia,
aku tetap ada keluarga,
aku tetap ada penjaga,
Tapi...
Bila aku koma,
Aku hanya ada aku,
Aku hanya ada, 
aku, aku, diri aku,
Bila aku, aku, diri aku tiada,
Segalanya tiada bagiku,
Aku terkedu_

Aku kah yang bersalah?_

Kenapa aku?
akukah yang bersalah?_
akukah punca?
akukah penyebabnya?
akukah yang bersalah?_
kalau aku tiada?
hilanglah punca?
hilanglah penyebab?
hilanglah aku yang bersalah?
berbahagialah selagi aku tiada.


logo aku

Thursday, May 27, 2010

Happy Wedding Day

 Mari Makan Nasi Minyak 
 Acara      : Perkahwinan Kawan / Anak sepupu / Member sekampung / Teman sepermainan / Rakan sekelas
Tarikh       : 29hb May 2010 (Sabtu)
Mempelai : Ana & Ridwan
Tempat    : Rumah parents beliau, Air Puteri, Mersing
Penyibuk  : Budak Comot

Sumber: Dirembat dari FB tuan tanah

Seorang lagi watak dalam idup aku akan berubah status menjadi madam plak tak lama lagi... Fuhhh.. Gerun aku bila memikirkannya. Tapi pe pun, congrat my friend. I will come and join your ceremony. Nak menyibuk je lebih. Huhuhuuhu... Menumpang dua kaki untuk beberapa pinggan nasi minyak. Hahaha

Direnjis-renjis dipilis,
Ditepungilah tawar,
haiii beras kunyit ditabur,
Disiram si air mawar....

Aku doakan korang berdua moga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dikurniakan generasi pelapis yang soleh & solehah. Rezeki yang melimpah ruah untuk kesejahteraan keluarga korang. Keluarga bahagia menjadi masyarakat 1 Malaysia yang  cemerlang, gemilang and terbilang.... Love peace not war... Huhu

logo aku

I MiSs You

Aku sedang sakit....



SAKIT APA????



Sakit merindu....



MERINDU SIAPA???


Merindu masa lalu bersamamu....




Semasa di Masjid Al-Bukhari, Alor Star

Beraya bersama-sama mereka


 Trip bersama-sama ke Langkawi, Tahun 2007

 Overnight at Pendang, Kedah after Kembara Annual Dinner at Kuala Perlis, Tahun 2007

Pacat Stay Alive at Sungai Sedim, Kedah


Aku tersakit-sakit-sakit merindui member-member yang lama-lama long-long time ago. Owhhhh... masa kembalilah...Hope today was a fairy tale..sob-sob-sob...Time pass by, tapi kenangan bersama korang still macam fresh-fresh warm kat otak. Kawan yang baru takkan sama dengan kawan yang lama. Kawan yang baru ciri-ciri juga tak sama dengan ciri-ciri kawan yang lama.

Bukan niat nak buang kawan yang baru, atau mengekori kawan yang lama, tapiiiiii....


Sekadar teringat.... Beringat... Mengingati....


Kawan ada macam-macam... Tujuan berkawan pun macam-macam...


Kawan perlu ingat mengingati, tegur-menegur, sapa-menyapa, bergurau-senda, bergelak-ketawa, bersendu-duka... Kawan ada semuanya.


Tapiiiii....

Bukanlah ingat-mengingati yang berburuk sangka,
Sapa-menyapa yang tak indah khabar dari rupa,
bergurau-senda sampai terover,
bergelak-ketawa bila rasa kawan kecewa,
bersendu-duka bila kawan gembira,

Many people will walk in and out of my life, but only true friends will leave footprints in my heart.

Everyone has a "very good best-best-best-friend-ever-had" during each stage of life...
But.... only a precious few have the same one...


Aku perlukan kawan bukan sekadar selalu mengingatkan aku tentang kelemahan diri, tentang kesilapan yang selalu terjadi, tapi aku perlukan kawan yang sentiasa mengingatkan aku tentang kelebihan yang tersembunyi, kebenaran yang nyata-pasti.... Memberikan keyakinan diri, saat kawan sedang merasa  keyakinan menjauh dalam diri sendiri

Aku perlukan kawan untuk happy-happy-happy... 
Bila aku happy, korang pun tentu boleh tumpang sekaki-duakaki-berkaki-kaki

Baru semua Happy-go-lucky


logo aku

Tuesday, May 25, 2010

Tak kenal maka tak tangkap cintan, loving couple

Chapter 3

Bila dah kenal sekolah aku, barulah rasa cinta... Cintakan sekolah, cintakan mata pelajaran kat sekolah, cintakan pelajar sekolah. Opsssss... Terlebih sudah ko Budak Comot. Huhu... Aku mula bersekolah menengah kat Sek. Men. Keb. Anjung Batu, Mersing. Kan aku dah cakap, aku ni bukanlah cerdik sangat. Sekolah menengah pun sekolah biasa-biasa aje. Belajar pun biasa-biasa aje. Cerdik pun biasa-biasa aje. Nakal je yang luar biasa... Huhu... Kalau tak, takkan la aku jadi Budak Comot.

Aku menjawat gelaran pelajar Sek. Men. Keb. Anjung Batu ni dari sekolah ni ditubuhkan, berdiri tegak tahun 1998 sampailah tahun 2002. Kira batch aku pelopor and perintis student sekolah aku time tu lah. Sebab tulah kenakalan aku luar biasa. Nakal-tapi-baik, Skema-tapi-Comot. Ape-apa je la gelaran korang nak bagi, aku tak kesah. Haha...Realitynya aku agak nakal jugaklah rasanya, dalam kategori akulah. Bukan kategori kau. Haha... Persepsi masing-masing, perspektif nakal manusia tu kan berbeza-beza. Haha.. Nakal aku takkan sama dengan nakal kau... Kau nakal bab lain, aku nakal bab lain, dalam buku kan banyak chapter... Haha... pening aku nak paham persepsi and perspektif orang umum ni. Huhu... Suka hati aku and kamu lah labu...

Aku budak science stream. Dari aku from 4 sampailah aku from 5. Belajarlah segala term science yang aku fikir, apa kejadahnya aku kena belajar ni??? Nanti time mintak keje dia nak tanya ke benda ni semua??? dia nak aku lukis ke gambar rajah bio yang aku duk kene ingat ni, dia nak suh aku bagi ke formula kimia bila molekul-molekul ni bergabung, dia nak suh aku lukis semula ke gambar rajah litar elektrik kat floor plan yang aku blaja, nak kena imagine ke kuib-kuib, bongkah-bongkah objek yang aku belajar time lukisan kejuruteraan tu. Semuanya aku layankan aje.

Tapi sekarang baru aku tau, semua yang aku belajar tu sebenarnya basic for my life. Tapak asas tuk aku paham hal yang lebih complex. Memang lah tak diapplykan dalam kerja-kerja yang tak berkaitan, tapi masih berkait rapat. Kira ko kalau dulu tak belajar rajen-rajen, tak paham betul-betul, mau kau akan menyesal la time sekarang. Sebab basic kau dah carca-marba. Siapa yang buat??? Kau jugak... Diri kau, takkan aku pulak yang jadi alasan. Pilih alasan lain la weyyy... Huhu..

Ni srikandi kelas aku masa 4 Azam. Kenapa baju aku warna tu plak??? Sebab aku jadi pustakawan. Kawan-kawan dengan pusta. Kah-kah-kah... Aku tak mau jadi Pengawas sebab aku tak mampu pikul tanggungjawab tu. Kan skema aku ni... Huhu... Sanggup pikirkan tanggungjawab pengawas tu berat la apalah bagai-bagai. Sedangkan sebenarnya, reality of the story, aku tak mau jadi pengawas sebab aku sengal sama macam yang lain. Tak mau lah aku kena jaga orang beratur lah, berucap kat assembly lah, kena round-round sekolah lah. Tak seronok sungguh. Aku lagi suka jadi manusia disebalik tabir. Haha... Boleh jalan kecoh-kecoh, huha-huha dengan yang lain time pengawas tengah check barisan, boleh lari-lari time malas nak masuk kelas, haha... 

Kan cumil alasan aku tak nak jadi budak berjawatan pengawas sekolah. Tapi tetap dipanggil utuk menjawat jawatan kat sekolah jugak. Kenalah menjawat jawatan pustakawan. Tu pun masih culas nak jalankan tanggungjawab. Haaaaa... kan aku dah kata, aku ni bukan baik sangat. Padan muka kau tengok aku macam baik sangat, manusia ni kan nampak luaran je berkulit, kalau x-ray tetap nampak jantung and tulang rusuk jugak.. Haha.. apa kena mengena pepatah aku ni... Haha... 

Harap maklum semua gambar aku , adalah srikandi sahaja. aku tak tau mana pergi srikanda semua time ni. Tah la. Mereka pergi menjual muka tuk market hebat sebelum abes sekolah kot. Huhu...



Monday, May 24, 2010

Aku Sedih bangat ni dong

Aku tengah dalam keadaan koma. Sebab kekomaan aku adalah apabila kawan kesayangan aku dah mahu memblahkan diri dari aku. Owhhhhh... Tolong... Sy perlu awak, tapi kalau awak dah nak blah jugak, terpaksa la sy angguk setuju. Sy nak berkawan dengan awak. Sy suka aje ade awak Tapi... Kalau awak rasa ini yang terbaik, baiklah... Sy akan angguk setuju untuk memudahkan semua urusan. I m  selfish, tapi... Kalau fish yang sy jual tak laku, kena lah sy jual starfish plak... Huhu... Alangkah sopannya aku bila so sweeeet phewittt berkata sy awak. Tapi itu lah hakikatnya... Man come and leave. Who will win stay?? I don't know... With me? I don't think so... Dia bersama aku dah stick together for 3 years, so kalau drum stick hanya ada satu, tak best lah bunyi drum tu. Tapi... Kalau drumstick ada satu??? Aku sebat dulu... Yihaaaaaa... Sape tak nak drumstick yang gebu tu... Huhu... makan-makan-makan... Drumstick ayam tu, so sweet phewittt..Fuhhh... My favourite tu. Walaupun sedih dalam hati, tapi aku kenalah hiburkan ati aku ni.

Kalau aku sorang-sorang... Aku rasa sedih.

Kalaulah aku ada kembar, akan aku kongsi semua rasa.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Macam mana pulak kalau aku ada kembar yang ramai??

Adakah akan se'fun' yang disangkakan??

Manusia takkan lepas dari melakukan kesilapan. Manusiakan selalu tersalah langkah. Kadang2 aje baru tersedar salah langkah, tapi masih ego nak kata yang diri buat silap. Aku??? Aku memang manusia ego. Tapi bukan pemilik ego-S... Huhu... Entahlah... Kalau apa yang terjadi ada hikmahnya, harap yang terbaik untuk kami. Kalau yang berlaku itu ada yang tersirat, moga Allah ya Rabbi jelaskan agar jadi tersurat. Mata manusia tak nampak yang halus, yang terlindung disebalik hijab mata kasar, tak terjangkau otak. Manusia memang selalu bergitu.
in between_ 

between want, really want,
between need, really need,
wanted, needed,
i m in between_
between like, really like,
between love, really love,
like, to be loved,
i m in between_
to u that i like,
we both not ready to involve,
in the game called,
love..
because i m in between_
too complicated,
you..only you know,
a few days ago,
i really into u,
thanks my friend,
u means to me..
but..
i m in between_
let time be a judge,
let time be apart of us,
forget me not, love me not,
hate too lost, but
i m in between_
 
logo aku

Friday, May 21, 2010

Bila dia merajuk... Budak Comel


Owhhh.. Geram aku tengok bila dia dah merajuk, duduk tepi sorang-sorang menunggu sapa datang nak pujuk. huhuhu... Aku??? Tak mungkin nak memujuk. Biarlah dia dengan Encik Ant nye. Huhu



Thursday, May 20, 2010

Owhhh... Kanda... I luv U


Saya sangat suka  Ramli Awang Murshid (RAM). Ecehhhhh... Beretikanya tetiba jadi saya... Haha... Niat tak suci, macam la kanda tu tetiba berpaling tadah tulis novel Hatiku Dicuri Budak Comot. Kah-kah-kah. Bermula dengan Novel Satu Janji yang aku aiikkkk tetiba jadi aku, sungguh nampak dah berpaling tadah baca masa tinggal sekejap kat rumah alang aku kat Kulai, aku mula start jatuh cinta kat penulisan karyamaha epik RAM ni. Huhu... Kena memerlukan penghayatan and pemahaman yang tinggi. Kalau baca setakat bersambil-lewaan, pasti kau akan terjerumus ke lembah lost. Huhu... Semua benda pun kena buat dengan penuh penghayatan, kalau tak, tak delah feeling in love. what so over betul statement. Haha... Inilah buku yang start buat aku jatuh cinta tu. 

Penerbit   : 2007 Alaf 21 Sdn Bhd (edisi pertama 2003)
Halaman  : 568
ISBN      : 983-124-118-5

NotaKuaci: Aku dah lama baca cerita ni, so tak berapa ingat ke'syok'an and ke'umph'an buku ni. Tapi, sebab buku ni lah aku dah terfalling in love dengan karya RAM. Cerita agak berat. Bukan kena amek penimbang and amek buku pi timbang ke apa. Cuma kepada yang suka baca secara bersantai thriller, buku ni berstatus agak berat jugak untuk disantap.


Penerbit  : 2005 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman :  Paperback, 561
ISBN     : 983-124-184-3


NotaKuaci:  Cerita ni pun aku dah baca lama dulu, tapi yang aku tau cerita ni unik. Sebab menterujakan aku nak baca lagi and lagi and lagi. Plot cerita yang buat aku terkejut-terkejut. Seorang yang mempunyai double personality. Pening gak nak paham mula-mula.
Tahun      : 2006
Halaman  : 588



NotaKuaci: Kisah Risyam/Ryu-Watanabe bercinta dengan anak ketua Yakuza yang lain.  Beselah kisah RAM, ada banyak cerita dalam satu cerita, tapi saling berkait. Sangat menterujakan aku kisah cinta yang thriller macam ni. Addict nak baca. Belaja sikit-sikit pasal Yakuza and Jepun.




Tahun     : 2008
Halaman : 480

NotaKuaci:  Kisah pasal tumbuh-tumbuhan yang beracun membunuh sorang demi sorang secara naturally. Lazimnya manusia mempunyai persepsi yang berbeza, maka timbullah pelbagai spekulasi yang wat aku makin nak baca sampailah terungkai satu demi satu kebenaran cerita tu. Misteri tapi tak menyyunakan unsur mistik yang melampau. Idea yang wat aku teruja nak baca sampai habis buku tersebut.
Penerbit   : 2009 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman  : 518
ISBN      : 978-983-124-487-6

NotaKuaci: Sedikit terpengaruh dengan orang tua selalu kata kucing ada banyak nyawa. So aku pun baca cerita ni.





Trilogi Kisah Laksamana Sunan :

Tahun  : 2005
ISBN  : 983-124-214-9



Penerbit   : 2007 Alat 21 Sdn Bhd
Halaman  : 500

Sequel kepada Novel Bagaikan Puteri.

Penerbit   : 2008 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman  : 510
ISBN      : 978-983-124-385-5 

Cerita adalah kesinambungan Novel Cinta Sang Ratu ,






NotaKuaci: Dah baca tiga-tiga novel ni buat aku tertanya-tanya wujud ke laksamana sunan ni? Aku betul-betul tertanya, Punggor tu kat mana. Cerita ni buat aku ada sedikit berkarakter suka sejarah. Huhu. Aku kan tak berapa suka History lesson. Cerita Laksamana Sunan, Sang Ratu, Haryani, Dani buat aku rasa macam sama-sama mengembara ikut zaman. Agak mistik sebab ada hantu-hantu yang wujud menjadi watak dalam novel. Jadi aku pun duk terbayanglah hantu-hantu bagai sambil hayati pembacaan.

Cerita baru yang menambat hati aku, 1 more novel wannabe in my novel-wish list: 

Penerbit   : 2010 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman  : 509
ISBN      : 978-983-124-541-5

Sinopsis yang digoogle : 
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan. 
NotaKuaci: Aku tak pandai nak reka ayat berkualiti tinggi untuk tarik minat orang membaca. Aku tak pandai olah ayat untuk menggambarkan apa yang aku baca, menceritakan balik dalam bentuk ayat itu bukan kelebihan aku. pengolahan ayat aku tu buat buku yang aku baca tu tahap superb pun jadi ayat macam moderate je. Huhu.


Berubah status

Hmm. Apakah perasaan bila akan berubah status. Stakat ubah status single kepada in relationship itu masih agak klise rasanya. Lagilah kalau dalam FB, arini kawan status single dah jatuh bersepah-sepah. Bila declare letaklah status in relationship, aku yang terover gedik letak engage with...ha-ha-hampeh... huhu...ada yg YM and PM ty kesahihannya. Ayayaya... My best click, i will tell you lah kalau i have middle2-pre-big-occasion. Boleh ke kate engagement ceremony tu  middle2-pre-big-occasion??? Over betul ko Budak Comot. Huhu. Aku suka tgk kalau yang kat FB tu married with. Wahhh... Status itu sangat indah sekali. Sooo Sweeeett..Pheeewitttt... Awek/tunang/isteri kepada suami orang tu. Kan banyak statusnye. Terkebil-kebil aku berangan. Hehehehe

Yang ni dah bertukar status FB engage with, tak lama lagi akan berubah status married with... Wahhhh... Congrate my friend. dari From 1 kita sekelas, sampailah From Upper 6. Seangkatan sekelas, seclick same-same membelahkan diri dari Form 6 Science Stream ke Economy. Phewiitttt... Less than a month kau dah nak berganjak satu status. Fuhhhh... Cepat betul masa berlalu.


One more friend will getting marry. Aku akan attend to this ceremony, will see. Sedihnya bila tengok orang lain dah berubah status, aku masih berstatus Budak Comot. Hahahah

 

Wednesday, May 19, 2010

Hait...Hait...Arigato gozaimasu

Sekadar berkongsi email yang aku terima pagi ni dari kawan terbaik aku... Seni itu magic. Haha... Itu ayat aku yang suka-suka-suka letak. Suka ati aku lah nak create ayat cam ne... Haha... Niat yang tidak suci dipagi hari adalah tidak elok untuk kesihatan diri...Ku tanam padi, tumbuhnya lalang. Jangan lah marah lalang kalau dah memang tak jaga padi tu confirmlah lalang yang tumbuh. Huhu... Tapi kat Jepun ni lain plak. Haha.. Mereka tanam padi, yang tumbuh doraemon. Hahahahaha... Macam mana lah sin chan tengok semangkuk nasi berdoraemon. Haha... Confirm dia nak makan nasi berciri doraemon tu je. 

Itu dia doraemon kua dari sawah. Doraemon berciri hijau. Goooo green... Huhu

Mari kita saji mata tengok sawah yang menghijau dah tukar color and diorang berjaya jadikan padi itu seni. Seni itu magic, tanam padi tumbuh lalang Doraemon and a Sengoku worrior..Hahaha... Haittttt... Wa tatak tipu punya lorh

Haaaa... Kan betul. Worrior siap naik kuda lagi... 

Mula-mula kita tanam padi beramai-ramai... Bersatu kita teguh tanam padi, bercerai kita mati berebut padi. Haha




Finally jadi macam ni....Jeng-Jeng-Jeng
-
-
-
-
-
-
-
-





Antara padi-padi yang menjadi seni mempertahankan negara Jepun yang diorang banggakan




Rupa padi tu dari dekat macam ni lah. Warna padi tu bukan setakat hijau je, tapi de warne lain jugak. So jadilah si padi yang ditanam satu seni. Bravooo

 

 
NotaKuaci: Seni bukan setakat boleh dipandang cantik jugak, tapi satu hasil yang unik. Hargailah orang seni ni. Macam aku, Budak Comot. Wakakakaka... Gelak niat yang tersangatlah tak suci. Hahaha