Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Cuci Mata... Barang Baik Punya

Aku bukan kreatif sangat, bukan berjiwa seni sangat, percayalah... Aku bukan berjiwa halus sangat macam buih halus nescafe. Minum nescafe pun tak.

Tapi masih boleh diharapkanlah sikit-sikit kesenian yang ada. Makanya, aku adalah menyumbang sedikit kesenian yang ada berbaki. Akak aku sudah kawen. Ibu si Budak Comel tu lah. Teringat air tangan aku yang seberapa. Jom cuci mata. Gubahan dari aku untuk akak tercinta. Semua sekali 15 dulang berbalas 13 dulang. Hamekkk kauuu...





Semasa proses menyiapkan hantaran. Cuti semester aku pulun siapkan. Masa ini masih study di UUM.

Ini semuanya apabila sudah siap. 2hb Februari 2008.



Penat berdiri lihat gambar. Mari duduk.



Bejat seketika otak aku mahu fikir apa yang mahu aku gubah untuk sejadah ini.

footer

Beluncas

Dari ulat jadi kepompong,
hidup lama dalam kelongsong,
sampai masa kepompong pecah...pommmm!!!
Jadilah rama-rama yang indah.

Aishhhhh. Lambatnya menunggu peluang bercuti. Sudah hujung tahun. Biasalah agenda menghabiskan Annual Leave. 2 hari sudah diapply dan simpan dalam fail cuti staff siap-siap. 1 hari lagi masih dalam planning. Tunggu anugerah hidayah, bila sudah dapat clear signal baru date akan dipangkah. Tak salahkan menghabiskan Annual Leave yang masih berbaki, (?) Aishhhh... Kenapa nak tanya, orang lain cuti tak payah tanya pun. Apala aku ini. T_________T

Apakah persamaan lagu dan isu (?), Jadilah rama-rama yang indah. 0_o  Bosan duduk dalam kelongsong... Fikirkanlah dan selamat beramal.

footer

Lepas Geram

Apakah yang anda faham dengan istilah tolong?

Bantu... Helping... Ringankan beban... Memudahkan kerja...

Tapi...

Macam mana pula kalau anda diminta menolong ketika ada sedang bersenang lenang bersuka ria mempunyai tugasan lain?

Adakah istilah tolong masih boleh diguna pakai.(?)

Ini bukan istilah tolong, tetapi lebih kepada melangsaikan hutang kerja orang lain, sedangkan kerja anda sendiri sudah dischedule planning for a day dalam hotak kau ini. Mahu buat kerja siapa dulu? Diri sendiri atau orang lain?

Semasa orang lain (beliau) mendapat amanah kerja tersebut, beliau masih boleh bergumbira bersuka ria bekerja 0_< sehingga kerja yang diamanahkan tak langsai, esoknya boleh bergumbira kerana tidak perlu bersemuka dengan tugasan tersebut. Tapiiiii... Tugasan tersebut diserahkan kepada orang yang lain pula untuk dilangsaikan dengan menggunakan perkataan TOLONG (?). Aishhhhh... Kenapa aku tak pernah berada disituasi macam beliau (?). Agaknya pernah tak pihak atasan suruh orang lain settlekan tugasan bebanan aku  (?). Wondering if aku pernah berada dalam situasi tersebut. Such zero memory je T_____T. Aku jeles lah, kenapa time orang lain, aku plak yang kena???? Time aku, sebolehnya tak mau jadi macam ni kat orang lain. Nanti orang menyampah pulak kat aku. 

NotaKuaci #1: Selingan. Macam mana ek perasan orang senggugut. (?) Period Pain. Aku tengok roomate aku tu asal period pain dia MC. Tak larat katanya. Kawan baik aku pun ada sorang macam tu juga. Bila period, dia punya period pain sampai pucat lesi berguling-guling macam tenggiling. Aku tak tahu nak kategori bersyukur atau kufur nikmat. Sebab aku tak ada dalam situasi begitu sejak 13 tahun aku didatangi bulan, ada tapi rare-rare menghampiri zero.

NotaKuaci #2: Omongan. Pernah bertanya, " Mahu tolong settlekan kerja aku kalau aku tiada?" JAWAPAN: "Tak maulah, pening kepala, serabut dengan kerja tu." Erkkkkk. Boleh tak aku nak pulangkan paku buah keras buat pengeras or biarlah maha pengadil saje yang mengadili dan bagi pengadilan.

NotaKuaci #3: Berangan. Tamatlah lepas geram hari ini. (?). Erkkk. Yeke tamat????

footer

Tuesday, November 23, 2010

Heart Hurt

Aku sedang dalam kecewa ganda tiga.

#1...Kecewa sebab baru tahu sudah ada GHOST WHISPERER year 5 di 8TV. Setiap Selasa, 9.30 PM. Tapi....Miss watch 1st episode. 

KECEWA.
#2...Kecewa sebab bila login 8TV, dulu memang sudah daftar sebab tonton GHOST season 2 online. Tapi... Disuruh tengok di tonton.com.my. 

KECEWA.

#3...Bila daftar di tonton.com.my. Tidak boleh login. Daftar tiga kali guna tiga email berbeza, result tetap sama. Tidak boleh menonton di tonton.com.my.

KECEWA.

Seriusly. Kecewa ganda tiga...



Bila masa aku sudah daftar dengan Mediaprima guna dua email yang terbaru tu? 
Kenapa aku tak boleh login, walaupun sudah guna tiga username/password  berbeza?
Notakuaci: Aku sedang rasa kecewa berganda-ganda. Menyampahhhhhhhh. Aishhhhhh.


footer

Saturday, November 20, 2010

Aku Bukan Dora the Explorer

Statement Mengarut Tapi Benar

Aku suka membaca. Bukan memuji diri sendiri, tapi memuji amalan itu. Takde kena-mengena dengan aku. Hahaha. Aku suka membaca saja, tak suka mengeja. Tetiba.

Aku start berbloging pun sejak bulan May 2010. tetiba. Masih mentah. Usia aku masih mentah dalam dunia blog ni. Bukan bertatih, tapi baru bukak mata tengok objek nampak kabur-kabur je. Tambahan, aku kan memang rabun. Tentulah extra kabur. Huhuhu...

Aku sangat terpengaruh addicted dengan blog once aku start memblogging my friend's page queenlyana.com. Macam jadi mamarazi mengintai aktiviti orang setiap hari, but then i start to realise, ia bukanlah setakat membaca aktiviti mereka. Tapi mengetahui opinion mereka tentang sesuatu hal jugak. Influence me untuk berfikir lebih-dan-lebih-dan-lebih. Sebagai hiburan. Tapi masih ada gunanya kalau ditafsir secara positif, bukanlah hiburan semata-mata.

Aku pun start menjadi silent reader kepada beberapa blog yang aku rasa semakin menarik isi kandungannya. Mula-mula, jenguk-jenguk saja. Saja suka-suka. tengok kehidupan orang lain melalui kaca mata berbeza. Melihat perspekif orang lain meransang kita untuk berfikir. Huhuhu. Kononnyalah. Ingat! Aku bukan stalker. Hanya menjenguk privacy life yang dipaparkan secara tak privacy.

Kawan aku masa kat UUM. Bernama RAJA. Ampun Tuanku. Ambil coarse yang sama. Belajar di kelas yang sama. Cuma Dewan Penginapan Pelajar saja yang tak sama. DPP. Pelik bila sebut kolej kediaman jadi dewan penginapan. Huhu. Dia berjiwa seni, aku belajar menggunakan adobe photoshop pun dulu dengan dia. Bertatih-tatih mempelajari function yang ada di Adobe Photoshop tersebut. Minat. Rumit. Sampai sekarang tak habis explore lagi function setiap tool yang ada di Adobe Photoshop. Makanya... Jadi segala hasil nukilan berbentuk seniphotography beliau menarik perhatian aku. Sebab dia macam senior akulah dalam arena mentouch-up photo ni. Yana, kenapa aku tak khatam-khatam explore edit picture ni? Lagi banyak gambar kat blog beliau, lagi suka aku tengok. Huhuhu. Kreteria penting kenapa aku suka tengok blog orang lain. Banyak gambar.

Aku blog sightseeing dari queenlyana. Ex-UKM. Ambil Architecture coarse. Mula-mula aku just jumper je. Kejap baca, kejap lost. Bila tak tahu mahu baca cerita apa di internet, maka aku jenguklah kisah kaisara  Puan Chika ini. Tapi then her wedding story yang unik melalui penghikayat blog menyebabkan aku mula follow her blog day by day. Dari status Cik sekarang dan jadi Puan. Dulu single, berdua, sekarang dah bertiga. Plus story dia, topping with her life in Australia. Maka makin aku sukalah memfollow. Sikit-sikit aku pergi Aussie and tour guidenya is Chika.

Isteri kepada Rocket Pocket Man, cyclis Malaysia. Suka baca blog dia sebab dia take architecture coarses juga and jadi topup kepada aku yang memang tergila-gila dunia architecture masa di sekolah dulu. Sungguh teruja bila dia bagi entry related with work coarses dia masa study. Selebihnya aku berangan-angan, kalaulah aku pun student achitecture juga. Sighh~~~  0_< . Beliau pun duduk di Aussie juga. Wahhh. Selalulah aku melancung secara gratis di alam maya.

Merekalah yang mempengaruhi aku secara tidak langsung jadi penulis blog aku sendiri. Jurnal atas talian. Dulu suka tulis diary di buku nota terpakai. Teknik penyamaran. Kalau tulis dalam diary hard cover, sekali toleh confirm tau itu adalah diary, pasti orang tahu aku penulis diary. Nanti Diary aku jadi buruan pulak. No-no-no. Tak sanggup. Aku pernah bergaduh dengan my sis sebab dia baca diary aku. Aissshhhh. Tak bolehhhhh. Tidakkkkkkkk. Jadi sekarang aku tulis taipan secara atas talian. Edited story of my life. Think Positive. Tak ada manusia yang sempurna.

Semua blogger perempuan? Aishhhh... Tak lah. Tapi kan manis kalau aku mencontohi perempuan. Manis So Sweeett Phewitttttt.

footer

Wednesday, November 17, 2010

ALBUM GAMBAR... Budak Comel

Waktu yang sama. Orang yang sama. Keadaan yang sama. Kondisi yang berbeza.

Suka.

Duka.

Sekian, Terima Kasih.

footer

Sob-sob-sob

Mengalahkan orang yang jauh duduk di perantauan. Merantau sampai ke negeri China. Raya pun tak balik. Maafkan anakmu my mum. Raya Aidiladha jatuh pada tengah-tengah alam minggu, maka tidak dapat pulang ke kampung halaman. My sis sudah sms-sms tanya esok masak apa. Sigh~~~ Si Kaseh kerja malam hari ini. Aku kerja siang, tadi. Esok? Aku cuti. Tapi. Raya sendirian. Tak tahu lah Si Kaseh mahu jenguk aku di siang hari atau tidak. Sigh again.


Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga selamat semuanya. Berqurban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kaseh mesra. Sejati dan Mulia. Hmmmmm...
footer

Tuesday, November 16, 2010

Film equal to F.I.L.E.M

FFM dah lepas. Shout Award tak lama lagi. Tiba-tiba. Ada orang kata anugerah yang diberi, keputusannya sangat di luar jangkaan. Biasalah adat manusia. Si Farid Kamil pun beriya menyampaikan rasa tak puas hati dengan keputusan yang diumumkan. Errkkk. Juri pun manusia biasa juga. Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Itu juga adat bertanding. Tiada yang rumah sudah siap, tapi pahat tidak berbunyi, unless pahat kamu telah patah atau dicuri orang. Wahhhh. Pepatah mengarut namanya.

Okeh-okeh-okeh. Blog aku bukan untuk mengupas isu semasa, melainkan ia ada kaitan dengan karekter utama blog ini. Siapa? Aishhhh. Akulah. Aku adalah Aku. Mahu tahu isu semasa? Sila baca surat khabar. Mahu tahu pendapat aku tentang isu semasa? Aku tak kupas, bukan boleh makan pun. Huhu... Malah, takut nanti aku salah kupas, aku pulak dituduh itu dan ini. Sekarang ini, dunia semakin dekat dan mudah, my mum said. Apa yang dekat? Apa yang mudah? Pembalasan. Sekali ayat terpacul dari mulut aku, takut nanti berbalik pula pada aku. Aissshhhh. Sekarang nak bagi pendapat bukan mudah. Nanti kena banned.

Asal mukadimah FFM, sekarang entry sudah ke jalan yang bersimpang siur dari asal. Asalnya aku mahu berangan-angan saja. Kalau anda diberi peluang. Peluang apa?? Kalau kamu diberi peluang menjadi pembikin filem, genre filem apa yang kamu buat?

Aku mahu buat kisah Budak Comot (Kay BeeCee). Pastinya genre komedi-aksi (?). Macam tak komersial saja tajuk filem. Macam Kampung Boy, kau jangan pandang enteng ya. Budak Comot adalah saduran dari kisah blog aku sendiri. Kan mudah. Dari Jurnal blog diadaptasi jadi filem. Macam novel yang mat salleh selalu buat jadi filem box office tu. Nah kau. Mudah-mudah idea sudah ada.

Pelakon? Tak perlu artis montok, badan sexy, putih melepak. Asalkan karakter seperti Budak Comot (Bee Cee) sudah memadai. Mudah. Kalau artis figure perfect sangat nanti orang fikir Bee Cee ini Budak Comel. Nanti pembawa watak utama dan karakter tak sesuai pulak. Dikritik sudah menjadi adat, tapi mengkritik itu juga wajib. Tak Boleh Lari, Tak Boleh Sembunyi.

Lokasi? Tak perlu luar negara, macam filem Bollywood. Dalam hutan belantara atau pulau cantik pasir putih tepi pantai, ong bak ombak saling berkejaran. Mersing dan Bangi adalah lokasi utama. Lokasi lain sebagai tempelan, tapi... Masih bukan lokasi yang tiada kena mengena dengan kisah aku. Tak ada unsur komersial langsung. Biarlah. Inikan filem aku. Huhuuhu. Penghayatan itu penting.

Pengarah dan penerbit? Siapa lagi kalau bukan aku. Hahaha. Bajet sudah terbukti aku lagi tahu jalan cerita hidup aku. Kamu mahu mengarah? Baca blog aku pun masih belum mampu tahu 100% jalan hidup aku. Seriusly, takut jadi macam baca Novel Lagenda Budak Setan. Sehingga sekarang aku masih tak nak tengok Filem adaptasi novel tersebut. Baca komen orang yang dah tengok pun kecewa, apatah lagi kalau tengok, nanti takut. Takut extra kecewa. Dah Tahu akan kecewa, tapi masih mahu tonton.

Promosi? Hahaha. Filem belum shooting tapi aku sudah siapkan satu poster untuk filem aku. Budak Comot. Okeh. Dari situ dah tau siapa pelakon, pengarah dan krew yang terlibat dalam filem Budak Comot ini. Jimat. Bila semua kerja production house dilakukan olek Budak Comot sendiri. Kahkahkah. Tamak. Jimat.
DST Budak Comot.

Laris atau tidak?

Bak kata penggemar filem. Cerita ini hiburan semata-mata. Jika cerita menarik, maka tip top lah ranking filem. Ada pelakon cun, ada unsur komedi yang spontan. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.

Bak kata pengarah & penerbit. Cerita ini adalah lain dari yang lain. Mungkin kisah anda sama dengan Budak Comot, tapi kisah anda tidak akan serupa seperti mana yang dilalui Budak Comot. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.

Bak kata pelakon. Cerita ini unik. Satu kelainan dari filem yang pernah dibintangi oleh saya. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.

Bak kata pembancuh air. Cerita ini menarik saya sepanjang saya berada di lokasi. Tiada yang sukar untuk melayan kerenah krew production house filem ini. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.

Bak kata aku. Cerita mahu jadikan blog ini jadi filem adalah rekaan semata-mata. Tiada yang akan diterbitkan dalam bentuk filem. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda, sama ada, ada atau tiada poster filem seperti di atas. Jawapannya: TIADA.

Filem semua kan hampir stereotaip. Penjenamaan semula saja. Isi filem hampir 85% semuanya sama. Macam Filem A diadaptasi dari Filem B. Filem C diadaptasi Filem A dan B. Aissshhhhhh. Extra stereotaip.

The End equal to TAMAT

Sudah-sudah-sudah. Aku sudah habis mengarut. Tirai sudah separa labuh. Tepuk la tangan.

footer


Road Runner

Mari taipan entry laju-laju. esok raya. Hari ini, banyak kerja tertunggak. Basuh baju, kemas rumah, kemas office (?) , erkkk (?) Okeh-okeh-okeh. Bukan makcik cleaner.

Taipan laju-laju.

Mengah.

Delivery sudah sampai.

Road Runner. From Sec. 7, Bangi to my hometown, Mersing then Back to Sec. 3, Bangi.

Mari saksikan. Pemilik blog Contest Bicara Tiga Hati telah membuat penghantaran hadiah. Inilah dia, presenting fresh from my blog. Bravo. Phewitttttt. Usha-usha-usha segera. Masih panas.

From Sec. 7, B.B. Bangi To Mersing.

From Mersing to sec. 3, B.B. Bangi.

Presenting....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Thank you a lot Puan Chika. I like it very much muahhhh2. 0_<

Pesanan khidmat masyarakat ini disampaikan oleh pemilik blog. Mari ikut saranan pesanan beliau. 0_<



Sekian, Terima Kasih.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh Budak Comot menumpang mandi;
Kalau ada Umur yang panjang,
Puan Chika buatlah contest lagi. 0_<


footer

Monday, November 15, 2010

Selamat Bermula Minggu

Monday Blues. Morning. 1001 of expressions.

Let make it positivelism.
Selamat Bermula Minggu.

Jadikan Permulaan Minggu anda penuh unsur ion positif. ^_^


footer

Sunday, November 14, 2010

Ombak Rindu

Aku akui aku gemar membaca. Bukan nak puji diri sendiri.Apatah lagi jika bahan bacaan tersebut adalah Novel.

Extra kredit jika penulis menyambung episod karya mereka menjadi sequel seperti RAM pernah lakukan untuk kisah Laksamana Sunan. Aku jejaki riwayat kisah tersebut walaupun mengambil masa.

Kini...

Satu lagi kisah yang aku sedang baca untuk melengkapkan bacaan kisah yang aku pernah ikuti dulu mana muda remaja.

OMBAK RINDU.

Mulanya aku baca hanya di cerpen novel Majalah Remaja. Kemudian, sebab tertarik dengan jalan cerita penuh romantis dan menyayat hati pembawa watak-watak dalam kisah tersebut, my sis telah membeli kisah penuh Ombak Rindu, karya Fauziah Ashari.

Pulang Deepavali ke kampung tempoh hari, my sis telah membeli lagi sekuel kisah cinta Izzah dan Hariz tersebut. Kini, aku sedang khusyuk menelaah bahan bacaan tersebut. Bukan menelaah untuk exam. Tapi untuk penghayatan. Huhuhu. Masih tiada titisan air mata, cuma bergenang dalam hati saja. Sedih, tapi sebak saja. Belum mahu rasa nak tumpah air mata.

Tebal. Kompilasi dua novel satu tulang buku. Cinta... Tiada Akhirnya & Duri.

Hariz dan Izzah. Suri. Elin. Mila. Armand. Mak Jah. Pak Dollah. Salleh. Satu keluarga dalam satu cerita.
Kenapa aku suka baca novel????

footer

Saturday, November 13, 2010

Tomeinye...


Aku sangat suka tengok benda comel. Kau pun tentu suka. Tipu lah kau tak suka.

Yang lelaki tengok pompuan cun, yang pompuan tengok lelaki handsome. Hahaha... Ghitu plak.Aku ni? tak de sapa yang nak tengok lah ye. Maklumlah tak cun. Huhuhu

Ni bukan nak cakap pasal cun-melecun, gojes ke apa. Ni nak share pasal little sweet comel lotte. Sapa??? Bukan barang berjantina lah. Ni super duper gojes. Thumdrive macam-macam rupa. adoihai. Comelnya tengok. Aku hanya suka tengok je, tuk keep it as collection, tak mau lah. Nak wat pe. Simpan-simpan je, bukan leh guna. kang takut sayang tergores, tercalar, terhilang, ter-ter-ter lagi. Kang aku gak yang tersedu, tersedih, teresak-esak meraung thumdrive hilang. Huhuhuhu. Jerknya.

So, aku hanya simpan je pic so aku tak terkilan kalau hilang. Nak beli pun sebenarnya bukannya mampu. Mahal hooo. Mahal untuk something yang kita tak guna but investment for collection je. Kalo mahal tapi kita guna,it will be priceless kan-kan-kan??? Psiko sikit. Jangan lupa berjimat in theme of membazir. Kalo membazir, membazir juga, tapi berjimat dalam membazir. Huhuhuhu

Semalam meeting Uncle Google. Macholah Uncle Google, setiap hari aku jumpa dia je. Dia tak cari aku pun kalau aku tak menggoogle dia, sampai hati Uncle. hahahaha. Aku terpandang satu gadget yang rupa bentuknya, awesome.  Nak satu, nak satu. Terjerit dalam hati, sampai giat mengsave pic. kan collection aku senang je. Tak guna duit pun, guna jari and mata, berkenan dihati terus muat turun ke dalam hdd. Hahahahha. Membazir kat hal lain lah. Niat dah tak suci, masih ada niat nak membazir. Huhuhuhu

Macam mana kalo anda ada thumdrive rupa bentuknya sebijik macam ni???


Wahhh... Lapar tengok thumdrive selalu macam ni.

French Fries...Hmm..Sedapnya
Banyak lagi figure yang aku just keep in mind je nak buat collection, then niat nak pegang-tapi-tak mau-beli...Huhuhu...Membazir thumdrive banyak-banyak.

Pieces of cake pun ada. Ermmm... Bestnya... 


Biskut pun ada.




Sushi Set.


Chicken Wings and drumstick. Yummyliciuos.
Eiffel tower and Statue of Liberty.

 
Bullet set.

 
Fruitiest.

 
USB limited edition The Beatles


USB sempena FIFA World Cup 2010.


Thumdrive atas memang stylo-mylolah kalo ada. Figurenya sangat cute-miut. 
-
-
-
-
-
Tapi....
 
Ini saje milik aku. Apacer 2G since aku kat U. Tak stylo,tapi ini second thumdrive  yang aku berhak-milik-tunggal dari dulu. Yang first tak ingat misplace or hilang. Huhuhhu

And external hdd yang tak seberapa.

Samsung 250GB. Cukuplah, bukan nak simpan wang dan hard properties dalam tu.

Beli yang perlu saje untuk kegunaan harian.Eceh-eceh-eceh dan membazir ikut haluan lain.

Kan aku dah kata, membazir is my dark-side. Masih improve to be better. So baik aku berjimat in theme of membazir, still kelihatan membazir, tapi masih berjimat bagi aku.
Akan tambah collection dalam alam maya yang lain.
logo baru