Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Berlibur Sambil Lewa

Bosan berlibur sambil ketawa. Malam tadi aku berlibur sambil lewa sahaja. Hahahah. Heppp. Berhenti ketawa. Gulp. Baikkk.

Aktiviti tak berplanner, pakai redah renyai saja. Asalnya mahu bayar payment blacky, tapi mesin cash deposit sekejap out of service sekejap in service, maka kami berdua mengikut pusingan tayar kenderaan ikut suka.

Sekejap ke ke kiri, sekejap ke kanan. Tayar kenderaan macam manakah ini? Ayayaya

MPH MidValley.

Mari press button kiri bawah tersebut. Lapar.

Inilah yang aku cari. Sejak entry ini.

Cara praktikalkan camera-and-masa-tak-da-kerja.

Mari makan. Lapar.

Sedikit rasa hilang tekanan sebab dah memindahkan momentum tekanan ke lantai Midvalley tersebut. Mengukur kelebaran dan ketinggian bangunan secara theory.


logo baru

Tuesday, September 28, 2010

Opening Eid Entry.... The Akhir

Berbelas-belas Syawal 1431.

Aktiviti raya kali ini, pelik sedikit. Orang mungkin pulang ke kampung, berhari raya. Balik raya. Datang berkunjung, beraya bersama. Datang raya.

Tapi. Kali ini, pergi dari kampung ke bandaraya. Kihkihkih. Jom ke JB.

Setelah hampir semua rumah teman rapat, kami dah kunjungi. Aku, Apes dan Ijat meneruskan tradisi kunjungan ke bandaraya pulak. Kihkihkih. Kita ke rumah Ain pulak. Maklumlah, raya ke-5. Semua orang dah start kerja. Yang tinggal, cuma muka-muka yang ni saja.

Anggota Angkatan Sukarelawan yang berbaki semangat raya.

Sebab dah tak de rumah lain nak diterjah, maka kami beraya di pasaraya pulak. Huhuhuhu. Sungguh tragis. Mengunjungi Jusco Tebrau. Mengukur kelebaran dan ketinggian pasaraya tersebut secara theory saja. Tiada jamuan kueh raya, juadah raya atau duit raya.


Malah kami berbesar hati, bagi duit raya pada kaunter plak. Mari tonton wayang. TGV. Acara tradisi raya bagi orang bandar, mungkin. Huhuhu. Filem pilihan utama. PIRANHA. 18PL. sudah beratur panjang, sampai kaunter.

gadis: Piranha. Pukul 4 . 7 orang.
Staff: Ada yang berumur bawah 18 tahun?
Gadis: ko ingat aku nak bagi no telefon kalau aku berumur bawah 18 tahun?? Terkebil-kebil sambil congak-congak umur penonton yang ada.
Staff: Menunggu sambil muka toye. Tak dapat beraya ke bang??
Gadis: Ada. 2 orang.
Staff: Maaflah. Piranha, 18PL. Cerita lain?
Gadis: Mula blushing sebab tak ingat adik Ain bawah umur. 4Madu la 7.

Kihkihkih. Dalam panggung, bila start cerita, secara berbisik, adik-adik Ain bertanya kepada kakak mereka. "Kata nak tengok Piranha???" Huhuuuhu.

Pengajaran. Bawah umur tetap tak boleh tengok cerita 18SX, 18SG atau 18PL walaupun di bawah pengawasan orang dewasa. Huhuhu. Nasib ada cerita U. Oleh tengok ramai-ramai semua lapisan umur. Huhu


Bergambar sebelum berangkat pulang. Objek yang dipilih sebagai bahan fotografi. Public Handphone Charging Station. Kihkihkih.

Keesokan harinya. Terpaksa, dipaksa pulang bekerja. Huhuhu. Masih demam raya. Nasib ada si kaseh. Masih boleh beriang-ria mood raya. Huhuhu. Dan juga berjaya tengok PIRANHA. Bestttt.

Habislah edisi raya di kampung dan bandaraya. Di Bangi? Tak ada. Mood raya mungkin ada setelah habis puasa enam. Mungkin. Tapi sekarang??

Cukuplah entry raya.

NotaKuaci: Opening entry raya adalah schedule entry. Maka apasahaja terjadi sebelum dan sesudah entry tertepek adalah diluar kawalan. Sebab aku dah lama tak bukak blog. Huhuhu


logo baru

Saturday, September 25, 2010

Opening Eid Raya... Part 6

16 Syawal 1431.

Aktiviti raya bersambung.

Indahnya sungguh di hari raya,
ramainya orang bersuka-ria,
lalaaalaaa...

Kan aku kata dah ada tambahan angkatan anggota sukarelawan. Mari kita sukarela pergi beraya beramai-ramai dan makan-makan-makan. Nom nom nom.

Angkatan anggota sukarelawan berkumpul di rumah Cik Juleza. Mari serbuuuuuu

Angkatan Anggota Sukarelawan. Tak tulis nama, boleh rujuk entry lepas-lepas.

Angkatan Anggota Sukarelawan yang sama.
Angkatan Anggota Sukarelawan. Senyum semua.


Makan-makan-makan
minum-minum-minum
Borak-borak-borak
Lawak-lawak-lawak
gelak-gelak-gelak
Kah-kah-kah
Gerak-gerak-gerak

Ke rumah seterusnya.

Teman tapi sekarang tak boleh rapat-rapat. Shhhhh. Sudah bersuami. Status kami dah tak sama. Nurul Shaza Sharom. Kami sepakat serbu rumah beliau memandangkan beliau sudah ada komitmen lain. Kan mudah si jejaka dan gadis tak berkahwin buat keputusan, serbu saja rumah siapa-siapa nak didatangi, asalkan ada persetujuan ahli rombongan anggota angkatan sukarelawan raya. Kihkihkih.

Bersama tuan rumah.

Nom-nom-nom

 Juadah terbuka.

Makannnnnnn

Para-para sakura



Adik manis, muka ceria;
dapat beraya, bersama-sama.

Mari pulang.


Selamat hari raya semua.

NotaKuaci:
Gendang gendut, tali kecapi;
Kenyang perut, suka hati.

Kalau ada sumur diladang,
boleh kami menumpang manda;
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita beraya lagi.

Terima Kasih,daun keladi;
Kalau ada lebih, panggillah kami lagi.


logo baru

Friday, September 24, 2010

Be L.U.C.K.Y not The Lucky Laki

Siapa rasa hari ini dia bertuah????

The Lucky Laki? Nope

Ah Meng menang judi?? Haram

Kaki tangan kerajaan dapat gaji??? Wow, bestnya. Tapi aku tak kerja gomen

Aku rasa bertuah hari ini
Excited sangat sampai terkinja-kinja angkat tangan

Terlompat-lompat macam kera kena belacan. Macam mana kera kena belacan? Zalim betul siapa yang bagi dia belacan. langgar fitrah nutrisi pemakanan monyet tu. Heppp... Biasa dia.

Aku tetap rasa bertuah, walaupun aku bukan ahli kumpulan The Lucky Laki, Bukan Jiran Ah Meng yang menang JUDI or kaki tangan kerajaan yang dapat gaji.

SEBAB

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Then after balik kerja tadi menjengah di PC sekejap.

Tiba-tiba terkejut bila jengah Ur-blog-is-my-drug.

Blog aku masuk carta.

Yahoooooooo....


Ucapan atas pentas:  
Abaikan kalau malas nak baca. Tak kesahlah. hati aku tengah happy ni, tentulah entry terhasil secara adrenaline-rush. Maka ayat merapu panjang cecah lantai pun terhasil. Lalalala

"Alhamdulillah. Terima kasih kepada my mum, abah dan sibling yang mendoakan kejayaan anak mu. Kawan-kawan yang memberi sokongan mental-and-fizikal. Pihak lawan yang menjadi sumber inspirasi. Serta semua yang mengenali saya. Thanks. Thank you so much muaaaahhhhhaaaahhaaahhaaaa. Gedix nya. Kihkihkih. Tidak lupa terima kasih kepada bebanan kerja membuatkan saya menjadi gila dan terhasillah dialog gila tersebut.Bila nyanyi baru hati happy. huhuhuhu"

NotaKuaci: Kalau tadi anda dah nak termuntah sebab entry sebelum inisekarang anda boleh nak muntah-muntah sebab entry terover gedix ini pulak. Hahaha... read this, but own risk. Aku happy-aku happy. Malam ini insan kesayangan nurani sudah free dari kerja and nak ajak ke downtown. Wahhhh... Macam tau-tau saja mood aku tengah berbunga-bunga. Hari ini aku memang lucky. Mungkin tuah Medina. Tanx little autumn Mummy medina, bawak tuah pada auntie. Tahiyul. Jangan lepas ni colek-and-cuit Medina lalu buat upaca ra puja-puja nak dapat tuah pulak. Hepppppp. Haram. Huhuhuhu

logo baru

Opening Eid Raya... Part 5

15 Syawal 1431.

Raya makin hangat. Ketiak makin hangit. Kulit makin hangus. Okeh-okeh-okeh. Aku makin berlebih-lebihan. Huhuhu. Tiada agenda menghangitkan atau insiden hangus-hangus. Semuanya senyum raya saja. Raya ke-4. Rumah rakan diserbu lagi.

Dulu masa kanak-kanak, tak kira rumah siapa pun datang saja, janji beraya dan dapat duit raya. Tak kira rakan, jiran, janji rumahnya pintu terbuka, bagi salam, jamu mata dan rasa kueh raya dan beratur nak salam raya. Paling penting dapat duit raya. Kihkihkih. Sekarang dah hampir nak masuk status dewasa secara terpaksa, maka tak bolehlah terjah rumah secara suka-suka, rumah rakan sahajalah jadi mangsa. Itupun kalau mereka masih belum berkeluarga, bersuami isteri terchenta, maklumlah status dah tak sama. Huhuhuhu
Petang raya ke-4, rumah aku plak diterjah. Aku kan single but not available, belum bergelar ISTERI. Jadi bila-bila pun boleh dijengah. Belum ada agenda beraya di rumah mertua, kunjungi sanak-saudara dua keluarga, atau jadual beraya di kampung mana.



Naim Nordin, Fared Ramli, Hafiz Hamdan, Hairi Hamid, Jainizam Zantan dan Razali Razak.
Gadis: Nurrul Ain

Kenapa semua ahli terdiri daripada jejaka? Erkkkk. Jangan kata rumah aku memilih jantina. TIDAK. Terbuka kepada semua jantina, kebetulan yang datang adalah berjantina lelaki. Maka aku ditemani Ain melayan kerenah dan kecoh raya rakan-rakan.

Aktiviti serbuan rumah bersambung lagi. Dah maghrib. Balik mandi. Malam sambung lagi. Set. Planning dah baik dah. Kali ini, berjaya kumpulkan angkatan anggota sukarelawan lebih ramai.

NotaKuaci: Entry terbuka raya. Kihkihkih. Kau ingat hanya ada acara rumah terbuka raya saja kah? Aku sebagai tuan tanah, sentiasa buat entry terbuka, tak kira raya ke tidak. Sila-silalah tinggalkan komen dengan mengclick link bold-amek kesah- dibawah entry ini.


logo baru

Opening Eid Raya... Part 4

15hb Syawal 1431.

Mari kita jengah entry terbuka raya ini.

wahhhh... dah lama ghitu tak tepek -rempeyek- entry kat blog. Italic Semalam baru tepek, hari ini dah cakap lama tak tepek. T.I.P.U. Kihkihkih.

Tahun ni bersolat bersama my mum and abah. Bilalah agaknya nak menjamah solat Aidilfitri bersama suami? Italic perkataan berunsur makanan tak lupa diselitkan, baru nampak raya. Erkkk. Tetiba

Serbuan bersambung ke rumah teman di raya ke-3. Ehhhhh. Ke rumah teman ni lagi??? Kan raya, tak kesahlah pergi beraya kali. Lalalalala

Inilah angkatan anggota sukarelawan yang menghabisi kueh raya di rumah beliau buat kali kedua.Kihkihkih


 Nurulain & si Chenta, Wan Zuhaida, Safwan, Budak Comot, Nurrul Ain dan Shahdan a.k.a Ijat.

Gadis berkemeja-T merah itu adalah kawan sekampung aku yang juga teman rapat -umum- sejak sekolah rendah. Nurulain Mahabar. Tapi beliau hanya akan mudah didapati ketika hari raya saja, itupun availability bergantung kepada beliau. Tapi selalunya setiap tahun pasti berjumpa beliau walaupun hanya sehari, kalau tak beraya di rumah teman, kami berjumpa melepak di kedai mamak. Tahun ini beliau beraya bersama si chenta.

Juga ada tambahan muka baru, Nurrul ain Shaid Ahmad. Okeh-okeh-okeh. Nama mereka sama, tapi orang yang lain dan bapak mereka jugak tak sama. Beliau datang dari JB untuk beraya bersama kami. Wahhhh. Hebatkan raya tahun ini, dapat kunjungan teman ini. Last yang aku ingat ada gambar raya besama adalah tahun ini. Tapi beliau juga tiada.

Serbuan berterusan ke rumah berikutnya.

Serbuuuuuuuu

ke rumah Jainizam Jantan. Beliau adalah teman semasa bersekolah menengah di Anjung batu. Tapi ketika pic diambil, beliau tiada. Tapi malam tersebut, ada kes, beliau yang buat. Bukan salah kami. Kesian mangsa. Tak dapat muncul di hari raya tahun depan lagi.




Gambar tuan rumah tak ada.

Kemudian, jarum jam dah mencecah 10, hari dah gelap, kalau tak ingat buka lampu kereta pasti ke longkang letak duduk kereta anda. Serbuan tetap diteruskan. Jom ke rumah big bro.

Tangkap satu pic.


Barisan Atas: Jainizam Jantan, Shahdan and Safwan
Barisan Bawah: Nurrul Ain, Budak Comot and Wan Zuhaida


Itulah Jainizam a.k.a Bob -the builder-. Duduk bersebelahan tuan rumah, Shahdan Santan a.k.a Ijat. Oleh kerana sudah agak lewat, macam tak manis pulak melepak di rumah teman lama-lama.

Tapi tak bererti, aktiviti serbuan telah ditamatkan. Angkatan anggota sukarelawan bergerak beramai-ramai ke destinasi seterusnya.

Ayuhhhhh


Okeh-okeh-okeh.

Pic beraya di tengah alam. Tidak ada rumah yang dikunjungi, tiada tuan rumah yang terlibat. Tiada air yang dihidang, tiada kueh raya yang dijamah. Sekadar sesi fotografi.

Mari lihat gambar diambil.





Sudah puas hati. Mari pulang. Esok kita berjalan-jalan melihat alam, gunung dan juga haiwan ya.

Tips Hancus: Jika lihat ahli rombongan yang datang beraya datang dalam kuantiti yang ramai, hidangkan air, 1/4 dari nisbah gelas. Kalau beliau mahu lagi, biarkan beliau tambah sendiri. Dikhuatiri air tak habis atau toilet rumah anda akan dikunjungi secara bergilir-gilir oleh ahli rombongan. Ada yang sanggup berkongsi minuman, bukan berjimat, sekadar berbasa-basi. Bukan datang nak minum air sangat, sekadar jamah kueh raya dan yang lebihnya berborak tak ingat dunia.


logo baru

Insan Kesayangan Nurani

Menyelit terselit berselit-selitan entry.
Entry nak termuntah buat bukan Insan Kesayangan Nurani.

Feel Boring


Awak selalu cakap macam tu =( Terpaksa terima.

Berat-berat saya dipikul awak, berat lagi rindu saya pada awak sekarang ni. =(
Rindunya =(

NotaKuaci: Anda boleh muntah sekarang. Kalau loya, segeralah ke toilet. Sebab entry inikan aku dah kata untuk Insan Kesayangan Nurani .
Amaran keras: Sekarang tengah musim berpuasa Enam, kalau entry aku mengebabkan engkau mahu termuntah atau muntah, dan membatalkan puasa engkau, risiko atas tanggungan engkau. kan aku dah taipan amaran diatas tadi. Huhuhu
logo baru

Thursday, September 23, 2010

Opening Eid Raya... Part 3

14 Syawal 1431.

Dalam banyak-banyak angkatan anggota sukarelawan, terdapat satu kekurangan ahli rombongan. Walaupun angkatan anggota sukarelawan ramai, tapi beliau ini tidak dapat hadirkan diri.

Jeng-jeng-jeng.


Budak Comot, Juleza Zakaria and Wan Zuhaida.

Cik Juleza Zakaria ni tak boleh join ahli rombongan sebab beliau kerja. Kerja masa raya? Hebat. Huhuhu. Kemudian bila trip beraya dah bermula, beliau kena pulang ke kampun halaman pula. Jadi aku sebagai ahli mangku negara, THF, telah menjadi pengiring beliau beraya secara berduet bila beliau nak beraya. Kan seronok tu. Aku beraya sakan kunjung mengunjung rumah orang. Padahal sebenarnya menemankan orang beraya. Kihkihkih

Jom makan kueh raya. Kalau tak de stock, jom lah beraya rumah orang. Siapa mahu aku serbu rumah??? Tinggalkan alamat. Sediakan kueh raya, juadah raya... Dan yang paling penting. Duit raya.



logo baru

Wednesday, September 22, 2010

Opening Eid Entry... Part 2

Malam Raya, main bunga api;
Jom tengok budak comel sedang suka hati.





 Kaki bola nak main bola, kalau nak jugak main hati-hati;
Ingatttt!!!! Awasi anak anda, main bunga api.



logo baru

Opening Eid Entry

13 Syawal 1431.

Okeh-okeh-okeh.

Bukanlah kerana terlalu menumpukan sepenuh perhatian kepada kueh raya, jamuan raya dan makanan berunsurkan raya macam ketupat, lemang, kari, rendang and kuah kacang. Wahhhhhh... bestnya, kecur air liur. Tapi jiwa masih raya, hati masih mahu beraya, tapi badan sudah perlu mengadap kerja. Separuh jiwaku pergi... lalalalala. Terpaksalah buat-buat macam tak de mood nak fikir raya. T.I.P.U. Tak de mood nak taipan entry untuk cerita berunsur raya.

Pagi raya pertama a.k.a jumaat 1 syawal 1431, hujan pada awal pagi membawa rahmat. Berkat weh hujan pagi raya. Sejuk bumi.Sejuk mata memandang. Sejuk my mum mengandungkan i, aku bertudung memang aku bertudung pun dipagi raya sedondon dengan my mum, beriring bersama abah bertiga-tiga dari kiri, geraakkkkk...Do~Re~Me... Kami menapak bertiga-tigaan ke Masjid berhampiran.

Aku membuat observation secara rambang tanpa menghulurkan questionnaire kepada penduduk kampung, hampir majoriti yang aku lihat jugak sedondon dengan aku. Kami sekampung tak berjanjilah, tapi kenapa semuanya warna macam sama. HIJAU. GREEN PEACE. ayayayaya. Teringat si kaseh beriya bercita-cita nak memakai baju raya sedondon warna hijau, mungkin dia dah terima signal aura dihantar ketua kampung bahawa tema raya kampung ini adalah hijau. PELIK. Masa bila plak si kaseh jadi penduduk kampung aku?!. merepek.

Mari kita pergi menjamu mata, makan tulisan taipan ke Opening Eid Entry Pertama.Huhuhu. Ingat rumah saja ada hari terbuka, sekolah je ada hari terbuka? Entry pun ada lah. Kihkihkih.

Serbuan anggota angkatan sukarelawan sepakat memilih rumah teman rapat ini untuk dijengah. Mari habiskan kueh raya di rumah beliau.

Budak Comot bersama tuan rumah. Wan Zuhaida Ali.

Anggota sukarelawan juga teman sekelas, Mastura Hashim.

Anggota sukarelawan yang rapat dengan tuan rumah, Mohammad Safwan Ismail.

Eeehh... Budak comel??? Dia sukarelawan mengikut aku jugak.

Budak Comel sukarelawan mahu mengikut aku setelah diajak secara berbasa-basi. Aku ajak-ajak ayam sahaja, tetiba dia sukarelawan mandi laju-laju pakai baju comel-comel, membontoti aku kehulur-kehilir sampai keluar pintu rumah. Takut kena tinggal. Kihkihkih. Maklumlah tahun pertama mahir berjalan kaki secara sendiri, tahun pertama juga mahir guna bahasa yang difahami orang dewasa.Kihkihkih. Jadi raya tahun ni lagi bermakna buat dia. 

Sebelum mengangkat punggung ke rumah tawanan yang lain, ada tambahan angkatan anggota sukarelawan yang lain. Cik Mastura mahu pulang kerana si kekasih mahu datang ke rumah beliau. Patah tumbuh, sorang balik lain plak datang.Gadis-gadis manis dan abang tembam membesarkan saiz anggota sukarelawan. Serbuan kami bersambung ke rumah ke-2. Jengahan bersambung ke rumah teman rapat yang duduk rapat dengan rumah aku. Mari lihat aksi kami. 

Budak Comel yang tidak meragam. Nasib tak beraksi pancaragam beragam hebat. 
Pandai Cover. Bagusssss

Azian Erdawati, Wan Zuhaida, Nurul Huda, Budak Comot, Budak Comel dan Shahdan@Ijat.

Mari makan. Nom-nom-nom.

Oleh kerana tahun pertama, budak comel beraya secara macam orang dewasa, maka sedang syok-syok beraya, dia ketiduran. Penat sangat barangkali. Tersandar kat aku sambil tunggu aku habiskan makanan.
Maka, aku terpaksa menangguhkan aktiviti beraya aku kerana mahu membawa pulang si tawanan ini ke rumah. Tidurlah pulak kamu ini. Ucu masih  mahu beraya lagi lah!!!!! Adakah seperti ini gaya beraya kalau aku ada anak nanti? Beraya sampai anak tertidur, terjaga and tertidur bailk. Nasib lah anak, ibumu kaki jalan. Kihkihkih

NotaKuaci: Sebagai tuan tanah, aku mahu memohon maaf sekali lagi kepada sesiapa yang pernah melihat, membaca, menjeling, dan sebarang aktiviti me...-me... kat dreamyogreality.blogspot.com ni. Mari ringan-ringan mengclick link amek kesah dibawah entry ini. Inikan Entry terbuka raya, jom lah masuk, komen and riuh-tiuhkan suasana. Baru raya macam raya.


logo baru

Friday, September 10, 2010

Insan Kesayangan...Nurani

Ini entry KHAS untuk insan kesayangan nurani saya.  
ANDAI ANDA BUKAN INSAN KESAYANGAN NURANI SAYA, sila abaikan entry ini.




NotaKuaci: Kan aku dah kata, entry ini untuk Insan Kesayangan Nurani. Kalau pasti anda bukan insan itu, harap anda tidak mentry-error-and-try password lagi. Selamatlah anda, tidak berjaya. Bukan untuk entry anda.


logo baru