Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Action kamen... Ini notis untuk kamu!


 

Bila aku tak dapat beraksi di Face Book lagi sebab my office dah mengisytiharkan pemblockkan laman sesawang FB secara hakiki barang kali~sigh... Maka pasti melayari muka buku, berface-booking menjadi acara tahunan, mungkin jadi skala lebih kecil, bulanan atau dah tak berskala terus... Infiniti, waktu yang berterusan tak bukak. Huhuhu...


Tapi sekarang~


Kasihan FaceBook[dot]com. Pasti URL tu akan aku rindui selalu. Bersawanglah disana, bila aku free-free nanti aku akan bersihkan sawang tu ya. Over kau budak comot lansung tak mau bukak face book. Huhuhuhu. Niat mau bukak itu ada, tapi tak kesampaian. Bukak secara niat saja lah. Lagipun dalam email  tak de mention tarikan yang so surprise pun untuk suruh aku bukak dengan kadar segera. Hahahaha. Memang tak ada, sebab kalau ada pun, tarikan tu tak de lah bertaraf harus didahulukan. Hahaha

So kepada kawan-kawan yang masih mengadd aku tapi still tak diapprove oleh aku, bukan niat tak mau approve, tapi tunggu ada kelapangan yang sangat lapang sampai boleh jadi lapangan terbang, baru aku approve request kamu. Janganlah serik untuk mengadd aku. Aku masih active berface-booking, tapi sekarang progress face book aku sedang dalam status malar, pasif, siput sedut etc-etc-etc. Janganlah kata aku mengabaikan kawan-kawan, pengabaian bukanlah secara sengaja. HT^$%^V8&^ Huhuhu


Tapi aku ada dataran beraksi yang baru untuk aku beraksi secara aktif. www.dreamyofreality.blogspot.com. My live, my live, my passion... Full version of expression will be up-loading fresh dari aku. Aku akan terus beraksi di medan maya. Hahahahahaa. Action Kamen kini akan jadi rakan sejawat aku, ultramen jadi member baik aku, batman jadi peneman aku, superman akan selalu bersama aku. Apa aku merepek ni. Kepada anda, selamat berface-booking. Kalau nak baca blog from my face book,  jangan lupa click pada link amek kesah kat bawah entry ni. Kita beraksi kat blog aku plak. Tanah jajahan aku, ladang aku, tapi untuk kita berlibur. Yipppppiiii~




logo baru

Jom petik gitar untuk ku... Pleaseee~

Padi - Menanti Sebuah Jawaban


C         G           Am
Aku tak bisa luluhkan hatimu
    F         D            G
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu 
    C           G         Am
seiring jejak kakiku bergetar
F          D           G
Aku tak terpagut oleh cintamu
    C         G           Am
Menelusup hariku dengan harapan
F                  D         G    
Namun kau masih terdiam membisu


          C                Am
Sepenuhnya aku ingin memelukmu
               Em                   G
Mendekap penuh harapan tuk mencintaimu
             C                 Am
Setulusnya aku akan terus menunggu
               Em                  G
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu


    C           G            Am
Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
    F           D      G
Semoga kau tau isi hatiku
        C         G           Am
Dan seiring waktu yg terus berputar
F               D               G
Aku masih terhanyut dalam mimpiku








Jawapan pada satu ketakpastian itu madu juga mampu menjadi racun. Saat terindah dalam ketakpastian bila menyelusuri kehidupan menyulam awan mimpi sambil menggantung kincir doa agar menjadi kenyataan bila dihembus angin.

~~aku ke ni? So-so-so kejiwangan tahap dragon..huu~

logo baru

Tuesday, June 29, 2010

Hilang

Hilang_
Bila mana kau gagah berlari,
Merentas alam dengan pantas,
Meredah halangan bolos,
Melangkah penuh kukuh,
Kau tak mungkin rasa,
Segala yang tertinggal,
Jejak yang dilalui,
Mengingati mengamati kau,
Jalananmu kau lupa,
Saat kau kecundang,
Pada satu hayunan,
Kau hanya sendiri,
Yang lain mendahului,
Seperti mana yang kau pernah kecapi,
Bila mana kau pada saat itu,
Kau hanya terperuk,
Corot,
Menangisi pada hati,
Kerana kau kini hilang_

Kau kini aku,
Tapi,
Kembalikan aku pada langkahku, 
Kembalikan aku pada diriku, 
kembalikan semua yang kuburu.
Tapi... 
Jangan pernah kembalikan rasa ini pada ku. 
Aku bakal berhenti bila diri paksa melangkah, 
kerana aku dan diriku sedang berganti dimensi. 
Antara nyata dan hilang.


logo baru

Monday, June 28, 2010

HukHukHuk

Tercipta Hawa dari Tulang Rusuk Adam.
Bukan Dari Kaki Untuk Dialasi,
Bukan Dari Kepala Untuk Dijunjungi,
Tetapi Dari Sisinya untuk Dijadikan Teman,
Dekat Dengan Lengan Untuk Dilindung,
Dekat Jua Dengan Hati Untuk Dikasihi,

Indahnya kejadian Hawa untuk melengkapi Adam, Sempurnanya kejadian Hawa kekasih Adam.Dalam tak sempurnaan itulah kesempurnaan yang sebenar. Kita tidak akan berjumpa kekasih yang sempurna melainkan ketaksempurnaan kita saling melengkapi antara satu sama lain. Kesempurnaan kita  tidak bermakna kesempurnaan pada yang lain juga.

Hawa dari tulang rusuk Adam; maka sifat rusuk keras lagi bengkok. jika mahu diluruskan dengan kekerasan maka ia akan patah, jika dibiarkan, ia akan terus bengkok.

Pimpinlah dengan penuh kesabaran. Biarkan ia dengan sifatnya, tapi gunalah kebijaksanaan untuk membentuknya. Sifatnya adalah fitrah, tapi keistimewaannya adalah pada hati. Sekeras keegoan Hawa, pasti ada jalan melembutkan hatinya.

Aku Ratu Hawa berhati permaisuri Raja Adam sehingga ke mati.



logo baru

The Truth is Out There

Ada tak kebenaran yang manis macam sweet gula candy yang boleh bawa keracunan gula dalam darah?

Kebenaran yang manis so sweet like chocolate tu mesti a big suprise yang so damn kite sumpah seranah kenapa tak jadi 5 tahun dulu, knapa baru nak jadi skarang? Huhuhu... Tapi... Kalau kebenaran yang manis so sweet macam racun yang boleh binasakan semut darah bila ambil terlebih sudah, pasti kita sumpah seranah extra so damn sh*t WTC *Y&6bT^%&^%yt mengomel kenapa jadi sekarang? Kenapa tak jadi 20 years from now. Adat manusia. Kalau berlaku something, it will respond with 3K. Bukan 3R ye..

Respond kebenaran slalunya aku letak dalam 3K. 3K??? Datuk K? For me, first K: Komen; yang bese2 la. First impression orang. Kebenaran yang spontan. Second K: Kritik, macam agak negatif tapi berbaur positif. Still we need Critic tuk improve for a better stage. Finally, the worth tu yang agak tak best, tapi commonly, ni lah yang selalu berlaku... Third K: Kutuk... Nak cakap kebenaran pun kadang-kadang bukan senang. Ia kadang-kadang datang melayang,berjet,berenjin turba, yang berkuasa super sonic pun ada. Kutuk lah kebenaran paling perit nak dengar. Kutuk and fitnah macam kedengaran sama, tapi fitnah still fitnah, fitnah tu tak benar. Kalau dah kata-kata benar yang buruk , kutuk lah nama tu kan?kan?kan? Jauhnya meleret aku ni. Hanyut dah ni. 

Hari ni a truth yang aku simpan dah tak kat luar sana dah. Aku dah jelaskan pada yang patut tau. Akhirnya, satu perasaan yang sangat-super-duper-very lega. Kebenaran berbentuk rahsia kalau diluahkan, rasanya macam melepaskan anak-anak turtle ke laut. Very dangerous. Tapi kita kena buat jugak. Rasa macam tiba masanya kena lepaskan, tapi akibatnya tak siapa tau. Kita rasa patut lakukan, tapi kesudahnya, it will survive? Who's know. Nobody. Rasa lega tapi tak berapa yakin sejauh mana kelegaan itu bertahan. Next stage will be coming. What coming up next? 3K... Respond kebenaran itu.

Kebenaran tu kepahitan kalau terlebih garam, kemanisan kalau terlebih gula, keracunan kalau terlebih sudah. Huhuhuuhu.

The Truth is Only in You.

The Truth is Out There kalau ia adalah makhluk asing. Anda? Pasti bukan makhluk asing.

logo baru

Friday, June 25, 2010

Sharing if you caring

Aku sudah beberapa hari berpuasa sunat on bulan Rejab. Puasa ganti???? Alhamdulillah. Yang wajib didahulukan, yang kemudian-kemudian pun akan menyusul. Kan mudah kalau kita settle yang patut settle dulu.

kesihatan kita sapa yang tau, kita jaga tak semestinya kita sentiasa sihat. Berpantang ajal sebelum maut, berpantang makan sebelum sakit, berpantang aku plak sebelum jumpa. Kalo dah jumpa, belakang cerita. Sakit tu kan menghapuskan dosa kecik-kecik. Huhuhuhuhu.Tetibe keluar fatwa mulut tak bermata-hati-perut.

Aku bukan nak cerita makan, kan aku sedang menjalani ibadah berpuasa sunat. kang aku sendiri yang keracunan fikiran asyik ingat makanan-makanan-makanan. Aku nak tanya-and-kongsi pendapat saje. Today on friday ada yang kata tak boleh puasa. heppppp. Bese dia berpuasa ari ni. Betul ke?

Aku seriau jugak. Maklumlah, kan tadi aku kata today i m fasting. Walaupun tak wajib, tapi kan lagi manis ibadah tu kalau kita tau status ibadah kita tu. Aku and my colleague tadi duk berborak about fasting on friday. Jerk plak kang puasa tak tentu arah. Maklumlah about religious ni mana boleh main-main.

Abangnya seorang ustaz, then dia nasihatkan no-no-no puasa sunat today if tak puasa esok. 

Aikkkk... Bukan sunat tu boleh buat bila-bila ke???? Aku biasalah, kalau tak argue sampai orang jengkil tu bukanlah aku. Orang tua kate melawan-melawan-melawan. But for me, if tak argue mana tau fact tu jitu ke tak. Fact tu memanglah fact, tapi kalau sedikit argue kan lagi manis pemahamannya. Ayat aku ni kenapa berciri macam tazkirah jumaat ni. Ayayayaya... Kadang-kadang orang tua ni cakap fact without fakta sokongan. Aku??? Aishhhh... Ni yang payah ni. Percaya-tetap-percaya-tapi-tak-berapa... Ishhhhh. Degil betul lah aku ni.


Aku pun try tanya Uncle Google. Kan aku kate nak kemanisan beribadah. So never ragu-ragu aku pun nak tahu jugak. Kalau dah tahu sedikit jahil, maka tutup la lubang kejahilan tu dengan ilmu. Huhuhuhu... Bukan tutup la lubang kejahilan tu dengan buat-buat tak tahu. Huhuhuhu... Nanti jadi kebiasaan pulak, maka akan terasa amalan tu macam tak pe, tak berdosa. Huhuhuhuhu...Keyakinan berlubang-lubang tapi sedikit tertampal dengan info yang diperolehi.

Aku menggoogle under word PUASA HARI JUMAAT.

Then... Resultnya...

Terpapar dua hadith yang mampu buat aku lega sedikit.

Petikan yang aku ambil dari SINI...

Para pembaca sekalian bolehlah hayati maksud dua hadith sohih ini, agar terjawab persoalan puasa pada hari hari jumaat.

1) Daripada Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Abbad r.a katanya: 
Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a ketika beliau sedang melakukan tawaf di Baitullah: Adakah Rasulullah s.a.w melarang dari berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan Baitullah ini

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1928

2) Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada hari Jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1929

Inilah dia petikan yang aku ambil dari laman web Forum Perbincangan Darul Nu'ma.

Ini pulak dari SINI...
 
Al-Nawani di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu,"
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, Vol.1, hal. 447)

Maksudnya berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.

Makanya....

Sedikit lega kerana semalam aku dah berpuasa. Makanya, aku boleh meneruskan puasa hari ini....Yahhhooooo... Horrrrayyyyyy.

Mungkin kata aku ketinggalan untuk mengetahui fakta ini. Tapi sekurang-kurangnya, aku mengetahui dengan yakin. Bukan mengetahui dan berpura-pura tahu saja, tapi tak yakin. Huhuhuhu

NotaKuaci: Orang yang tahu pun serupa tidak tahu jika dia tak menyampaikan kepada yang ragu-ragu. Andai yang tahu pun ragu-ragu, eloklah mengajak yang tak tahu cari Kebenarannya. Kadangkala berdiam lagi elok... tapi untuk hal kejahatan, tapi tahu hal kebaikan disorok itu umpama tak beramal...Biarkan si buta masuk telaga, sedangkan si celik boleh menuntun si buta. Renung-renungkan dan selamat mencelik mata-hati-perut.
 

logo baru

Be late sometime is better than never.

Happy-belated Father's Day kepada semua father, daddy, abah, apak, baba, ayah and apa saje lah panggilan to your dad. My dad is Abah. Your dad? 

Yang tak berdaddy, jangan lah sedih, hidup itu anugerah, mati itu pasti. Sedekahkan Al-Fatihah.

Aku saje tak nak wish and post entry on that date, sebab abah aku bukan baca blog ni. So call sudah, yang tak relevan boleh dibuat kemudian-kemudian. Huhuhuhu. Yang kemudian-kemudian adalah seperti ini, disini, waktu ini-beriya-iya menulis blog. Bila nanti kemudian hari saje aku tunjuk entry ni pada dia. Hahahahaha

My abah lahir on 26 June 1941. Beliau lahir 44 tahun sebelum aku dilahirkan. 29 tahun sebelum beliau berkahwin dengan My mum. So sweet phewittt. 

Here we go. My abah with my lovely mum.

Semoga allah anugerahkan...
Kesihatan yang sempurna seiring dengan umurnya. 
Rezeki yang melimpah-ruah semoga beliau menggunakan kejalan diredhai.
Umur yang panjang agar mampu melihat aku bahagia dan membahagiakannya.
Kegembiraan berpanjangan selama mana dia masih hidup.
Permudahkan semua urusannya  agar dia tidak merasa kecewa.

Kesedihannya bukanlah kesenangan bagiku.
Kesusahannya bukanlah niatku.
Semoga kehadiranku sebagai anaknya meringankan kesedihan dan kesusahannya.

Mungkin ini doa semua anak-anak,
Mungkin ini juga terkilas di semua anak-anak di dunia ini.

Aminn.
Aku hanya manusia biasa.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH.



logo baru

Tuesday, June 22, 2010

Waka-Waka-Wak....Bola-bola-bola



skang ni tengah demam bola-bola-bola... Walaupun aku tak tengok live at stadium astro or stadium depa duk lawan, tapi aku tumpang kesemangatan tengok orang len duk tengok bola. Syokkkk oooo... 



huhuhu...Maknanya???? Aku tak de la tengok sangat match tu... Huhuhuhu







Aku bukan nak post pasal match ke, pasal team ne yang lawan semalam ke, pasal sape kalah-sape menang ke, ape ke... It is game bebeh...Bola tu bulat...but....Not juz a game, but game full of soul.

Tak caya?????

Player football tu bermati-matian (blum masuk berite lagi yang depa mati) menentang pihak lawan, berhempas-pulas penjaga gol duk flying-flying tangkap bola.

Tu bukan semangat ke namenye...

Yang aku nak show today pulak pasal soccer fanz kipas-susah-mati ni...


Lagi bersemangat kita tengok bola bila dengar jeritan pembawa semangat pasukan masing-masing...

Bersahut-sahutan...

Player lawan di padang, soccer fanz lawan outside padang...

So...
Aku pun wat la something not special tuk usaha aku support diri aku dengan demam bola ni jugak...

Of cuz la ia berkaitan art and design... 

Presenting Postcard FIFA World Cup 2010

special home-made fresh oleh Budak Comot...


Suke-suki sempena demam bola...Huhuhu

Menghargai soccer fanz all over the world for supporting their team. Tak bernilai untuk depa, tapi a few year after ni nanti, FIFA world cup 2010 at south Africa ni akan jadi memory for everyone. Macam football match yang sebelum-sebelum ni...

Myb pic yang ade ni akan jadi kenangan. Sape tau???





Kita nantikan pasukan mana nanti yang jadi juara...

Selamat menonton bola and selamat bersorak...



logo baru

Monday, June 21, 2010

Takkan Kawan Hilang di dunia, Lawan yang Tinggal Hanya Nama

Bila hilang kawan, mesti kita rase macam tak bestnye idup kan-kan-kan? pada yang berboyfren-gurlfren-husband-wifey... Mungkin tak rasa sangat statement ni...Kan-kan-kan? 

Tapi... Penah tak bile kite msg orang, kite terterima msg yang direply oleh member berbunyi lebih kurang  "Aik... Wujud lagi ko??? Mimpi pe ko semalam, tetibe arini ko msg aku?" Hmm... penah tak???

So, tak kesah lah ko dalam category berboyfren-gurlfren-husband-wifey, takkan kawan hilang di dunia. Kalau ade lawan yang tinggal pun, hanyalah tinggal nama.

Arini aku tertouching nak teringat member-member. Bukanlah selame ni aku tak ingat, cume ingat tak tersampai tahap nak terase rinduuuuu bangat dong sama kalian...Huhuhu...

Rakan seangkatan sekampung sesekolah rendah-and-menengah.

Thanks ijat sebab amek aku and join team-melepak ko on your birthday masa Wesak day last month. Truly said ko dah kurus sikit. kencang seh ko keje sampai kurang kuantiti jisim badan ko. Aku saje je save-save dengan Man, tak nak cakap pujian melambung, nanti ko jadi terkembang semule.huhu...Chaiyork bro, sok-sok aku lek kampung mau makin kurang jisim ko. 

For Ms. Wan, thanks gak cuz sempat menyusahkan ko pas lek dari umah Shaza on her Wedding tu ari. Melepak dengan ko since kite tak jumpe from last few year raya memang cukup lame. pic kat atas last kite sambut raye same-same kan.??? Cukup dewasa mase sampai kite yang tak cukup dewase ni macam tak terase mase dah cepat berganjak. huhuhu...

story kita tetap tak jauh dari story line, nyata kite tetap orang yang same... Tak saba nak dengar gud news from both of you plak. Maklumlah, pas sorang-sorang-sorang nek plamen. huhuhuhuhu.. Ayat aku yang ketandusan love-story-board tunggu wedding film korang plak fren box office...HUhu..Ms. Jule masih samar-samar-kabus... Bila tah nak dapat story line dia on the air plak. Kena tunggu masa sesuai la camni. Ayayayaya

Bergelak ketawa masa remaja kita, masa tak kenal date-line, OT, bossy and money.


Miss you...Miss you...Miss you... Miss you but not too craze...Huhuhuhu


Skang, kawan U plak masuk line... Queque elok-elok fren... bertiga-tiga, dari kiri... York....Ambush...


Waktu bahagia bersama



Yeahhhhh-Friend forever-ever-after... Miss this moment-miss this ladies-miss this all over




Saat bergonjeng tak ingat dunia. Korang tetap bersama tak kira-berduit-pokai-papa-kaya-raya...Huhuhuhu


Mari nyanyi satu lagu sama-sama...

Imagine me and you, I do
I think about you day and night, it's only right
To think about the girl you love and hold her tight
So happy together

If I should call you up, invest a dime
And you say you belong to me and ease my mind
Imagine how the world could be, so very fine
So happy together

I can't see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me, baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice, it has to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

I can't see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me, baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice, it has to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice, it has to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

So happy together
How is the weather
So happy together
We're happy together
So happy together
Happy together
So happy together
So happy together

Love-story-line masih pause-and-empty-for-a-while... Jadi lagu loving each-other masih bertema menghargai kawan-kawan and will be 'masih menghargai' sehingga hujung nyawa... Huhuhuhu...

For awak, friendship will never be end ever after, the love-story will be not juz a memory-of-life-nor-transcript-for-monument... But... It is priceless, bak kate Mr. fragrantless, it is agung. But we must obey the fated of Allah. Dalam tak sempurnaan pasti ada kesempurnaan itu pada yang lain. Manusia itu hidupnya saling bergantungan-melengkapi-memberi-

Lari tune-lari entry-lari post asal...jadi mari kite terus berlari-lari hingga penat dah letih terus tertido lalu lupa pasal asal entry ni. Entry yang terlari tune selalu.
logo baru

Pernah tak?

Dalam hidup ni penuh kediversityan. 

Huhu...Diversity which kadangkala buat anda, aku, kamu, dia, kami atau sesape jela kat muka bumi ni, KELIRU, KECELARUAN, KEBINGUNGAN, dan akhirnya termengong-mengong tuk buat keputusan. Pilihan kat tangan kita, tapi... Satu masa, akan rasa to argue it untuk 1juta kali "what shall i do? what it will be? What i suppose to do?" What-what-what-many-more kind of what Q will be appear...Thing-thing-thing...Kalo la bleh tolak tepi Q yang berebut-rebut nak take place dalam otak aku ni and go-straight-to-the-point then thing...settle..successful...Bling-bling mate kelip-kelip shining star... So heavenlynya lah idup. Would it be like that??? Belum pe-pe lagi aku sendiri akan label diri aku, LOSER

Hayya... How come semenye dah siap terletak tinggal take-and-go saje??? Touch-and-go pun perlukan sedikit usaha untuk topup bila credit dah nak kering, kalo tak, tak lepas lane jugak... Huhu..See-see-see... Aku yang sedang bermoral down ni, macam nak anggap loser je diri ni tanpa sebab. Satu step aku amek, aku mula akan revise then argue tak tentu pasal dengan diri aku. Mulalah nanti aku  macam jatuh sakit (sakit ati) dengan diri aku. Mulalah aku macam nak merajuk dengan diri aku. Mulalah aku macam kayu diluar batu didalam. Mulalah aku macam bermonolog dengan diri ikut pembentongan saluran penafasan. Mulalah aku mengarut macam entry ni. Hayyyyaaaa.. Ini olang, sudah nampak LOSER mau jadi tambah LOSER ka???

Aku nak jadi LOSER???? Tak mauuuu!!!!!!!! Berani kau kate aku LOSER????

Dunia ni banyak warna, tapi warnanya bergantung pada kita. Kalo kita nak dia suram, suramlah ia. Tapi kalo kita nak ia bersatu dengan warna kita, meriahlah ia.

(NotaKuaci: Camne ek kalo dalam dunia ni, hanya kita je yang berwarna? Yang lain black-and-white?-once again start making Q's in mind)


NotaKuaci: Aku sedang berada dalam kondisi undefined. Seolah-olah duniaku black-and-white. Vintage theme. Aku...lenyap..tenggelam dalam...what we call it... kenegativean...Nyah warna kegelapan... datanglah kehidupan!!!!! Adoihai

logo baru