Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Jom Ikut Aku Ke I-City Sekali Lagi.

Berkisah hal berlibur. Weekend lampau, setelah puas berguling-guling macam tenggiling memberontak memaksa si kaseh kembali ke Bangi, akhirnya, konfrontasi berjaya juga. Hahaha. Tabahlah si kaseh dapat d'kaseh macam budak comot ini. Hampagas betul. Buat menghabisi harta sahaja. Kahkahkah. Akurlah kepada orang kurang kasih sayang dan perhatian seperti aku ini. T____T. Huhuhu. Bak kata si kaseh, hati dah suka, nak buat macam mana, layankan jela selagi terlayan. 

Konfrontasi tunjuk perasaan membawa kejayaan apabila si kaseh mengaburi mata d'kaseh dengan bawa berjalan-jalan sekitar Shah Alam. Agagaga. Macam criminal pula aku rasa. Ini bukan agenda kekejaman. Tidakkkkkkkk. 


























Bunga-bunga lampu yang cantik bercahaya. Saja si kaseh tutup hati aku dengan sinar supaya tak memberontak berlebihan. Ngeeeeee.

Ini adalah lawatan sambil belajar aku yang kedua. Yang pertama adalah tahun lepas. Itupun sebab terkinja-kinja cemburu tengok orang dah pergi tengok. Aku terkulat-kulat tak ada gambar dalam simpanan. T____T. Teruk betul perangai aku ini. Huhuhu. 

Kali ini, tak seghairah pergi masa awal-awal dulu. Mana taknya. Kaki dah penat, badan dah lenguh. Seharian berjalan. Pagi bergumbira. menonton 3D The Green Hornet. Ingat preview filem tempoh hari. Yabeda-bedoooo. aku dapat tengok versi 3D pula. Best-best-best. Puas hati. Si kaseh pun puas hati. Asyik cuba sebut nama Chudnofsky saja berulang-ulang kali. Bloodnofsky pun tak lekang dari mulut dia. Seboleh-boleh nak sebut dengan lancar. Huhuhu. Dah berlibur dalam panggung, mengukur kedai di uptown Shah Alam pula. Wahhhhh... Itulah sebabnya bila berlibur di I-City, enzim berwoha-woha sudah merundum. Penat. Letih. Capek.

Mari intai kelibat kami semasa di I-City. Ada yang perasan kehadiran kami? Ececeh. Bajet artis saja. Kihkihkih. Sajian gambar terpilih untuk hidangan mata semua.
























Common lah kalau gambar seperti ini berada di blog sesiapa yang pernah pergi ke I-City.
























Aku suka kombinasi warna ini. Hitam dan puteh. Ehhhh. Putih.



















































Dari jauh dah tertarik dengan cahaya sinaran lampu yang terbentuk dari pokok ini. Berbentuk hati. Dulu semasa datang kali pertama, tak perasan kewujudannya.



















































Pulang secara berasingan. Hahaha. T.I.P.U...

Sekian, Terima Kasih.

Mari kita nyalakan lilin dalam gelap. Ambil feeling cahaya-cahaya macam I-City. Romantik ghitu. Huhuhu.

footer

Big Appetite

Mari cuci mata hati tengok big appetite. Big Box. Big Apple. Big fat ...ca.lo.rie...


























Yummy. Yummy. Hungry Tummy. Yummylicious.

footer

Sunday, February 27, 2011

Sob-Sob-Sob

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan,,
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh ..bintangku


Hasil kejadian, kini yang tinggal hanya kenangan.


























Yang Patah, Tumbuh;
  Yang Hilang, Mungkin ada pengganti... Nanti.

Aminnn...

footer

Saturday, February 26, 2011

Senja Nan Retro atau Retro Waktu Senja?

Di suatu senja di musim yang lalu,
Ketika itu hujan rintik,
Terpukau aku menatap wajahmu,
Di remang cahaya sinar pelangi,
Lalu engkau tersenyum,
Ku menyesali diri,
Tak tahu apakah erti senyumanmu...

Mood senja nan retro. Atau Retro waktu senja. Mana-manalah yang difikirkan sesuai....

Bawa Blacky pusing-pusing bandar Putrajaya (?). Putrajaya boleh dipanggil bandaraya ke? Hentamlah labu..


























Mode macam gambar dulu-dulu, zaman mak-mak melawat Kota Singa.

Inilah Dunia Dua Zaman. Dulu dan kini. Retro waktu senja di Putrajaya.
























Aku suka gambar ini. Nampak retro sangat. I Likkkkkkeeeeeeee.

Seiring dan sejalan,
Seindah bunga di taman,
Bak burung nan megah,
Kanda ku puja,
Bahagia kita berdua,

Berlari berkejaran,
Lupakan segala duka,
Di kota di desa,
Di gunung dan laut,
Berlagu kita berdua...

Dindaaaaaaaaaaa....


























Kanddddaaaaaaaaaaaaaaaaa...
 Tapi kanda pulak tak ada....T_______T

Burung pun turut menyanyi,

























Toleh jugak ke langit. Tapi tak ada burung. Apatah lagi, burung yang menyanyi. Maka lirik terhenti di situ.


























Sangat merasa retro pulak. Senyum pun rasa retro. Macam orang lama-lama ghitu.


























Menghilangkan lelah seketika. Lenguh asyik bergambar tak tentu pasal. Lenguh asyik nak gelak tak tentu hala. Lenguh asyik senyum depan kamera. Aduiiiii... Lenguh-lenguh-lenguh. Nak berehat seketika.


Eh...... Nak berehatlah. Apalagi. Kamu pun berehat lah. aku punya entry sudah habis. Aku mahu rehat sebentar ni. 0_<;

footer

Thursday, February 24, 2011

Ehhhhhh..#Garu kepala Bukan Berkutu#

Ada orang suka bercerita,
Ada orang suka mendengar,
Ada orang suka bertanya,
Ada orang suka mengata,
Ada orang tak buat apa-apa,
Aku...
Ikut saja apa kau nak cerita,
Tapi... Yang pasti,
Antara kita atau dia atau sesiapa saja,
Ada orang pasti terkena,
Siapa?
Tengok agenda.

Listen or Let End. Or... It just began.


Sumber gambar dari Uncle Google.

Antara bercerita, then kata..."Ini rahsia!", Antara berborak, then kata..."Jangan cerita kat siapa-siapa!". Antara bercakap-cakap, then kata..."Habis di sini saja!". Rasanya... Siapa dalam hidup kita yang kita boleh percaya? Alangkan kawan baik, berkawan baik pun, satu hari nanti jika tak ada jodoh, bergaduh juga. Ketika itu, semua rahsia, cerita, kongsi suka duka, babak-babak drama, cerekarama kita berada di hujung tanduk juga. Adatlah manusia. Aku prejudis??? Kau rasa macam mana? Adakah kau benar-benar yakin kepada orang yang kau cerita. Adakah kau adalah dia? Berceritalah berpada-pada. Manusia.

Manusia... Adatnya memang begitu. Pencerita mahu berkongsi dengan pendengar cerita. Pendengar cerita mungkin mahu berkongsi rasa mahu bercerita.Tapi... Bersama yang lain pula. Ehhhhhh... Garu kepala bukan berkutu. Kan dah memang adat manusia. Kalau yang pegang amanah, pasti dari asal dia tak mahu tahu langsung tentang hal-hal kain nak terlondeh, getah seluar longgar ini. Tahu ketajaman lidah yang tak berasah ini lebih tajam dari pedang yang diasah setiap hari. 

Ada orang suka berkongsi cerita, tulis blog bagi orang baca. Ada yang suka berkongsi cerita, taipan status facebook panjang berjela. Ada yang suka berkongsi cerita, post tweettt dengan segera. Ada yang mahu cerita, tapi tak tahu pada siapa. Lebih elok tulis diari saja. Itulah sebaik-baik cara. Amanat itu, kita sendiri yang jaga. Pasti tiada siapa yang akan baca selagi kita rapi berkawal bersiaga diari tak tentu masa. T___T. Atau... Ikut cara yang aku pernah praktikkan. Tulis di sekeping kertas atau berjela-jela lembaran. Dah puas tulis, bakarkan saja. Pasti hati kau lagi lega. Melihat rasa perasaan kau dah dimamah dibaham sang api. Tenang.

NotaKuaci: Yang baik, buat tauladan. Yang buruk, buat sempadan. Yang patut diam, diam-diamkan. Yang patut sebar, hebah-hebahkan; buat pengajaran.


footer

Wednesday, February 23, 2011

Comel Cuit Jantung-Hati

Cute touching my hearts. So sweet Pheeewittttt. Aku tak tahu kenapa aku boleh sakit jantung sebab tahan hati (?) tengok benda ini yang super duper comel. Kenapa Jantung dan Hati?? In English they call both, heart. So... Ada perkaitanlah. Huhuhu. Abaikan. Serius kalau kamu tengok then kata tak comel, mungkin aku boleh anggap aku semakin berkurangan darah seni. T___T

Bersiar-siar di blog. Kemudian...



























Tarrraaaaa.... Abaikan Screen Print aku yang banyak new tab dan open folder itu.

Aku terjumpalah blog ini. Seperti yang kelihatan di url: http://myluverlycraft.blogspot.com/ . Maka aku pun mulalah menjengah-jengah masuk. Lepas satu page, aku jengah satu page lagi. Lepas satu entry, aku jenguk satu entry lagi. Okeh. Aku jadi watak pegun seketika. Tengok hasil kreatif beliau. Aku mula excited sorang-sorang. Enzim kreatif dan inovatif aku mula merembes. Hormon seni mula meningkat. Maka aku dah tak dapat bertahan lagi dengan godaan ini. Aku tergodaaaaa....Kihkihkih.












































































Sumber dari: http://myluverlycraft.blogspot.com/
Diedit semula oleh Budak Comot.

Serius... Otak aku sedang berputar 360 darjah up-side down. Aku sedang terfikir hadiah untuk si Kaseh, birthday beliau April ini. Huhu. Mula berfikiran indah-indah untuk insan kesayangan nurani itu. Apala... Tengok benda simple ini pun nak kecoh. Hepppp!! Kau ini kurang kasih sayangkah atau terlebih enzim material mahal-mahal kah??? Sesuatu yang mahal belum tentu berharga. Sesuatu yang simple atau murah, belum tentu tak ada harga. Sesuatu yang tak ternilai itu penuh makna. Harga itu, subjektif. Nilai itu juga subjektif. Sila fahami ayat daku ikut terma Value dan Price. Huhuhu.

Owner blog ini, sangat sweet. Sebab aku hantar email untuk tanya beberapa soalan, beliau jawab dengan tabah dan segera. Comel tak layanan kakak ini. Suka-suka-suka. Semakin melimpah ruahlah enzim keterujaan aku. Makin bersemangat aku mahu mengorder something untuk si buah hati.

Ada macam-macam hasil tangan kreatif yang kakak-kakak (merujuk pengusaha kraft tangan ini lebih dari seorang) ini buat. Macam gambar rajah di atas. Ada tote bag, ada key-chain, ada HP straps, ada brooch, ada book mark, ada head band. Wahhhhh... Lepas ini, bolehlah Kakak-Kakak tersayang ni buat waist band, frame, atau apa-apa je. Ngeeeee. Boleh bagi idea macam curah baki air sirap ke sinki sebegini? Suka-suka aku saja bagi idea. Huhu.

Aku sudah buat tempahan. Apa yang aku tempah itu rahsia. Pembayaran juga sudah dibuat. Ini sebagai souvenir aku untuk si kaseh. Nak jahit sendiri, harap maaf, sedia maklum, jari-jamari aku tak cukup tangkas nak menjahit hasil seseni sebegini. T____T. Hasilnya bagaimana rupa tempahan aku nanti kelihatan? Akan aku update next entry untuk rupa hasil tempahan aku setelah aku dapat habuan di telapak tangan. Tak sabar nak lihat tahap kecomelan mereka (?).

footer

Tuesday, February 22, 2011

Mr. & Mrs. Yogi Bear

Inilah teman tidur aku. Erkkkk. Harap Joey si bear kesayangan tidak merajuk membaca statement ini. Kalau malam ini, beliau merajuk duduk bawah katil, akan aku cari siapa mulut tempayan yang jadi posmen karat kepada Hencik Joey aku. Gila apa aku ni. Mana mungkin si bear tak bernyawa tersebut bisa jeles. Kihkihkih.
























Aku dan si dia. Mr. & Mrs. Yogi Bear. Ngeeeee.


























Muahhhhhhh 8x. Kenapa hencik comel sangat. Kalau ada maskot Yogi Bear, aku nak peluk herat-herat sampai orang dalam maskot tu tak boleh nafas. Kahkahkah.























Dibelasah kerana tidak cium mereka juga. Kes ini kes terpencil, akibat jeles. T__T

























"Ini kawan baru aku. Baru jumpa di Sahara", Kata Aku dengan berlagak lagak macho (?). 

Siapa lagi comel??? Cakap!!!!!!

Bila si budak (?) berumur hampir  26 tahun (2 bulan lagi..T___T) berlagak seperti umur 16 tahun. Rasa macam mahu kembali ke zaman persekolahan pula. Heppppp. Siapalah yang malas pergi sekolah tu???? I lovvvvveee being a student. Aku sukkaaaaa pergi sekolah. Kedatangan 100%. Sebab suka jumpa kawan-kawan. Kat rumah, bosan. Tak ada sesiapa teman berlawan. Erkkkk. Jujurnya sebab suka pergi sekolah. T___T. Asalkan boleh jadi motivasi suka pergi sekolah. Ngeeee.

footer

Monday, February 21, 2011

Hobi Anda Adalah Cara Untuk Hilangkan Stress

Okeh. Akur. Inilah tajuk entry yang panjang, tapi terbaik yang mampu aku fikirkan ketika ini. Apa guna ada hobi kalau hobi tak dapat menghilangkan rasa stress. Betul tak? Maka... Inilah penghilang tekanan yang sentiasa membuat penekanan jiwa secara berterusan kalau anda memberi peluang ia terjadi. Ia bukanlah ajaran yang super duper genius. Tapi... Kalau anda pratikkannya, pasti ada sedikit rasa penekanan si penekan jiwa itu beransur hilang. Motif ayat sebenar: Senang cerita cakap la... Anda selalu-selaulah ambil gambar, ia boleh jadi sumber inspira anda ketika anda stress. Mungkin gambar tersebut boleh buat anda gelak. Kelak, stress akan beransur susut.


























Sekali lagi akur kerana tiada kamera DSLR yang lens panjang tertonjol-tonjol menarik perhatian umum untuk toleh kepada pemilik kamera. Tapi sentiasa bersyukur dengan kemahiran yang ada. Jentera yang canggih jika tak pandai dikendalikan, tak guna juga. Tapi... Kemahiran yang ada, kalau kondisi jentera terbatas, rasa murundum juga. T____T. Tetiba rasa jeles meluap-luap pada pemilik DSLR. Ngeeeee.

footer

Cahaya

Satu saat ada cahaya,
Satu saat penuh bahagia,
Satu saat ada makna,
Satu saat sahaja...

Satu saat sejenak,
Bisa hilang semua lelah,
Kala rasa gundah menerpa,
Hanya satu saat sahaja,

Ambillah masa untuk kau,
Ketawa...
...Senyum...
...Mesra.
Pasti ketika itu, 
Kau pasti rasa bahagia.




























Selamat Bermula Minggu.

Rasa tertekan sebab menekan rasa sehingga jadi penekanan jiwa??? Ambilkah masa walau untuk beberapa saat. Bukan untuk lelapkan mata... Tapi pejam mata, ingat saat indah, dan senyum. Ada latar lagu senyum by Malique feat Najwa lagi mujarab. Anda senyum, otot pasti mudah ceria. Jiwa pasti rasa segar, otak rasa bvlgari bugar. Barulah anda ada nilai-nilai kesemangat untuk bekerja.

footer

Sunday, February 20, 2011

Teman Beronggeng Minggu Lampau

Si Kaseh masih di KKB. Maka... Aku bersama teman wanita (?), telah beronggeng di sekitar kejiranan untuk melibur hati yang merundum rindu si Kaseh.

Sebelum tengok wayang, kita ambil gambar wayang dulu. Inilah teman wanita aku (?). Teman sebilik aku. Teman sepejabat aku. Erkkkk... Inikah saja teman aku????

 Inilah dia teman sepernaikan motor aku... Erkkkkk... Dia lagi??????


footer

Hati-Hati Berirama


























Hati ini ada nada. Hati ini ada melodi. Hati ini ada lagu. Hati ini ada rentak irama.


























Hati-hati ini sedang berirama. Merdu.

NotaKuaci: Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin....

footer

Friday, February 18, 2011

Kondisi


Sumber gambar oleh Uncle google. 
Tiada sebarang pengeditan oleh Budak Comot.
Motif gambar: Pemberitahuan

Sudah seminggu ini, kondisi kesihatan aku berada di paras kurang memberansangkan. Pagi di paras baik, tengah hari berada dalam paras malar... Tiba-tiba malam di paras separa marabahaya. Sekejap sejuk, sekejap panas. Luar panas, dalam sejuk. Luar sejuk, dalam panas. Erkkkk. Ini bukan teka-teki. Tidak perlu teka. Aku berada dalam keadaan tidak sihat. Batuk-batuk yang beriringan dengan demam dan kadang-kadang selsema. Kadang-kadang ada energy. Kadang-kadang energy hanya cukup-cukup. Makan pun separa bekalan yang terhidang. Lagi separa hidangan ke longkang. Tak ada selera.

Motif cerita...Aku tidak sihat. Maka... Sebarang panggilan yang aku beri layanan kurang memberansangkan, sebarang perbualan yang mungkin kelihatan macam aku tidak beri perhatian, sebarang mesej yang aku tidak berapa beri layanan dan sebarang ajakan berlibur yang aku tidak pedulikan... HARAP MAAF BERJUTA PERASAAN.

Harap maaf semua teman, musuh dan apa sahaja makhluk yang cuba minta perhatian. Aku tidak sihat. Segala aktiviti yang memerlukan reaksi aku, aku akan pertimbangkan dengan mengambil kira kondisi kesihatan aku, kerana aku tiada energy yang sangat banyak untuk dibazir-bazirkan.

NotaKuaci: Selepas ini... Entry yang menyusul adalah hanya scheduled entry. Which mean, bukan aku bertaipan entry untuk di publish secara terus, secara langsung. Sudahku bilang, energy aku tidak banyak. Maka aku perlu membahagi-bahagikan sumber tenaga yang ada secara berhemah., pembaziran tenaga  kepada sesuatu aktiviti bermakna aku perlu melepaskan sesuatu aktiviti yang lain pula. Seperti kos lepas, yang aku pelajari semasa Ekonomi form 6. Selamat menatap blog kesayanganku.


footer

Thursday, February 17, 2011

Mood Raya Cina. Chap Goh Mei

Nama tajuk macam best saja. Chap Goh Mei. Hukhukhuk. Macam kena pulak. Valentine's Day... Chap Goh Mei... Persamaannya... Pasangan Kekasih. Tapi...

Entry ini... Tiada kena mengena dengan Tajuk entry secara langsung. Secara tidak langsungnya adalah sedikit mengena. Gambar di ambil semasa sehari selepas Valentine's Day. Maknaknya... Ketika Maulidur-Rasul. Entry pulak publish ketika Chap Goh Mei. Itu saja yang mengena tentang entry kali ini. Huhuhu.


























Bersama Sang Singa. Aku pun confuse. Kenapa aku boleh ambil gambar dengan beliau. Beliau bukannya artis. T____T.


























Fokus sikit. Wahhhhh. Mesranya dengan Sang Singa tersebut.


























Tapi... Akhirnya membawa padah. Ditelan Sang Singa. T___T.

footer