Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Melangkah

Selamat Tinggal 2010,
Selamat datang 2011.

Masa berganjak begitu cepat.
52 minggu berlalu,
kine kembali 52 minggu yang baru.

Harap dan harapan kekal ada menjadi semangat kita menongkah 365 hari yang mendatang.

Pengakhiran itu merupakan satu permulaan yang baru.

Semoga 365 hari; 52 minggu; 12 bulan; 1 tahun ini setiap langkah dah segenap tubuh darah mengalir dan nafas disedut dilindungi dan dirahmati Allah. Keberkatan Allah adalah kebahagiaan jiwa yang tersembunyi.


footer

Cari Juara

Artis  : Yuna
Title  : Cinta Sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu ‘tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu ‘tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh

Satu yang kau adili; kesempurnaan. Satu yang ku cari; keserasian. Satu yang kita cari; juara. Biarpun atas dasar apa. Yang kita cari, hanya satu antara beribu.

Sumber.

footer

Thursday, December 30, 2010

Cari Juara

Artis  : Adira AF8
Title  : Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Gemuruh mu penuh rasa cinta, gemuruh ku, rasa tak percaya. Siapakah yang mampu menjulang tahkta juara.

Sumber.

footer

Ceria Tapi Sedih

Ada banyak alasan untuk senyum, gembira, sengih dan ketawa sepanjang akhir bulan; minggu ini. Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010. Esok Cuti Umum sempena Malaysia menang piala tersebut. Minggu depan dah masuk tahun baru. Umur masih panjang. Jiwa rasa makin bahagia. Sayang makin rasa bertambah. Makan makin banyak T___T, berat tak naik-naik. Boleh jumpa si kaseh. Dapat hadiah. Serius. Banyak benda buat aku tersenyum, sengih, ketawa.

TAPI...

Hanya satu masej yang di hantar daripada kakak aku sebentar tadi, mampu meragut semua senyuman dan kegembiraan aku.
Abah masuk hospital, tadi tekanan jantung dia lemah.

Segera aku call my mum. Menggigil aku. Abah menghampiri 70 tahun 6 bulan lagi.
Abah kena tahan kat wad sebab tekanan gula dalam darah rendah.
Tiada kegembiraan yang lebih berharga daripada kesihatan yang baik ke atas kedua orang tua kita.

Walaupun jarak Bandar Baru Bangi dan Mersing bukanlah sejauh KL-London, tapi pada sesiapa yang duduk diperantauan pasti faham hakikat sebenar jarak yang aku maksudkan.

Tolong doakan kesihatan abah aku ya rakan-rakan. Semoga beliau cepat pulih. Aminnn

footer

14:1

Setelah 14 tahun, akhirnya tahun depan ambil PMR Malaysia merangkul juara Piala AFF Suzuki.

TAHNIAH PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA.
TAHNIAH JUGA PENYOKONG BOLA SEPAK NEGARA.

Tahniah juga pada anda yang pergi menonton siaran langsung di kedai-kedai mamak, kedai makan dan kedai-kedai yang ada buat tayangan siaran langsung semalam. Meriah seperti berada di Stadium  Gelora Bung Karno, Jakarta bersama-sama penyokong Indonesia yang cun melecun macam ratu cantik. Walaupun di stadium penuh warna merah, tapi di Malaysia malam tadi rata-rata kawasan kedai makan penuh dengan Warna Kuning dan terdapat Warna Biru juga.

Tahinah kepada peniaga-peniaga kedai makan malam tadi, layanan anda yang terbaik. Sporting sebab siarkan siaran langsung tersebut dan bagi kami lepak lama-lama dengan secawan milo suam saja~Bukan aku. Im having dinner with Si kaseh sambil santap kek secret recipe. Demand tekak nak makan best sambil tengok bola. Aissshhhh.

Tahniah juga kepada pengedar surat khabar hari ini, kerana surat khabar menjadi hot super-duper panas hari ini macam goreng pisang panas. Sebab....
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulong pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF. – Bernama
Sumber Rezeki

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Team Malaysia. Harimau Malaya yang sedang girang. Ngauuuuummmmmm.

Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri). - UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN


Top Scorer dengan 5 gol yang bergaya. Pheeeewiiiitttt

Mohd Safee

Ini nombor saya. Bertuah. 10. Untuk tahun 2010.


footer

Wednesday, December 29, 2010

Cari Juara

Artis  : Meet Uncle Hussain Dan Black
Title  : Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Lakonan mu di pentas dunia pasti hanya kau yang mampu mengarahkan dan menilai. Penilaian seantara mata takkan sama isi hatimu. Lakonan mu persis Raja Drama, mata sering terpedaya, hanya mata hati mampu mencerna. Kalau kau Raja Drama, siapa pula Juara?

Sumber.
footer

Tuesday, December 28, 2010

Cari Juara

Artis  : Hafiz AF7
Title  : Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Noktah itu adalah satu langkah kepada permulaan yang baru. Noktah cinta, tak bererti noktah kebahagiaan. Cinta permulaan, cinta juga pengakhiran. Setiap akhir pasti ada satu permulaan begitu permulaan disudahi dengan pengakhiran yang tidak terjangka. Dapatkah kita menjangka siapakah juara?

Sumber.
footer

More Pre-Book

Jangan marah ya dengan penggunaan tempahan disini. Bukankah bertunang itu maksudnya tempahan... Booking. Kalau gambar sebelum kahwin disebut pre-wedding session photoshoot, so tidak salah kan aku guna majlis pertunangan sebagai tempahan. Tapi... Tempahan teragung. Bukan senang nak hantar tempahan ini, beserta rombongan seadanya selayaknya bersama tepak sirih bagai. Ada yang siap berbalas pantun. Haaaaa... Kalau setakat tempahan bilik di hotel cikai-cikai untuk lampiaskan nafsu yang tak seberapa lama tu, alahai, so bolehlah diklasifikasikan majlis pertunangan ini tempahan teragung. Hantar tempahan untuk surihati sepanjang hayat. Kan eksklusif namanya. T______T okeh. Banyak dah kemerapuan sumber mengarut ini. Chow....

//

Kembali dengan kisah sepatutnya. Kisah sebenarnya begini. Al-kisahnya, rakan sebilik aku telah mengadakan majlis tempahan pertunangan awal Disember 2010, tapi.... arakian sedihnya aku sebab tidak dapat menghadirkan diri sebab atas alasan yang masih diterimapakai. Kalau kau buat majlis lambat seminggu macam my bestfriend ever after ni, mesti aku boleh menyibuk bergambar sekali. T_____T Setelah berabad berminggu lamanya menanti gambar-gambar yang tertangkap semasa acara dijalankan, maka aku menyusun jari minta maaf sebab tak wujud dalam sesi fotografi tersebut. Tapi aku tetap wujudkan entry sempena majlis tempahan pertunangan empunya penghuni katil sebelah aku. Mari saksikan..... Zaaaassss Zissssss Zassssss

Ayat-ayat Chenta

Dari Sang Ratu kepada Pencinta

Dari Sang Arjuna kepada Pencinta

Selangkah lagi, kau akan jadi Ratu permaisuri

Tanda dirimu bukan lagi sang pencinta yang sedang berkelana lara

Dua puteri bakal melangkah menjadi permaisuri

Tersenyum manis

Moga langkah yang diambil tidak pincang dan sehala ke akhir waktu

Hanya ini sajalah hasil kerja aku untuk teman sebilik tersayang. Aku tak mampu wujud ketika majlis pertunangan kau, tapi aku harap aku masih dapat wujud semasa majlis ratu sehari kau nanti.

SELAMAT BERTUNANG SAHABATKU

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Cinta...

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu


footer

Monday, December 27, 2010

Cari Juara

Artis  : Shahir AF8
Title   : Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Kebahagiaan atas penderitaan orang lain adalah satu pengejian yang mungkin memilukan. Bagaimana pula kebahagiaan melihat kejayaan orang lain? Juara kah sang juara apabila berbahagia dengan kekalahan pihak lawan? Deritakah sang terkalah dengan kemenangan pihak terjuara?

Sumber.
footer

Cara Lah

Dengan sebusket french fries,
Secawan mila ais,
Secawan kopi-O,
Table for two times,
Menikmati perlawanan bola yang sebenar,
Senyum sampai telinga,
Dengar jeritan penyokong Malaysia,
Menonton di Village View, Jalan Reko sana,
Caralah pemain bola sepak Malaysia,
Barulah rasa penyokong sanggup jerit,
Sakit tekak, sakit telinga,
Terjerit-jerit minta sumbat gol lagila-lagila.
Fuhhhhhhhh, pulang rumah dengan bangga,
Macam dah menang piala,
Piala yang aku cipta untuk Malaysia,
Piala Puas Hati Tonton Perlawanan Malaysia.
Tepuk-tepuk-tepuk.

Bangga aku dengan kejayaan  Ultramans Malaysia menumpaskan pihak penyokong lawan. Bagus sang wira. Jangan bagi mereka muka, biar mereka pulang dengan hati tak berapa ceria, baru gentar sikit langkah mereka lawan kita nanti.

Semakin bergemuruh jiwa, bukan sebab nak mengadap malam pertama ke apa. Tapi ni bukan calang-calang malam. Ini malam penentu beb.

Mari usha keputusan terkini. Click untuk tau. Hai Hencik Nujum Pak Belalang. Siapa yang bakal julang piala ni??!!!!!! 

Malaysia VS Indonesia Malam Tadi; Malaysia dah berjaya kaut 5 gol.
Indonesia VS Malaysia 29 Disember 2010?????

footer

Sunday, December 26, 2010

Cari Juara

Artis  : Bunkface
Title  : Ekstravaganza

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu

Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka
Aku kalah

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu.. (kata hatimu)

Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..

Persepsi diri
Ada maksud sendiri
Dan propaganda ku rasa
Luar biasa

Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka
Aku kalah lagi

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu.. (kata hatimu)

Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..

Ekstravaganza
Ekstravaganza
Ekstravaganza
Ekstravaganza

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu

Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Wooo.. wooo..
Ekstravaganza... Extra berganda-ganda. Harap ada lebih extra untuk rebut jadi juara. Yeahhhhh. Ekstravaganza.

Sumber
footer

Suzuka???

Bukan suzuka la cik Budak Comot.

Suzuki (?).

AFF Suzuki Cup.

Ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole...bla-la-bla

Berjuanglah!!
Pahlawanku!!!
Satukanlah tekad semangatmu!!
Kami rela
Korban nyawa
Demi daulat negara tercinta

Go Malaysia Go.

Utras Malaya.

Demam bola.

Kenapa?

World Cup kamu tengok? Amboiiiiii. Bias. Malaysia lawan kamu tak mahu tengok plak?

Nak tengok carta Kejayaan Malaysia mendaki tangga kejayaan. Menendang dan menggelecek bola dengan licik. Yeahhhhhh!! Inilah gaya bintang. Inilah gaya juara. Choppppp. Tak nak puji lebih-lebih. Mari kita panjatkan doa lebih-lebih pulak. Extra doa semoga Malaysia berjaya. Amin.


Akhir

Malaysia VS Indonesia 26 Disember 2010 (Ahad)
Indonesia VS Malaysia 29 Disember 2010 (Rabu)

Mari jenguk Senarai perlawanan terdahulu dan keputusan perlawanan.

Sama-sama kita doakan kejayaan Malaysia. Hiduppppppp Malaysiaaaaaaaaaaaaaa

footer

Saturday, December 25, 2010

Cari Juara

Artis : Stacy AF6
Title : Jahat

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu

Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang Chorus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu kalau tak jadi juara. Suara dah mantap. Tariannya mesti mantap juga. Go baby Go.

Sumberfooter

Pre-Book

Dalam rakan taulan bergalak bertunang dan berkahwin, hati aku terdetak juga. Bilakah masa giliran aku pulak? Siapa yang tidak mahu berteman sepanjang hayat. Asam garam perhubungan sesama manusia, bercinta, bermesra, ketawa dan bergaduh, bermasam muka.

Sedangkan lidah lagi tergigit,
Apa pula suami isteri,

Buang yang keruh,
ambil yang jernih,
baru teguh peribadi,
Sebagai tanda, kaseh semakin bertaut. Selangkah kami semakin teguh, harap kalian doakan keutuhan hubungan kami juga.

Tidaklah aku secantik Balqis,
Mendambakan teman sehebat Sulaiman,
Mungkin kasihku tak setulus Zulaikha,
Tak ku berharap setampan Yusuf,
Aku bukanlah srikandi Sri Hajar,
Menanti wira seteguh Ibrahim,
Apatah lagi merindui manusia sesempurna Muhammad,
Kerana aku bukanlah manusia sempurna,
Aku hanya mencari kebaikan dalam dirinya,
Bersyukur dipertemukan dengannya,
Kalian turutlah sama berdoa denganku,
Semoga dia menjadi milikku,
Sama berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.
Amin~

Terima kasih si kaseh,
dariku d'kaseh.

footer

Friday, December 24, 2010

The Secret

Hujung minggu beberapa minggu lalu, aku ada merayau di Alamanda bersama Housemate Haku. Center Alamanda ketika itu ada pameran dari kedai buku MPH. Mari menapak ke destinasi terpandang mata. Menarik. Buku. Timbunan buku. Okeh. Silap. Susunan buku. Makanan untuk minda yang sentiasa lapar mahu bahan bacaan. Mahu baca-bacaan saja, belum tentu beli-belian. Huhuhu. Kejikah aku? Erkkkkk.

Lepas satu buku, satu buku aku belek. Aku telek. Ala-ala ahli nujum. Adakah aura buku tersebut mampu membuatkan aku mahu menelek isi-isi dalaman pula. Tengok kulit hadapan, don't jugde a book by it cover. Okeh. Tengok pula kulit belakang. Baca sinopsis. Kalau aku rasa agak tertarik, baru tengok-tengok bahagian dalaman. Lenguh kaki berdiri menelek buku, ini bukan Kedai buku MPH, kalau di MPH aku selumber yaya saja duduk sambil menatap buku atau majalah. Aishhhh. Dibuatnya macam library pulak. Ada aku kesah? Petugas disitu juga tak kesah. Kenapa kamu nak kesah. Ikut arahan tertera di papan tanda saja sudahlah, aku ubah posisi kaki pulak. Huhuhuhu
Satu buku yang menarik perhatian mata aku, tapi belum cukup mampu menarik perhatian kocek aku untuk dirabakkan. amoun buku, senaskhah. Harga buku RM79.90. T_______T  The Secret.

Penulis: Rhonda Byrne

Sumber gambar: Menggoogle.
Positive thoughts bring about positive manifestations while negative thoughts bring about negative manifestations. The theory is very simple. Because it is an absolute law, the law of attraction will always respond to your thoughts no matter what they are. Thus your thoughts become things. You are the most powerful power in the universe simply because whatever you think about will come to be. You shape the world that exists around you. You shape your own life and destiny through the power of your mind.
Sumber adalah dari tuan tanah blog ini.

The Secret is to think positively, to become a magnet for the goal you desire, to use the law of attraction to draw your dreams closer.

Sumber adalah dari tuan tanah website ini.

Terbaca beberapa potongan ayat di dalam buku tersebut, terkandung makna tersirat yang perlu disuratkan. Pemikiran yang kritis. Tapi membawa motivasi yang tinggi.

NotaKuaci: Al-Quran adalah panduan paling Agung. Kalimah paling suci. Back to basic, semua terkandung di dalam kalam Allah itu adalah kisah seluruh alam melewati pelbagai zaman dan keadaan.

footer

Wednesday, December 22, 2010

Hitam dan Putih

Hujung Minggu di KTM UKM. Ketika sedang menanti si Kaseh mengambil aku untuk makan malam setelah tiba dari Mersing.

Penumpang berpusu-pusu keluar. Maklumlah, pengangkutan awam.

Masih ada yang keluar dari koc.

Lengang. Tiada Orang.

Kaunter Tiket tutup untuk berhenti rehat seketika.

Aku sendiri. Menanti.

Begitulah dunia jika hanya ada dua warna sahaja. Hitam dan putih. Warna ceria juga tetap tergambar suram. T________T  Hargailah warna kehidupan anda.
footer

Nak Tempah?

Sempena bercuti panjang hujung tahun, pertengahan bulan (?), kawan kesayangan aku telah mengadakan majlis pertunangan. Wahhhhh~ Banyak besar darjat kau, claim dia buat majlis pertunangan sebab kau balik kampung. Hahahaha. Realiti sebenar adalah sebaliknya. Maka aku sebagai juru gambar non profesional telah mengambil beberapa bilah keping gambar. Seperti biasalah, sudah menghadiri majlis, pastilah ada gambar menyusul dalam blog. Kan sudah menjadi lumrah pemblog yang separuh tegar seperti aku mengupload gambar yang disnap. Kalau pemblog tegar apatah lagi, setiap gambar yang diambil pasti semuanya terupload dengan meriah sekali.


Sejambak bunga ros untuk kau (Julee) di majlis pertunangan mu. Kahkahkah. Pinjam bunga pelamin.

Kuntuman mawar biru sebagai tanda penghargaan aku kepada kau. kahkahkah Pinjam wang hantaran.

Wang hantaran untuk teman kesayangan.

Pemenang tempat pertama juara bertahan tahta hati Zaki. Tahniah!!!!

Keluarga kedua-dua mempelai.

Ku lihat Hijau. Dari Zaki kepada Julee.

Merahmu bara, semangat waja. Dari Julee kepada Zaki.

Atas singgahsana, menanti raja.

Bakal terbina, keluarga bahagia. Semoga kekal ke akhir hayat. Julee & Zaki, pasangan ideal.


Kita sama bersahabat, tapi status kita telah berbeza. Kau dah semakin menghampiri hari bahagia.

Rakan seperjuangan sejak kecil, tak akan lupa landasan persahabatan kita. Selamat bertunang kawanku.

Dari dulu kita berkawan,
Sejak kecil kita berteman;
Kita seiring akrab taulan,
Kini kau sudah ada ikatan.

SELAMAT BERTUNANG KAWAN KESAYANGANKU.

InsyaAllah, majlis pernikahan kau nanti (27 March 2011) aku akan sedaya upaya untuk pulang. Kalau tiada aral melintang. Kalau diizinkan Allah.


footer

Sunday, December 19, 2010

Ali Baba Kawan Aci

Minat lagu P. Ramlee?

Minat lagu Indie??

Minat lagu P. Ramlee dan Indie???

Sekarang anda boleh dapatkan kesemuanya dalam satu album. Lagu P. Ramlee dan penyanyi Indie.

Hebat. Ini bukan produk gayungan yang cincai-cincai. Tapi seperti satu penghargaanlah kepada penggiat seni anak muda. Lagu yang terdapat dalam track album ini, best. Superb lah idea yang tercetus untuk interprestasi melalui indie seperti ini. Keep it up. Thumb up. Salute lah. Kalau tidak ada media menjadi medium seperti ini, pasti kita jarang nak putarkan semula piring hitam nyanyian Allahyarham P. Ramlee. Bukan nak mengutuk atau mengata. Halwa telinga masing-masing, pasti pelbagai selera. Paling kurang, lagu P. Ramlee pasti hanya terdengar di Klasik Nasional, sekarang tidak lagi. Musik catchy, alunan bukan sekadar tangkap muat, feeling tetap sama.


Aku dah dengar kesemua 18 track. Wahhhhhhhhh. Getaran jiwa aku dengar lagu ini sama saja seperti dengar lagu-lagu lama, tapi diberi nafas baru. Baru Cool. Bukan tak hargai hasil seni orang lama, tapi, kita kan ada pelbagai selera. Nah. Ini agak kena dengan selera telinga aku. Layankan saja.

Aku turut muatkan dalam MP4 kesayangan. Waktu senggang sekali sekala dengar, sedap juga. Tak rugi mendengar. Gaya penyampaian yang menarik.

Okehlah. Ini bukan rayuan undi. Cukuplah memuji. Tapi kenyataan. Sedap lagu-lagu yang ada dalam album ini. Tak perlu raih simpati, kalau anda suka dengar, pasti cari sendiri. Barulah lebih menghargai. 0_<


Hati terdetak selepas dengar lagu Itulah Sayang nyanyian The Ramlees. Terus menggoogle sehingga terjumpa keseluruhan track.

footer