Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

Aku B.e.n.g.a.n.g

Aku meluap-luap nak update blog, tetiba hanya my lovely pinguApacer je yang di detect oleh CPU. My lovely hdd, cannot. Makanya, terbantut semua harapan, Tak mau Update blog la cam ni. Tak de M.o.o.d. Hanya teringat blacky and rasa nak pi azura beli makanan saja. Gerammmmmm.

dah Approve semua waiting list di FB, and mengadd mana-mana kawan-kawan yang tercam macam aku kenal minah/mamat ni. Harap-harap, nanti boleh tengok FB lagi, dengan harapan semoga FB takkan menjadi sesuatu yang membosankan. APA???? Aku sudah hilang passion pada FB? Mungkinnnn....

Chowww.... Happy Weekend. Aku masih tidak bergambar dengan blacky secara gedik. Tunggu si kasih ada masa, baru boleh menggedik dengan blacky and tayang satu alam yang aku ada blacky. Hahaha.. Bukan Blackberry. Tapi my lovely blacky la. Si ego-S yang black. Huhuhuhuhu... Tengok lah petang ni, kalau ada kesempatan menggedik.


logo baru

berapa Warna kamu????

Aku selalu terfikir, kalau kita hanya ada satu warna untuk setiap seorang dari kita, macam mana ya? Macam Budak Comot Orange. Budak Comel Merah. Budak Nakal pink. Budak-budak Kelabu. Mak Budak Biru. Bapak Budak Hitam. okeh-okeh-okeh. Dah start  mengarut. huhuhuhu

Apa pun warna kita... Everybody have dark side...Tetibe-


Hehehe.. Kalau anda tak nak mengaku, aku agak hairan jugak sebab anda bukannya perfect sangat. Ke cam mana???

logo baru

Monday, July 26, 2010

Aku mintak lari diri


Tadi Ma call aku then aku pelik bila dia cakap achik suruh call je sebab dia and abah dapat free call through out this day. Rupa-rupanya today is your birthday. Sebab tu ma and abah dapat free call (both sim card registered under your ic)

SORRY LAH. TADI AKU DAH PANGKAHKAN DATE HARI NI KAT CALANDER, TAPI TAK PERASAN...


TODAY IS YOUR BIRTHDAY.

SORRY SISTER.


Aku ucapkan selamat Hari Lahir.

Semoga engkau dikurniakan kesihatan yang berkondisi baik selalu,

Memperolehi rezeki yang berjuta-juta rahmat,

Kebahagian rumah tangga yang harmoni sentiasa,

Dan Umur yang panjang.

Terima kasih sebab selalu menyokong aku adik kamu yang nakal dan agak degil ini. Mungkin kita lebih mengenali satu sama lain kerana peel kita juga serupa walaupun tak sama. 

Thanks jugak sebab ada semasa aku sentiasa dalam kesusahan.

THANKS FOR EVERY SINGLE THINGs YOU HAVE DONE SISTER.

THANK YOU SO-SO-SO MUCHmellow.

HAPPY BIRTHDAY



logo baru

Makan-makan-makan


Okeh. Tengok logo, sudah tau di mana aku melepak.

Tengok tangan pun, sudah tau dengan siapa aku melepak.

Makan-makan-makan
  
Makan-makan-makan lagi
Yeah-yeah-yeah...Makan...Tapi makan KFC di McD. 1 Malaysia.
Dah McD BBB tu 24hours. So tak apalah, dari tempat lain yang mengundang fitnah dan gossip. 






Terima Kasih Encik.. Kasihan encik, mengantuk mata, penat balik kerja tapi bawak pulang makanan supper untuk Cik. Huhuhuhu. Tercapai hajat untuk makan poket walaupun bukan encik yang buat. Tapi tak apa lah. Encik tidur, Cik makan. Yam-yam-yam


logo baru

Best

siapa suka makan bubur pulut hitam???

Mari jamu mata.

Last-last-last week aku ada buat bubur pulut hitam.

NotaKuaci: Gula kabong that's my mum told me. Tapi commonly orang panggil gula melaka kot.


sambil-sambil tu...





Tak nak potong pun tak apa, masukkan ikut selera kamu. Gula pasir pun boleh.



Sudah mendidih. Sikit masa saja lagi boleh serve.


Sudah hampir ready.

Portion boleh untuk 5-6 orang sekali makan.

Masa ni aku spend about 2hours untuk masak. Kalau ada yang masak less hour than me, tu lagi pro. Aku cuma amatur, rasa nak makan, aku masak. Nak beli ready-cook kang mahal plak. Dapat ciput je. Huhuuu

Cara hidangan aku, makan dengan biskur cream cracker pun sedap.
Budak rumah aku kata makan dengan roti, erk... Ikut selera masing-masing.


logo baru

Ingatan!

Aku mahu share satu artikal kat  Yahoo Searching Page aku  baca a few weeks ago. Yahoo Finance under Personal Finance. Wahhhh... Pagi-pagi sudah feeding mind dengan $$$$. Hehehe... Bukan incoming lah, ni pasal Outcoming every single-little-pieces RM-RM yang kita spend-debt-and-credit.

Artikal pasal The Six Mistakes Young Families Make by Stacey L. Bradford. Wahhhh... Bukan aku dah berkeluarga muda, huhuuhu. Tapi aku kan muda and bakal berkeluarga, so aku mulalah read line-by-line then, rasa artikal ni cam quite interesting je aku nak baca.

Sapa pun dalam dunia ni pasti akan berhutang, makin besar expenses makin besar amount creditnya. Kalaulah amount tu boleh bertukar jadi debit, mata-simbol-wanglah aku.Huhuhu.

Katanya.dia kata, bukan aku, aku tukang baca saja... Elakkan kesalahan super-duper-small ni then, anda akan dijauhi dari masalah ini akan datang. Ecececeh...macam aku plak pakar kewangan...

Pesanan beliau, stay away from juliet sekali sepasang merpati dua berjoli-hutang walau dalam amount super-duper-small, mereka akan sukar and semakin sukar untuk lari dari beban hutang tersebut. Run for your life starting from now itu ayat aku. Kata beliau, hutang memang tak dapat dielakkan untuk merpati muda yang baru nak hidup. Sekali sudah membeli kenderaan, biarkan ia menjadi harta jangka panjang. Settlekan payment and jaga elok-elok sebelum beli yang lain.elak beban hutang and maintenance's charge. Pada yang low survival-cost macam aku ni? camne plak?~~Sigh

Merpati dua berjoli-hutang flying without wing a bugdet masalah gak. Sepupu-spapat terapat masalah hutang adalah bajet yang ada adalah ciput a.k.a ada nasi seperiuk nak jamu rakyat sekampung. Huhuhu... Makanya akan pinjam beras jiran tetangga nak jamu mata-hati-perut rakyat jelata. Harus diukur baju dibadan sendiri, nak bergaya ikut kemampuan. Ayat sedap  Even the most intelligant people have holes in their budgeting plans See-see-see... The power of money, never be enough.

Apabila merpati dua berjoli-hutang tak fikir pasal masa depan tua. Tak mula menyimpan dari muda, bila tua sapa nak tanggung? Anak-anak pun macam kita masa muda jugak. As we plan for ours, they also will do for them. So tu kesilapan orang muda berkeluarga jugak. Mungkin fikir for long term, tapi not enough longer beyond 50s. Mungkin tak ramai, mungkin segelintir, mungkin sebenarnya terjadi kepada setiap orang, bergantung kepada tahap kesedaran awal-ke-lambat.

Sapa tak de insurans aku-aku-aku... Lompat-lompat angkat tangan. Tolong jangan langgar aku, nanti mati katak. Ada yang membeli insurans mahal-super-duper untuk nilai lebih yang berbaloi, tapi sebenarnya telah makan survival-cost anda tanpa anda sedari. Anda masih sihat tapi kelebihan insurans itu tak anda nikmati, seperti menanam padi tapi dimakan burung, padi dapat tapi bukanlah semuanya. Ececeh. pandailah kata sebab tak kena lagi.

Yang second last point dia ni aku agak setuju, tapi pada segelintir mungkin tak berapa setuju. Mungkin ada yang utamakan simpanan untuk pembiayaan pembelajaran anak-anak. Tapi pesanan beliau, bajet untuk pembelaran junior kita adalah sepatutnya berada di senarai hampir paling bawah. Kerana, mereka boleh membuat pinjaman untuk pembelajaran, tapi kita tidak boleh meminjam pembiayaan kehidupan kita lepas bersara untuk masa tua.

Melainkan lah kita ni kaya. Boleh buat simpanan untuk multi-purpose dalam nilai yang tinggi. Perbincangan adalah untuk orang seperti aku yang berstatus survival-cost is small. So need to choose between  need or indeed.

Okeh-okeh-okeh. The last but most not least. The Rainy day. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum banjir. Hambik nak ko. Pesanan beliau, simpan $$$$ atleast 6 months of your salary for any emergency cases. Malang tak berbau. kalau Bau Pekong, senang dapat detect, prepare safety box awal-awal. Huhuhuhu. Tapi kalau simpan $$$ macam dia cakap,ready stock atleast 6month??? camne plak aku nak buat agihan untuk yang lain-lain plak?

NotaKuaci: The power of money, never be enough. Once again... I bear you that dis article is about the lowest survival-cost like me. If life like you super-duper-yummylicious boleh tabur wang, no need to worry about this, but need to worry if you have less-awareness. Still will be the same situation as i m soonest.Teremo pada yang hidup sebaya tapi kaya...Rezeki masing-masing..Kenapa aku berBI ni, terikut-ikut bahasa artikal. kakakakah

ENTRY SECARA BERPUSU-PUSU KERANA WAKTU DICURI UNTUK MENJADIKANNYA KELENGANGAN SELAMBAK, DIDAPATKAN SECARA PUKAL.

MAKA PERLU BUAT KERJA SEMULA UTUK MEMULANGKAN WAKTU YANG DICURI ; MEMBUAT KERJA SELAMBAK PULAK.

logo baru

Kasihan si Kasih

A few days sebelum black maria keluar. Something happen.



Kasihan si Kasih.



Moga cepat sembuh luka tu. Nanti sapu minyak gamat tu. Biar cepat kering luka tu.

logo baru

New Product Naturally

Presenting....

New Product....

Naturally...

The product not exist by hand-made yet...

BECAUSE IT IS....

A kind of lock. 

BUT

The real key-locker by leg.

JAJAH lock tangan aku dari biarkan aku buat kerja. Sedangkan aku perlu membuat kerja.

Time ni aku acah dia yang aku nak pi jumpa abang hensem. Dia teruja abang Pasta Station di Seksyen 3, BBB. So aku hanya acah dia yang aku mau dating dengan abang hensem tersebut. (hensem mana aku tak penah tau; aku tak penah tengok pun)
Then dia start to do a kind of weird thing.

Lock tangan aku dengan grap with her leg.

Tindakan yang dilakukan mungkin berunsur cemburu.

Ayayaya...

Budak-budak-budak


logo baru

Rajennya

The same day yang aku kena buat settlement for beijing's payment tu, di office pun aku sibuk... Ok-ok-ok... B.U.S.Y. Tak selalu busy, tapi ia berlaku secara seasonable. Dalam sehari boleh dilanda kesibukan selambak and kelengangan juga secara selambak. Maksudnya???

Busy secara berseasonable la tu. Huhuhu


Tapi aku busy, ada budak tu pun ikut busy. Busy nak tolong aku. Okeh. Mari tolong budak comot, wahai budak nakal. Kalau tak, nanti kamu busy kacau orang lain buat kerja pulak.


Tunggu paper fotostat.


Ambil and bagi pada aku. Owhh... Sweet. Walaupun agak melecehkan aku, tapi masih mau tolong.


Aku biarkan saja. Nanti dia buat macam-macam lagi pening kepala.





One more...

Sempat melihat ke camera hp walaupun B.U.S.Y.


Okeh... Settle...

Thanks JAJAH, sebab tolong Budak Comot.


logo baru

Sepetang Dengan mu

S.M.i.L.e 

Last week kena settlekan payment untuk customer ke Beijing (siapa nak saya uruskan, sila lah email kepada saya : hitam_puteh85@yahoo.com). Budak nakal ini ikut jugak. Because ada several problem about the payment ; actually hanya misunderstood and mau bikin orang pening saja.. Huhuhu...So Budak Comot diminta looking care Budak Nakal. Aku tak ada idea how tu entertain her. So aku hanya ajak dia snap pic, and dia suka saja. Hhuhuhuhu

Chakkkkkkk

Budak nakal yang mengoperasikan viper secara tidak sengaja. And aku tetibe gubra. Terkejut aku.

Budak Comot enterframe.

 Giliran Budak Nakal plak nak explore my hp yang xbest-tapi-sangat-best itu.

Okeh. Ini hasilnya. Budak Nakal snap using my hp. Sedikit gegar, tapi untuk first time user, oklah tu.

Okeh... Masa busy duk mensnap pic tu. Ok-ok-ok. B.U.S.Y... Ada sesuatu mengganggu perhatian aku.

Dia lagi indah dari kenderaan yang aku naiki. 

Si blacky.

owhhhh... Awak sangat chome-chome-chome. Bila aku boleh naik awak. Tak ada ke sapa-sapa yang bagi tumpangkan aku untuk menikmati keindahan perjalanan bersama awak???

I fall in love with dia since i m in form 3. Owhhhh si blacky. I m totally insane and crazy like baby craving a milk... Okeh over-
I L.O.V.E YOU

My owh My.



logo baru

B-L-A-C-K M-A-R-I-A is here

Actually didnt really sure bout the gender because first day bawak ke office, alarmnya berbunyi 4 times. Tapi bila usha, nothing goes wrong. Tak ada pun makhluk yang berdekatan. Kecuali another spesies of him/her; a white cute one. Mungkinkah my black maria is black maria or patut tukar nama blacky saja. Huhuhu

logo baru

Monday, July 19, 2010

Cun Giler





VERSUS


Si cun VS Si cincai

Si cun kalau senyum cover, nampak cantik je
VS
Si cincai senyum ikut suka, nampak jelik je

Si cun kalau gelak cover, nampak comel je
VS
Si cincai gelak ikut rasa, nampak ketara mengada

Si cun pendiam, nampak menarik je, mysterious gurl
VS
Si cincai pendiam, nampak sombong gila, macam bajet kena ngorat je

Si cun kalau buat silap, nampak kesian je, tak sengaje
VS
Si cincai tersilap, tempah mautlah kamu dicerca, tak reti ke

Si cun kalau berair mata, rasa sadis je, nak tolong menceria
VS
Si cincai bersedih, rasa macam gedik gila, mengada-ngada

Si cun ayat pahit gila, walau muka masam mencuka, gelak pecah gendang telinga, perangai cover-cover, semuanya tetap nampak indah je
VS
Si cincai ayat manis gula, muka berseri bercahaya, senyum panjang sampai telinga, perangai natural sedap mata, semuanya tetap nampak macam tak kena je

Itulah lumrah Si Cun dan Si Cincai.

Yang indah tetap dipandang mata, hati bukan penentu pandangan pertama

Beauty is in The Eyes of the Beholder



NotaKuaci: Aku tetap comot walau cantik mana pun aku. Kerana aku si budak cincai, cantik mana pun di mata orang selalu nampak seperti budak comot saja =(

logo baru