Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 9, 2011

Entry yang Melibatkan Free Tol

Ini adalah free tol entry. Tiada tempoh bayaran untuk entry ini.  
Boleh skip kalau tak mahu tengok, boleh jenguk kalau mahu tahu.

Anda duduk di Bandar Baru Bangi. Kalau duduk jauh pun boleh datang singgah. Yang jauh kita duduk rapat-rapat, yang duduk rapat, mai la singgah sat.

Apa aku merepekkkk????????


























Wahhhh... Macam menarik, tertarik kau memang de boom.

Nak tahu di mana????



























Kan dah beritahu, nak tahu lebih jelas click link di atas. Aku malas nak bertaipan sekarang ini, blog ini hanya dipandang sepi sekuntum mawar merah. Inipun sebab mahu berkongsi bersama kalian, kalau kalian endah.

Sekarang ada promosi penghabisan jualan. Sehingga 31 Mac 2011. Kalau anda rajin bertandang, bolehlah datang. Bawa rakan taulan. Mahu cari cenderamata hati untuk VVIP, VIP atau kenduri keraian yang perlukan anda show off hadiah grand saga, jangan segan silu, kalau lalu, marilah jenguk kot ada barang yang berkenan di mata, dan affordable di poket.
footer

Thursday, March 3, 2011

Sudah Tiba

Entry berbentuk mood lari-lari sampai tercungap-cungap. Akur. Redha. Redah. Sebelum ini, macam dah mahu pause sebentar bertaipan secara rancak di blog, tetapi ada kejadian yang perlu di update dengan keadaan semasa sebab kalau tak update nanti rasa macam kuno pulak. Jujur. Bermula entry yang berkaitan tertepeknya header Budak Comot di Blog hencik kacak duduk jadi cikgu dekat Sabah nuh, hinggalah entry ini. Bukan terpasa, tapi rela. Sebab tak nak nanti rasa kuno berkulat dalam hati. Nanti nak update rasa macam cerita dah basi dan berkulat bagai.

Okeh. Cukup panjang mukadimah. Maka, aku sudahi dengan gambar dan caption. Masih ingat entry ini????

Maka... Tadi semasa mahu keluar lunch, ada loceng berbunyi. Ada loceng berbunyi, tanda ada orang datang duk tekan loceng di downstairs. Okeh. Bukan itu nak cakap. Nak cakap hal ini.























Barang di nanti sudah tiba. Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya... dia datang... Jengjengjeng...

 A couple set of keychains. Huruf "S" & "I". Dua buah hati.

























"I" dan "S"

























Dua buah hati. GREEN. I love GREEN.

























Love IS Love. Cinta SI Chenta. "I" & "S".

























Thanks kepada kakak yang manis juga. Dapat paper clip. Bee. Bieeee... Erkkk. I love you.

Bukan dalam mood berblog maka entry adalah tawar tak ada garam. 

Kalau rujuk entry sebelumnya,  kononnya benda comel-comel ini untuk hadiah si kaseh birthday beliau nanti, tapi kenapa aku tepek entry sebelum birthday beliau??? Tak apa, tiada perkara hal berbangkit yang merisaukan aku kerana hencik si kaseh tidak akan menjenguk blog ini. Wahhhh. Jawab dengan yakinnya. yesss. T____T. Next month dah April, maknanya birthday hencik si kaseh adalah bulan depan. Maksud tersiratnya juga, birthday aku juga akan datang, sebab aku pun orang April juga. owhhhhhhh...Noooooooo.

T.A.M.A.T

footer

BBB-PD, Lap Peluh, Bau Masam, Ketiak Siapa Busuk???

Fuhhhhhh... Syohsyohsyoh. Pergi kau jauh-jauh. Nyah kau! Nyah kaulah si sang penat. Sesi lap-lap peluh dah semakin tamat. Mari-mari tuan-puan, kawan-kawan dengar ini cerita. Hati sedikit gembira aku ada satu berita. Ada cerita mau habaq maii. (versi Axion yang diubah jadi suka hati aku lah nak nyanyi macam mana). Haiii... Macam mana mahu mula ayat mahu karang, mahu cerita.

Sesi berkemas-kemas barang sudah semakin 85% siap. Barang yang sangat kurang penggunaannya ketika ini sudah selamat duduk diam-diam dalam box. Baju untuk kegunaan dalam tempoh dua minggu ini juga sudah selamat terlipat dalam traveling bag. Aikkkk... Maksudnya: Aku kerap bukak tutup traveling beg itu untuk waktu terdekat kerana fungsinya menggantikan locker yang telah selamat dileraikan dan disimpan dalam kotak.

Wahhhhh.. betapa bersemangatnya mahu moving out from this place. Owhhhhh. Tidaakkkkkkkk~~ Jangan cakap atau bertanggapan macam tu. Aku malas nak fikir perkara melibatkan within this two weeks. Maka aku sudah prepared baju persalinan untuk ke office untuk dua minggu ini, sudah lipat, kemas dan simpan baju-baju yang difikirkan tidak perlu, sudah mengemas rak almari dan locker yang akan diabaikan penggunaannya untuk masa ini. Sudah itu, sudah ini. Hal ini kerana... Aku sangat-sangat tidak mahu nanti bila tiba masa, kaki dan tangan aku tidak cukup untuk menguruskan semua benda. Maka,berkemas sedikit-sedikit, lama-lama semua barang dalam kotak dan box plastik. Huhuhu...

Hati sedih mengenangkan duduk diperantauan, tiada sesiapa untuk memberi perhatian kepada aku. Sobsobsob. Sedihhhh...Huaaaaaaaa. Nangis bercucur air mata banyak Sungai Lui, air hidung meleleh-leleh...eyerrrkkk. Semua hal berkaitan perpindahan dan pengemasan barang-barang ditanggung sendiri baik dari segi tenaga mahupun kudrat (?). Namun syukur masih ada yang sudi bantu. Thanks to my housemate(s). Settle bab kenderaan mahu pindah. Usah perlu ragu risau lagi.

Tinggal lebih kurang-kurang dua minggu lagi aku akan meninggalkan tanah Bangi. Pejam celik-pejam tertidur, dah lebih dua tahun aku menetap di Bandar Baru Bangi. Kalau tiada aral, esok lusa, aku berubah angin ke Port Dickson pula. Bermain ombak laut, berlari-lari anak di pasir pantai, bina istana kayangan di gigi air, ombak datang, istana runtuh, marah-marah manja pada ombak kerana menghakis dinding istana. Cehhhhh... cerekarama sungguh. Aku dilahirkan di daerah berpantai, tapi serius, dalam hidup, tak pernah dirikan istana pasir. T____T

 Sumber gambar dari Uncle Google.

Banyak kenangan aku tercipta di sini. Bandar Baru Bangi. Inilah tempat pertama pencarian rezeki aku. baik buruk, senang payah, di sinilah titik permulaan aku. Bersama sebuah traveling bag, aku berhijrah ke sini. Kini, esok lusa aku berangkat meninggalkan Bandar Baru Bangi, serius... Bukan sekadar traveling bag uzur kepunyaan my mum semasa mengerjakan haji dulu saja terpaksa aku usung, ada pelbagai bentuk rupa barang lain yang terpaksa aku usung bersama. Tak lupa, blacky yang aku beli hasil titik peluh aku semasa bekerja di sini. Adoiiiiiii... Berat mata memandang, berat lagi kenderaan yang akan aku gunakan untuk angkut barang-barangku nanti.

Banyak kenangan tercipta disini, banyak pengalaman yang aku kutip disini, banyak perasaan tercicir di sini, banyak pengajaran yang aku perolehi, semuanya tak ternilai. Tak sejelas mata melihat harta berkoyan yang aku bawa pergi. Ceeewaaaahhh.
 Pasti rindu pada d'Limau Nipis. D'Limau Specialnya...Yummmy. Bestttttttttt.

Lap-lap peluh sikit. Muka sengih-sengih. Pipi comot-comot habuk. Badan bau suam-suam peluh. Ngeeee. Mari kita sambung mengemas. Jumpa kalian lagi ya bila aku sudah bersedia taipan entry untuk berita di tempat baru nanti. To my sis,"aku hampir separuh lega, semua hampir selesai. Harap dipermudahkan hidup aku diperantauan. Nanti aku balik jengah kampung, kita cerita panjang-panjang pasal hidup di tempat akan datang. Gosip adik-beradik, makan goreng pisang sambil minum teh 0 suam." Owhhh. Sabarlah hati.

Ini mari aku hilangkan dahaga kalian yang singgah baca blog aku untuk ketika ini. Hilangkan dengan cara kalian meneguk air liur dengan hidangan gambar aku sepanjang agenda urusan pindah menindah. Kebacaan seperti aku kejam, erkkk... Kalian pergilah ke Bandar Baru Bangi dan cari sendiri premis yang aku maksudkan. Huhuhu. Mungkin inilah entry hangat-hangat suam dari aku untuk sehingga entry akan datang yang tak tahu bila.




Drink Room. Gulp Room. Sway Room. Dance Room. Eat Room. Burp Room. Play Room. Cool Room. Love Room. Sweet Room. Chat Room. Share Room. Too many rooms. Which room am i in???



















































Dah berpening-pening kepala, nahhhh... mari berehat tekak disini, mencuci mata dengan ice (?)


























Yummylicious. Yummyyummyyummyyum. Blueberry snow ice dan strawberry snow ice ke apa benda tah nama dia. Aiskrim dia bukan setepek pakai skop secedok dua masuk dalam mangkuk, tapi macam parut je rupa paras aiskrim tu.


























Ini Aiskrim housemate yang punya. Strawberry Snow Ice ke apa tah. Beliau ni kalau tak pink bukan beliau lah namanya. Maka, aiskrim turut terpengaruh citarasa warna kegemaran beliau.


























Boleh kelihatan struktur aiskrim yang seolah-olah diparut. Betul atau tidak, aku pun tak tahu. Aiskrim parut?


























Warna tema Ice Room ini sangat masuk dengan tema dalam hati aku. H.I.J.A.U. Aku pun lebih kurang penggemar hijau juga. Maka wajib ambil gambar tuan tanah bersama housemate yang sedang menikmati aiskrim.

Sedang terfikir, alangkah sedapnya jika dapat makan ABC pula. T___T. Sebenarnya, sebelum makan di Ice Room ini, kami telah hunting a bowl of Cendol. Sangat lega tekak dapat melepaskan hajat makan cendol. Tapi aku tetiba menyuarakan satu idea bengong-mengong selepas keluar dari PKNS. Menuju ke destinasi yeah-yeah. Ke Ice Room pula. Gulp. Burp. Kenyang perut. Tapi ikut juga rasa hati. Mahu melunaskan keinginan hati terhadap makanan dan hidangan yang ada di Bangi. Kurang lebih dua minggu kemudian nanti dah tak dapat mengikut kehendak tekak dengan selera Bangi lagi. T____T.


footer

Tuesday, March 1, 2011

Bermenung-menungan

Aissshhhh... Mari kita masuk sesi bermenung-menungan. Minggu ini, minggu bermenung untuk aku. Hari khamis minggu lepas dapat a call. Macam zasss... sila ubah pendirian anda dengan segera. Maka... Minggu ini memaksa aku bermenung-menungan untuk mencari ketabahan diri. Banyak perlu aku selesaikan untuk menjalani hidup yang akan datang. Bagaimanakah keadaannya? Apakah yang akan terjadi? Kondisinya seronokkah? Mampu memikat sukmakah? Hodoiiiiii... Tolong aku. Sesi bermenung-menungan pun bermula.




















Bermenung-menungan melekap di dinding. Merenung kosong. T___T. Abaikan hencik jerawat.

 Bermenung-menungan di kaki tangga. Aisssshhh. Orang tua-tua kata tak baik.. Ye ke?






















Bermenung-menungan di... kaki...tangga...lagi????






















Aktiviti di luar pun bermenung-menungan...Hadoiiiii... Terseksa jiwa.






















Di tepi tasik pun bermenung-menungan.






















Lihat ke dada langit pun nak bermenung-menungan. 

Serius. Aku memang sedang dilanda sindrom bermenung-menungan. Simptom-simptom yang membawa kepada makan tak berapa kenyang, tidur tak berapa lena, mandi tak berapa basah... Sebab terlalu banyak bermenung-menungan. Keputusan yang akan aku ambil akan merubah masa depan aku. Ia akan mengubah haluan hidupku. Hidup kadangkala bukan saja perlu mengambil kira sumber material. Kadangkala ia melibatkan ketenangan jiwa. Atau juga keadaan semasa. Aku pula??? Apa faktor yang perlu aku ambil tambah tolak bahagi darab?

NotaKuaci: Gambar bukanlah semasa simptom bermenung-menungan melanda. Tetapi masa check HDD, saja mengimbau kenangan untuk meredakan perasaan dan menenangkan fikiran,  aku tengok banyak koleksi gaya aku bergambar menggunakan posisi termenung. Maka aku aplikasikan untuk entry kali ini. Serius. Aku nak sambung bermenung-menungan seketika. Nak masuk bilik termenung sekejap. Tata.

footer

Alhamdullillah...Syukur...Syukran

Mula-mula macam sudah tiada bermood mahu bertaipan di blog. Maklumlah, ada mood lain yang lebih beraja berpermaisuri dalam hati. Tapi... Pagi tadi... Semasa memeriksa, amek nak kau...Memeriksa... dashboard blog. Nah satu tajuk entry membuatkan aku gagah juga nak menaip. Maka tertaiplah entry ini. Bukan paksa, tapi rela. Dengan sepenuh hati.

Ingat lagi entry ini??? Tak apa, kalau kalian tidak ingat pun bukan aku nak denda. Kalian tak ingat pun aku masih senyum saja. Tak penting pun. Abaikan saja. Ayat merajuk. Tempoh hari, aku ada join satu contest dari jumping blog Aizul Marcellolipop meletup. Tuan tanah blog yang aku terjah tu ialah En. sudirman . 

Mari cuci kenangan, refresh semula tragedi tersebut. Kebetulan semasa pulang melawat abah aku masuk wad, aku ada mengambil gambar gambar-gambar kenangan hitam putih abah dan my mum dulu-dulu. Hajat di hati memang mahu membuat entry berkenaan mereka zaman muda-mudi. Nanti panjang umur, ada jodoh, ada keluarga sendiri, ada anak suami, boleh tunjuk pada mereka gambar nenek moyang masa muda-muda. Bagai sudah mengantuk, disorongkan bantai. Siap ada toto dan tilam empuk. Aissshhhh. Mana boleh tahan, bila tengok ada contest yang seiringan dengan niat dalam hati. Maka terhasillah entry tersebut. 
Hari ini. Inilah hasilnya. Erkkkkkk... Semoga encik tuan blog dimurahkan rezeki. Alhamdulillah...Syukur...Syukran. Ada rezeki nanti anjurkanlah contest lagi. 0_<


























Adohai... Perut ni tagih perhatian pula. Lapa pulak tengah-tengah hari ini. Ada sesiapa nak belanja aku makan?? Kihkihkih... Tak malu betul tanya soalan bengong-mengong seperti itu. Kalau anda rasa baik hati mahu belanja aku makan, marilah lunch sama. Weeeeeeeeeee 0_<. Akhir kata sebelum hunting for lunch meals, graving for foods, aku sayang emak aku. Emak kalian, aku sayang juga, tapi sayang lagi aku pada pada emak aku melebihi aku sayang emak kamu. Erkkkkk. Kirim salam pada emak kamu ya! Tetibe~


























NotaKuaci: Adoihai. Kurang lebih dua minggu ini yang tinggal. Kemudian, Insyaallah, selamat tinggal Bandar Baru Bangi. Masih banyak wishlist makanan yang aku mahu jamah sebelum pergi. Aikkkk. Punyalah banyak benda yang perlu aku fikirkan, makanan juga yang berada di top list. Heeeeeee

NotaKuaci berganda: Kepada encik sudirman, eh dia baca ke tak ek blog aku ni??? Huhu. Nanti bila saya dah settle semua hal dan perkara berbangkit, saya akan PM FB awak untuk beritahu maklumat saya. Sekarang saya a little bit busy menguruskan itu dan ini.  Huhu...SAYA?? S.A.Y.A?? Okeh... Budi bahasa, budaya kita... Kihkihkih

footer