Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

Melur 3

Ekoran tsunami dalam hati 30 Disember 2010 tempoh hari, aku telah menggagahkan diri ke kaunter tiket mencari haluan jalan pulang. 30 Disember 2010, rakyat Malaysia rata-ratanya bercuti menyambut kemenangan Harimau Malaya, tapi aku di samping keluarga menyambut rasa hati yang galau. T____T

Lawatan ke Wad Hospital Mersing secara rawak dalam ingatan adalah sangat menghampiri 10 kali, sedikit. Amat jarang aku membuat lawatan ke wad tanpa alasan yang kukuh. Tapi...

Kali ini, aku gagahkan juga kaki ke Wad 5, Hospital Mersing untuk menjenguk, melawat dan merawat hati abah yang mungkin menanti kunjungan anak-anak. Hati siapa tak sedih lihat abah di katil hospital? Sakit. Bukan sebab sedang berehat bercuti panjang.

Abah disamping cucu yang dimanjai setiap hari, pagi petang siang malam. Kunjungan kami ternyata membuatkan hati abah kelihatan berbunga. Beliau tersenyum. Itu yang aku sangat harap-harapkan. Gambaran kesakitan dari mata kasar amatlah ditakuti. Ngeri.

Pemandangan diluar Wad. Kelebihan yang menyamankan. Wad berhampiran Pantai Mersing. Maka, deruan ombak menyenangkan hati yang sedang kesedihan. Mampu memberi terapi secara semulajadi.
My Mum setia di sisi. Melempar jauh pandangan ke Pantai Mersing, dalam hati, tiada siapa yang tahu. Setelah lebih 40 tahun hidup bersama, keadaan seperti ini, memberi dugaan dan menagih kesabaran hati yang tinggi.

Masih sabar melayan kerenah anak yang gila bergambar. T____T saja berkelakuan agak ceria untuk menghiburkan hati my mum. Kenakalan aku, mengundang senyuman buat yang mengerti.


Hari ketiga, semasa abah di Wad Hospital Mersing. Mesin apakah ini? Haku pun tak tau. T____T Darah abah dikhabarkan pekat, maka beliau dimasukkan ubat untuk mengawal kelikatan darah. Proses mengambil masa 2 hari lebih. Kesian abah, ditahan lagi.

Saluran yang digunakan untuk memasukkan ubat. Tempoh hari, saluran yang sama digunakan untuk memasukkan glukos. T___T

Ini yang aku nak marah ni. Borang Pendaftaran Masuk Pesakit dah diisi. Kenapa nama abah salah?

Waktu melawat sudah tamat. Kini aku kembali ke Bangi dengan harapan hari ini abah dah boleh pulang ke rumah. Kesihatan yang lebih baik. Amin~

Kepulangan aku kali ini, banyak cerita dari mulut my mum, menyingkap kisah mereka dulu-dulu. Cerita zaman-zaman aku belum dilahirkan. Pasti hati my mum dicuit rindu pada abah. Marah tandanya sayang. Merajuk tandanya rindu. Pasti my mum rindu saat berdua. Seperti yang aku selalu rasakan, biarlah tak banyak bicara, asalkan si kaseh berada si depan mata.

 
footer

Monday, January 3, 2011

Cari Juara

Artis  : Black
Title  : Sofea Jane

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X

Siapapun nama yang kau berdiri. Hanya yang ku mahu tahu, nama si juara.

Sumber.

footer

Zam-Zam Ala-Kazam

Setelah persiapan rapi. Tarik nafas dalam-dalam. Mahu merapu panjang-panjang. Secara rawak setahun minggu lepas. A Kepada Z  Tahun 2010. Mahu cuba buat ayat terpendek dengan segala mak bapak huruf yang wujud. Doakan aku berjaya 0_o. Kahkahkah. Mengarut.

**Entry ini sarat gambar dan pautan entry yang lampau**

AKU ADALAH AKU
Tagline blog kesayangan aku. Dikenali sebagai Budak Comot. Aku Adalah Aku. I am Who I am.

BERTUNANG
Bukan aku. Tetapi rakan kesayangan aku sejak kecil. Teruja. Sebab pertama kali ada kawan rapat yang dah nak jadi milik orang.

CINCIN
Si Kaseh hadiahkan untuk tanda insan kesayangannya yang utama adalah aku. Terharu. T_______T
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

DATING
Tahun yang paling banyak dating sebab si kaseh dah ada di depan mata. Bukan di UUM lagi. Seronok. Boleh mengaruk selalu. 0_o  Semakin hari, semakin sayang kepada si Kaseh. Tambahkanlah rasa sayang itu dari hari ke hari. Aminn~

EHHHH! EGO-S
Akhirnya. Ada kenderaan sendiri walaupun tak pernah merancang mahu memiliki sebijik scooter. Cayalah Blacky.

FUTURE FAMILY-IN-LAW
Yaaaa. Sudah berjumpa dengan keluarga bakal mertua. Nervous. Tapi kalau sudah serius, apa yang perlu di extra takutkan. Nanti jadi keluarga juga.

GILA GAMBAR
Semakin banyak gambar yang disnap sejak ada C510 dan ES17. Bukan DSLR. Tapi tetap teruja mahu ambil gambar. Kamera canggih manggih pun kalau tiada seni ambil gambar, tak guna juga. T_____T

HANTU DONUT-BIG APPLE'S
Hampir setiap kali ke Mid Valley atau Alamanda akan menyerbu outlet ini. Aduhhhh. Tak boleh tahan. Say Cheese.

I-City, Shah Alam
Akhirnya melangkah ke alam bercahaya di Shah Alam. Walaupun bukanlah tempat wajib pergi, tapi sekali dah pergi, berbaloi rasa di hati.
  
JUBLI PERAK
T_____T Angka tak penting. Tapi....teramat penting. Aku sudah melepasi jubli perak satu tahun minggu lepas. Takut? Takut-takut-takut. Tahun ini julat dah semakin menghampiri angka bulat 3 puluh. Walaupun baru satu tahun.

KEKAL DI BBB
Sudah memasuki tahun ke-3. Masih kekal di Bandar Baru Bangi. Esok lusa masih belum pasti lokasi seterusnya.

LET GO- ESARLI WEDGES KESAYANGAN
T______T Sayang. Tapi terpaksa lepaskan kerana dah tak sanggup nak berdampingan dengannya lagi. Selesa. Tapi dah rosak sebab banjir di Sintok. Kedah.

MOVIE VALENTINE'S DAY
Romantik komedi pertama yang aku dan si kaseh tonton di TGV, KLCC.

NASIB BAIK
Sedikit bertuah, sebab baru bergiat dalam arena berblogging, masuk contest, dan tupp. Menang. Huhuhu. Beg Fossil dari Chika.

ONLINE BLOG
Sudah melupakan kulit. Tergilakan blog sampai melupakan FB. Hahaha. Bolehkah diibaratkan habis madu sepah dibuang? Taktaktakbolehhhhhhh. FB sudah menghampiri Fasa Bosan.

PENGAPIT
Pecah panggung rekod peribadi bersama rakan sebab jadi pengapit. Wahhhhh. Bila pulak aku nak diapit ni?
T____T

QURBAN-TAK BALIK
Buat sekian kalinya qurban aku untuk Hari Raya Qurban adalah tak pulang ke kampung halaman. Dan buat pertama kalinya juga Hari Raya Qurban kali ini, disambut bersama si kaseh dengan hidangan yang dibuat oleh aku. 0_o Haku Pandai Masak Okeh, yang simple saja.

RASA FRUST
Selalu makan epal. Tapi yang ini sedikit rasa frust sebab tak dapat tepek BE DELICIOUS DKNY, si epal manis ke tubuh.

SUNGAI GABAI
Akhirnya tercapai juga harapan mahu mandi sungai. Walaupun ada yang takut-takutkan aku dengan wabak kencing tikus, tapi aku redah saja. Niat itu penting.

TIDAK DIRANCANG
Destinasi percutian yang tak ada dalam perancangan 2010. Asalnya mahu ke Konvo si Kaseh saja. Tapi akhirnya terbawa diri ke Jeli, Kelantan kerana mengikut keluarga bakal mertua. Perancangan Allah itu sempurna.

UUM
Setelah menjejakkan kaki sewaktu konvo aku tahun-tahun lepas, tahun 2010 kembali lagi menghadiri konvo. Bukan konvo aku, tetapi konvo si kaseh.

VOLKSWAGEN - NEW BEETLE
Walaupun bukan tahun 2010 pun di hati aku tetap ada berbunga tayar wangi new beetle dihati. Sudah 10 tahun aku mengangankan mahu menaiki kereta tersebut. Nak memiliki tak mampu. T____T

WALI BAND - BAIK-BAIK SAYANG
Lagu yang mencuri pendengaran aku siang malam, pagi petang. Pesanan untuk d'kaseh daripada si kaseh.

Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi Air Mata Darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku
Kau Kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik Baik sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan
Akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku…

XTRA HAPPY
Tahun yang extra happy berbanding tahun sebelumnya. Harap tahun ini pula extra-extra happy dari tahun 2010 pula. 0_o


YANG COMEL
Yang comel si Ammar Syazwan dan semakin petah bercakap walaupun ada slanga kanak-kanak pelat. Hati makin rindu mahu balik kampung bila setiap kali terima panggilan dari kampung terdengar suara Ammar menjerit panggil namaku. Tersedak semput sesak nafas ayat ni panjang.

ZzZzZzZ
Agenda tidur yang panjang adalah agenda tetap bila waktu senggang yang berlebihan. Susah nak pendekkan tempoh untuk berlibur di alam mimpi. T__T

Tamatlah coretan 2010. Kembali ke alam nyata 2011. Welcome 2011, Good bye 2010.

footer